PERTANDINGAN CATUR SIMUL – SM MENENTANG 11 PESERTA KLINIK CATUR PUTRAJAYA
Antara beberapa program yang SM susun dalam jadual pembelajaran catur di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 Putrajaya adalah mengadakan kejohanan catur MINI dan juga kejohanan catur SIMUL (serentak). Apa tuu kejohanan catur SIMUL ?
Ia adalah format seperti SM seorang menentang serentak kesemua pemain dalam satu masa. SM mesti bermain buah putih dan setiap pemain tidak boleh buat pergerakan sebelum SM sampai di meja lawan tersebut. Kalau lawan buat pergerakan duhulu sebelum SM sampai di meja itu, lawan dikira kalah. Pemain lawan juga mesti membuat pergerakan tersebut serta merta apabila SM sampai di meja lawan itu. Kalau lawan SM itu masih berfikir nak buat pergerakan beliau, maka pemain itu juga dikira kalah.
SM sedang mengadakan kejohanan catur SIMUL menentang 11 peserta klinik catur di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Kelihatan sikap kanak-kanak yang gemuruh dan takut menunggu kedatangan SM ke meja mereka untuk membuat pergerakan. Salah satu konsep latihan catur yang dipraktikkan oleh SM dalam klinik catur selain pertandingan catur MINI.
Bagus juga dibuat aktiviti sebegini dalam jadual latihan catur SM kerana ia menggalakkan kanak-kanak belajar berfikir dengan cepat dan buat pergerakan yang tepat dan melatih mereka supaya jangan suka pegang buah catur tanpa memikirkan dahulu pergerakan apa yang betul-betul nak buat sebelum SM sampai. Ada juga kanak-kanak yang SM kalahkan itu tak puas hati sebab kalah dan nak main lagi. Seronok mereka. Keputusan kejohanan catur SIMUL – SM menang 11 dan tidak ada kalah.
Beberapa gambar menarik SM sedang mengadakan kejohanan SIMUL.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH DI AKHIR SESSI KLINIK CATUR PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PRESINT 16, PUTRAJAYA @9/11/08 Gambar kenangan SM bersama para peserta. Kesemua peserta telah menerima sijil penyertaan yang telah disediakan oleh pihak Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Tamat sudah klinik catur anjuran Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya yang telah diadakan sejak bulan Ogos 2008 hingga 9 November 2008 dengan jayanya. Klinik catur tersebut dikendalikan oleh jurulatih catur paling [...]...
- COACH FADLI BERSAMA PESERTA KLINIK CATUR PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PRESINT 8, PUTRAJAYA – GAMBAR KENANGAN Gambar kenangan Coach Fadli bersama para peserta yang menyertai klinik catur anjuran Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8, Putrajaya. Latihan telah dijalankan selama 3 bulan iaitu dari bulan Mei hingga bulan Julai 2008....
- KLINIK CATUR DI BANDAR BUKIT PUCHONG@25/11/08- SESSI KE-3 Gambar diambil semasa klinik catur di Bandar Bukit Puchong sessi ke-3. Tidak sangka SM di kawasan Puchong ini ramai kanak-kanak yang sangat berminat untuk mendalami permainan catur ini. Di jangka, banyak aktiviti catur akan diadakan di kawasan Puchong ini seperti penyertaan lebih ramai hadir di klinik catur ini dan juga beberapa aktiviti yang lain seperti [...]...
- KOMEN SALAH SEORANG PESERTA YANG MENGHADIRI KLINIK CATUR ANJURAN STONEMASTER@3 JAN 2009 Dear Stonemaster (En Fadli), Terima kasih untuk ceramah catur mengenai Endgames dan Pawn Structure dari En Abdullah Che Hassan dan En Fadli sendiri pada pagi 3 Jan 2009. 2. Saya pohon didaftarkan nama saya (Shamsuddin b Sabri) bagi sesi ceramah dan Mini Rapid pada hari Sabtu minggu pertama bulan Februari 2009 nanti. 3. Pada pandangan [...]...







WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




