ADIK NURUL AINA BINTI ROHIZAN DI PEARL POINT@19/10/08

Nov 6th, 2008 | Posted by | Filed under News, pictures

Adik Nurul Aina binti Rohizan

Terjumpa pula adik Nurul Aina semasa di Kejohanan Catur Terbuka Pearl Point. Dah lama SM tak mengikuti perkembangan catur beliau. Kenangan manis ialah apabila menjadi jurulatih catur peribadi beliau selama 5 bulan dari Disember 2006 hingga April 2007.

Pencapaian yang sungguh hebat semasa SM jadi jurulatih peribadi beliau apabila adik Nurul Aina menjadi Johan dalam peringkat preliminary Kejohanan Catur Kebangsaan 2007 bagi kategori Bawah 8 Tahun (perempuan). Beliau memperolehi 7 kemenangan dari 7 pusingan. Dalam 7 pusingan tersebut, beliau berjaya menewaskan pemain remaja kebangsaan bawah 8 tahun iaitu adik Puteri Rifqah Fahada Azhar dan juga tewaskan adik Nur Najiha Azman Hisham. Dan pencapaian itu diperolehi hanya dengan latihan peribadi selama 5 bulan sahaja dengan SM.

Kejayaan adik Nurul Aina telah membuka mata ramai peminat catur tanahair terhadap kemampuan SM melatih kanak-kanak meningkatkan permaian catur mereka. Ada yang mengucapkan tahniah pada SM, ada yang juga cemburu dan irihati terhadap kemampuan SM melatih kanak-kanak bermain catur. Banyak juga SM dapat komen positif dan negatif dari pesaing antara yang positif ialah SM dianggap jurulatih catur yang boleh meningkatkan permainan catur di kalangan kanak-kanak dalam masa yang begitu singkat sekali.

MAMPU melatih kanak-kanak bermain catur sampai ke tahap peningkatan yang memuaskan adalah satu perkara yang subjektif. Semua tenaga pengajar boleh mengaku mampu mengajar kanak-kanak bermain catur. Tidak kira tenaga pengajar itu tidak handal dalam permainan catur mahupun yang handal bermain catur. Banyak perkara perlu diambil kira untuk pastikan kanak-kanak tersebut boleh maju dalam sukan catur. 3 faktor utama yang membawa ke arah peningkatan kanak-kanak dalam permainan catur iaitu

1. Sokongan ibubapa

2. Kewangan

3. Jurulatih

Sokongan ibubapa terhadap anak-anak mereka untuk berjaya dalam sukan catur adalah penting. Sejauh mana mereka hendak melihat anak-anak mereka pandai dalam sukan catur? Kewangan juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mereka mendapat latihan catur secara konsisten. Seperti SM, SM kenakan RM50 untuk 2 jam sekali datang (latihan secara individu), belum masuk caj pengangkutan dan RM200 SM kenakan sekali datang untuk latihan kumpulan (sekolah/persatuan/IPTA-S). Kalau dalam sebulan 4 kali datang dah sampai lebih kurang RM200. RM200 x 10 bulan = RM2000. Tolak 2 bulan sebab nak dekat peperiksaan sekolah. :) Ini bermakna ibubapa perlu sediakan RM2000 setahun untuk pendidikan anak-anak dalam sukan catur. Belum masuk lagi kos yang perlu ibubapa sediakan untuk anak-anak pergi menyertai kejohanan catur. Katakan RM80 (termasuk duit yuran dan minyak kereta) setiap kejohanan dan kalau sertai kejohanan catur sekali dalam sebulan maka kosnya ialah RM800 ++ setahun. Jadi kesimpulannya kos untuk anak-anak maju dalam sukan catur setahun adalah RM2800- RM4000 setahun.

Dari segi jurulatih juga penting. Kalau nak improve cepat dalam catur, perlu berlatih dengan jurulatih yang diitiraf kebolehan mengajarnya. Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira untuk pastikan kanak-kanak tersebut boleh mendapat tempat ke lima teratas atau tempat ke sepuluh teratas dalam sebarang kejohanan catur yang disertainya. :) Tapi bagi SM, 3 faktor di atas itu sahaja yang penting untuk kita ambil perhatian.

Ok. itu sahaja buat masa ini SM bagi tips bagaimana nak tingkatkan prestasi kanak-kanak bermain catur. Ada masa, SM akan sambung.

Percaya atau tidak, adik Nurul Aina masih lagi dan hanya menggunakan Opening English, French Defence dan Dutch Stonewall yang SM ajar dulu pada tahun 2006.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Selamat Datang ke MARI BELAJAR CATUR CARA STONEMASTER – Adik Nurul Aina Akmar Adik Nurul Aina Akmar binti Rohizan (9 tahun). Kelas latihan catur secara peribadi (datang ke rumah) sessi pertama dan ke-2 telah diadakan setiap hari Khamis jam 10pagi pada musim cuti sekolah ini.  SM nak ucapkan selamat datang ke Mari Belajar Catur Cara Stonemaster....
  2. Selamat Datang ke MARI BELAJAR CATUR CARA STONEMASTER – Adik Nurulhana Syuhada dan Adik Muhammad Zulfikri Adik Muhammad Zulfikri (7 tahun) dan adik Nurulhana Syuhada (9 tahun). Latihan catur secara peribadi (datang ke rumah). Kelas sessi pertama akan bermula pada 25 December....
  3. PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH DI AKHIR SESSI KLINIK CATUR PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PRESINT 16, PUTRAJAYA @9/11/08 Gambar kenangan SM bersama para peserta. Kesemua peserta telah menerima sijil penyertaan yang telah disediakan oleh pihak Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Tamat sudah klinik catur anjuran Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya yang telah diadakan sejak bulan Ogos 2008 hingga 9 November 2008 dengan jayanya. Klinik catur tersebut dikendalikan oleh jurulatih catur paling [...]...
  4. PERTANDINGAN CATUR SIMUL – SM MENENTANG 11 PESERTA KLINIK CATUR PUTRAJAYA Antara beberapa program yang SM susun dalam jadual pembelajaran catur di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 Putrajaya adalah mengadakan kejohanan catur MINI dan juga kejohanan catur SIMUL (serentak). Apa tuu kejohanan catur SIMUL ? Ia adalah format seperti SM seorang menentang serentak kesemua pemain dalam satu masa. SM mesti bermain buah putih dan setiap pemain [...]...

  1. freefma75
    Nov 9th, 2008 at 17:40
    Reply | Quote | #1

    hai SM !!
    kalau camtu…my daughter pun nak belajar dibawah bimbingan SM lah !!
    i dah latih dia semenjak usia 5 tahun lagi…and dia sememangnya ‘minat’ dengan chess… basic move dia dah faham…cuma dari segi tactical and few openings…masih lagi dalam pembelajaran…i dah ajar setakat yang mampu sahaja…yang lain i rasa nak develop dia punya skill tu dengan jurulatih yang handal pulak !!
    so macam mana nak buat appointment ?

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By Know How Media

www.stonemaster.info is Stephen Fry proof thanks to caching by WP Super Cache