KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD)
Tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah kepada para pemain catur amatur tanahair kerana beberapa kejohanan catur untuk pemain catur kategori amatur sudah dalam perancangan untuk diadakan. Kejohanan yang bakal diadakan ini adalah hanya khas kepada pemain catur Malaysia yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah sahaja. Memang ramai pemain catur di kategori AMATUR ini sentiasa dibayangi oleh pemain catur yang bergelar PRO (National Rating atas 1650). Hampir kesemua kejohanan catur yang diadakan di Malaysia, 15 tempat teratas kebanyakannya diduduki oleh pemain catur yang bergelar PRO ini.
Mohd Fadli bin Zakaria AKA Stonemaster AKA SM sedang berjabat tangan dengan Encik Shofyan Usman iaitu Pegawai Eksekutif Bimbingan Pelajar UNITAR di pejabat beliau pada 11 November jam 10.30pagi. Hari yang bersejarah kerana bermulanya usahasama antara Mohd Fadli bin Zakaria dan pihak UNITAR dalam menganjurkan kejohanan catur di UNITAR mulai tahun 2009. 3 Kejohanan catur dalam perancangan akan diadakan di UNITAR, Petaling Jaya pada tahun 2009, dimulai dengan Kejohanan Catur Terbuka Amatur UNITAR 2009 yang pertama pada 1 hb Februari 2009.
Juara Amatur akan menerima US 100 Dollar berserta resit pembelian duit tersebut dan Sijil Penghargaan !!!
Bukan itu sahaja, lebih 30 ++ hadiah cabutan bertuah seperti handphone, chess set kayu, kaca dan plastik dan banyak lagi cenderahati bakal dimenangi oleh peserta yang bertuah. !!!
Ucapan terima kasih kepada Encik Shofyan Usman dari pihak Unitar kerana melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria dan memberi kepercayaan penuh dan sokongan kepada beliau dalam mengendalikan 3 kejohanan catur ini. Dengan adanya juga sokongan, kemudahan tempat kejohanan yang selesa di samping pemberian dana yang mencukupi bagi penganjuran kejohanan catur ini, dijangkakan kejohanan ini akan mendapat sambutan yang baik di kalangan para peminat catur nanti.
Pemain catur yang pernah mempunyai National Rating 1650 dan ke bawah (bagi keluaran Oktober 2008 dan juga Januari 2009) layak menyertai kejohanan ini.
Untuk mengetahui National Rating anda bagi keluaran bulan Oktober 2008, sila klik di National Rating.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD) – CHAMPION US 100 DOLLAR Tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah kepada para pemain catur amatur tanahair kerana beberapa kejohanan catur untuk pemain catur kategori amatur sudah dalam perancangan untuk diadakan. Kejohanan yang bakal diadakan ini adalah hanya khas kepada pemain catur Malaysia yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah sahaja. Memang ramai pemain catur di kategori AMATUR ini [...]...
- MERIAHNYA UNITAR AMATUR 2009 Kejohanan catur UNITAR AMATUR telah dijalankan dengan jayanya pada 1 Februari 2009 (Ahad). Seramai 148 peserta dari seluruh pelusuk Semenanjung telah mengambil bahagian di dalam kejohanan catur ini. Seramai 40 peserta yang mengambil bahagian datang dari luar negeri Selangor seperti dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan. Kehadiran ramai para pemain [...]...
- PUBLISITI UNITAR AMATUR SUDAH MASUK DI GILACHESS BLOG 75 HARI SEBELUM KEJOHANAN BERMULA Salah satu lagi laman blog catur yang terkenal di Malaysia iaitu GilaChess Blog sudah mula masukkan artikel mengenai UNITAR Amatur 75 hari sebelum kejohanan bermula. Nampaknya begitu cepat publisiti kejohanan ini merebak ke beberapa laman blog catur tanahair. Terima kasih kepada Encik Andrew Ooi dari gilachess.com kerana turut membantu mempromosikan kejohanan amatur ini....
- TAHNIAH !! UNITAR AMATUR CATIT REKOD PENYERTAAN LEMBAH KLANG BAGI 1 KATEGORI Syabas kepada para peserta kejohanan catur UNITAR AMATUR. Anda semua telah membantu UNITAR AMATUR mencatit sejarahnya yang tersendiri. Rekod penyertaan peserta yang paling ramai tahun ini di Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi 1 kategori. 148 peserta... Inilah jumlah penyertaan yang perlu diperolehi oleh mana-mana penganjur lain jika berniat untuk cuba mengatasi rekod ini. Untuk makluman semua, seramai [...]...




WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





tahniah SM kerana berjaya memajukan sukan catur di IPTA/S !!
loading...
loading...
Tahniah SM….
tpi tolongla majukan dunia percaturan di UPNM plak….
loading...
loading...
Tolong daftarkan saya, Shamsuddin b Sabri, (Tarikh Lahir: 03.10.1960) untuk Kejohanan Catur Amatur Terbuka UNITAR 2009 pada 1 Feb 2009, Ahad.
Terima kasih.
Shamsuddin b Sabri
Subang Jaya.
loading...
loading...
yg xde rating bleh join x? tolong bls dkt emel saya
loading...
loading...
salam hafiz,yg xde rating BOLEH JOINT juga
loading...
loading...