PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH DI AKHIR SESSI KLINIK CATUR PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PRESINT 16, PUTRAJAYA @9/11/08
Gambar kenangan SM bersama para peserta. Kesemua peserta telah menerima sijil penyertaan yang telah disediakan oleh pihak Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Tamat sudah klinik catur anjuran Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16, Putrajaya yang telah diadakan sejak bulan Ogos 2008 hingga 9 November 2008 dengan jayanya. Klinik catur tersebut dikendalikan oleh jurulatih catur paling “glamour” di Malaysia iaitu Mohd Fadli bin Zakaria AKA Stonemaster AKA SM.
Jurulatih catur yang berkelayakan mengajar catur di Malaysia, diiktiraf juga oleh kebanyakan persatuan catur negeri dan juga badan sukan catur di Malaysia, disokong oleh surat perlantikan dan pengesahan sebagai jurulatih catur yang berkelayakan.
Klinik catur ini yang tamat semalam, merupakan kesinambungan daripada klinik catur yang telah dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Kejiraan Presint 8, Putrajaya yang juga dikendalikan oleh SM.
Ucapan syabas dan tahniah kepada Puan Azura dari Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 Putrajaya kerana telah menyediakan tempat yang selesa kepada para peserta klinik catur tersebut dan juga telah memberi sokongan dan kerjasama yang baik untuk pastikan klinik catur ini berjalan dengan teratur dan jayanya.
Tempat latihan catur yang sesuai dijalankan bagi klinik catur. Tahniah kepada pihak Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 Putrajaya.
Adik Nurulhana Syuhada binti Sulkifly yang baru berumur 9 tahun. Menjuarai kedua-dua kejohanan catur MINI yang dijalankan oleh SM semasa klinik catur. Sebanyak RM100 telah disumbangkan oleh SM untuk hadiah-hadiah kepada para pemenang di 2 kejohanan catur MINI ini.
Beberapa pemain catur yang berbakat telah berjaya dicungkil dan dikenal pasti di klinik catur ini sebagai pemain yang berpotensi boleh maju dalam sukan catur iaitu seperti adik Nurulhana Syuhada binti Sulkifly. Beliau baru berumur 9 tahun, dan mempunyai beberapa kemahiran yang unik dalam kefahamannya terhadap sukan catur ini. 2 MINI TOURNAMENT yang diadakan oleh SM untuk kesemua para peserta klinik catur ini berkesudahan dengan kedudukan JOHAN oleh adik Nurulhana Syuhada.
Langkah seterusnya perlu diambil perhatian terhadap adik Nurulhana Syuhada oleh ibubapa beliau untuk memastikan adik Nurulhana maju dalam sukan catur dalam masa 1 tahun ini. Pembelajaran catur ini secara intensif perlu dijalankan selama 1 tahun oleh adik Nurulhana sekiranya ingin melihat beliau konsisten mendapat 10 tempat teratas dalam kejohanan catur yang adik Nurul sertai bagi kategori umurnya.
Pada pendapat peribadi SM, sekiranya seorang kanak-kanak mula mendapatkan latihan catur secara intensif mulai peringkat umur 5 atau 6 tahun dan mempunyai jurulatih catur peribadi yang berkelayakan maka tidak hairan SM sekiranya kanak-kanak tersebut boleh menjadi antara 5 pemain terbaik catur negara bagi peringkat umurnya dalam masa 2 tahun. Tetapi yang menghalang pencapaian ke arah itu adalah 3 faktor yang SM sebut di artikel sebelumnya. Walaubagaimanapun, SM ingin jelaskan bahawa semua pemain catur tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa boleh meningkatkan permainan catur mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi sekiranya tahu cara pembelajaran catur yang betul dan juga boleh mendisiplinkan diri seperti memperuntukkan masa, katakan 1 jam sehari untuk belajar catur.
Arijey Sunjeeth yang baru berumur 7 tahun juga berpotensi besar untuk maju dalam sukan catur. Mungkin boleh menjadi handal seperti Sumant Subramaniam atau lebih handal sekiranya mendapat pendedahan secukupnya dari segi latihan catur.
Adik Muhammad Zulfikri bin Mohd Sulkifly juga berumur 7 tahun, sudah pandai bermain catur dan berpotensi maju dalam sukan catur kerana muda-muda sudah mula mendapat pendedahan dalam aktiviti sukan catur.
Beberapa lagi gambar SM bersama para peserta klinik ini. Setiap peserta juga menerima hadiah 1 peket tisu, dikhuatiri mungkin ada yang menangis di akhir sessi ke-12 ini seperti yang berlaku di klinik catur di presint 8. Walaubagaimanapun, tiada seorang peserta pun menangis mungkin kerana semua gembira menerima sijil dan hadiah yang diberikan.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- COACH FADLI BERSAMA PESERTA KLINIK CATUR PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PRESINT 8, PUTRAJAYA – GAMBAR KENANGAN Gambar kenangan Coach Fadli bersama para peserta yang menyertai klinik catur anjuran Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8, Putrajaya. Latihan telah dijalankan selama 3 bulan iaitu dari bulan Mei hingga bulan Julai 2008....
- PERTANDINGAN CATUR SIMUL – SM MENENTANG 11 PESERTA KLINIK CATUR PUTRAJAYA Antara beberapa program yang SM susun dalam jadual pembelajaran catur di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 Putrajaya adalah mengadakan kejohanan catur MINI dan juga kejohanan catur SIMUL (serentak). Apa tuu kejohanan catur SIMUL ? Ia adalah format seperti SM seorang menentang serentak kesemua pemain dalam satu masa. SM mesti bermain buah putih dan setiap pemain [...]...
- STONEMASTER DIKEPIT OLEH 2 GADIS DI WATERSKI WOLRD CUP 2008 DI KOMPLEKS SUKAN AIR PRESINT 6, PUTRAJAYA. Selepas tamat klinik catur di Presint 16, SM pun mengambil kesempatan untuk pergi ke Kompleks Sukan Air di Presint 6, Putrajaya kerana di sana sedang berlangsungnya Waterski World Cup 2008. Hari itu merupakan hari terakhir aktiviti sukan air tersebut. SM sempat juga bergambar dengan 2 orang gadis dari Perbadanan Putrajaya yang memakai baju tradisional yang [...]...
- KLINIK CATUR DI BANDAR BUKIT PUCHONG@25/11/08- SESSI KE-3 Gambar diambil semasa klinik catur di Bandar Bukit Puchong sessi ke-3. Tidak sangka SM di kawasan Puchong ini ramai kanak-kanak yang sangat berminat untuk mendalami permainan catur ini. Di jangka, banyak aktiviti catur akan diadakan di kawasan Puchong ini seperti penyertaan lebih ramai hadir di klinik catur ini dan juga beberapa aktiviti yang lain seperti [...]...

















WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





10q….En Fadli menarik la blog ni…
insyaallah kalau ada program catur lagi kita boleh bekerjasama untuk tahun depan…..
loading...
loading...
tq juga kerana bagi comment di artikel ini…
loading...
loading...