KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD) – CHAMPION US 100 DOLLAR
Tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah kepada para pemain catur amatur tanahair kerana beberapa kejohanan catur untuk pemain catur kategori amatur sudah dalam perancangan untuk diadakan. Kejohanan yang bakal diadakan ini adalah hanya khas kepada pemain catur Malaysia yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah sahaja. Memang ramai pemain catur di kategori AMATUR ini sentiasa dibayangi oleh pemain catur yang bergelar PRO (National Rating atas 1650). Hampir kesemua kejohanan catur yang diadakan di Malaysia, 15 tempat teratas kebanyakannya diduduki oleh pemain catur yang bergelar PRO ini.
Mohd Fadli bin Zakaria AKA Stonemaster AKA SM sedang berjabat tangan dengan Encik Shofyan Usman iaitu Pegawai Eksekutif Bimbingan Pelajar UNITAR di pejabat beliau pada 11 November 2008 jam 10.30pagi. Hari yang bersejarah kerana bermulanya usahasama antara Mohd Fadli bin Zakaria dan pihak UNITAR dalam menganjurkan kejohanan catur di UNITAR mulai tahun 2009. Sebanyak 3 kejohanan catur dalam perancangan akan diadakan di UNITAR, Petaling Jaya pada tahun 2009, dimulai dengan Kejohanan Catur Terbuka Amatur UNITAR 2009 yang pertama pada 1 hb Februari 2009.
Juara Amatur akan menerima US 100 Dollar berserta resit pembelian duit tersebut dan Sijil Penghargaan !!!
Bukan itu sahaja, lebih 30 ++ hadiah cabutan bertuah seperti handphone, chess set kayu, kaca dan plastik dan banyak lagi cenderahati bakal dimenangi oleh peserta yang bertuah. !!!
Ucapan terima kasih kepada Encik Shofyan Usman dari pihak Unitar kerana melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria dan memberi kepercayaan penuh dan sokongan kepada beliau dalam mengendalikan kejohanan catur ini. Dengan adanya juga sokongan, kemudahan tempat kejohanan yang selesa di samping pemberian dana yang mencukupi bagi penganjuran kejohanan catur ini, dijangkakan kejohanan ini akan mendapat sambutan yang baik di kalangan para peminat catur tanahair.
Pemain catur yang pernah mempunyai Rating Kebangsaan (National Rating) 1650 dan ke bawah (bagi keluaran Oktober 2008 dan juga Januari 2009) layak menyertai kejohanan ini.
Untuk mengetahui National Rating anda bagi keluaran bulan Oktober 2008, sila klik di National Rating.
===============================================
PETA LOKASI TEPAT KEJOHANAN
Menaiki pengangkutan awam – sekiranya hendak ke UNITAR, boleh menaiki Putra LRT (KELANA JAYA LINE) dari KL dan berhenti di Putra LRT Taman Bahagia. Dari Taman Bahagia, boleh menaiki teksi yang sentiasa banyak menunggu di luar stesen LRT. Caj teksi lebih kurang RM3.50 – RM4 ke UNITAR. Bas RapidKL bernombor T625 (harga tiket RM1) juga boleh dinaiki dari stesen Putra LRT Taman Bahagia ke UNITAR.
==============================================
UNITAR/StAD (catur-jemputan) 01-2009
14 November 2008
____________________________
____________________________
____________________________
____________________________
Tuan
PER : KEJOHANAN CATUR UNITAR AMATUR 2009 YANG PERTAMA
(Untuk Pemain Dengan Rating Kebangsaan 1650 Dan Ke Bawah)
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) akan menganjurkan Kejohanan Catur Unitar Amatur 2009 Yang Pertama pada 1 Februari 2009 (Ahad) bertempat di Blok A, Tingkat 4, Dewan 1 & Dewan 2, Universiti Tun Abdul Razak, Petaling Jaya, Selangor. Persatuan/Badan/Sekolah anda adalah dijemput menghantar pemain untuk menyertai kejohanan ini.
Nama kejohanan : Kejohanan Catur Unitar Amatur 2009 Yang Pertama ( Untuk pemain dengan rating kebangsaan 1650 dan ke bawah ).
Penganjur : Universiti Tun Abdul Razak
Tempat kejohanan : Blok A, Tingkat 4, Dewan 1 & Dewan 2, Universiti Tun Abdul Razak, Petaling Jaya, Selangor.
Format kejohanan : 7 atau 8 pusingan swiss (berdasarkan jumlah peserta)
Kawalan masa : 15 – 30 minit setiap pemain (berdasarkan jumlah peserta)
Mata pemutus : (1) Solkoff ; (2) S/B ; (3) Cumulative ; (4) P/E (sekiranya perlu)
Tarikh tutup : 29 Januari 2009.
Yuran pendaftaran : RM 20 (Dewasa)
RM 18 (IPTA/S)
RM 15 (Sekolah)
RM 10 (Pelajar UNITAR)
Terhad kepada 200 penyertaan terawal sahaja. Diskaun RM2 (setiap peserta) akan diberikan kepada Badan/Persatuan/ Kelab/IPT/Sekolah ataupun Kumpulan yang menghantar 9 atau lebih peserta.
Sijil Penyertaan akan hanya diberikan atas permintaan peserta dengan penyerahan nama para peserta kepada penganjur sebelum 24 Januari 2008.
Hadiah pertandingan:
Johan – US 100 Dollar + Sijil
Naib Johan – RM 200 + Sijil
Ketiga – RM 100 + Sijil
Keempat – RM 90 + Sijil
Kelima – RM 80 + Sijil
Keenam – RM 70 + Sijil
Ketujuh – RM 60 + Sijil
Kelapan – RM 60 + Sijil
Kesembilan – RM 50 + Sijil
Kesepuluh – RM 50 + Sijil
Terbaik Veteran (45 tahun ke atas) – RM 50 + Sijil
Terbaik Wanita – RM 50 + Sijil
3 Pemain Terbaik IPT – 1st RM 70 / 2nd RM 60 / 3rd RM 50 + Sijil
3 Pemain Terbaik UNITAR – 1st RM 70 / 2nd RM 60 / 3rd RM 50 + Sijil
* Terbaik Staf IPT – Hamper + Sijil
* Terbaik Guru – Hamper + Sijil
* Terbaik IPT (Wanita) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 17 tahun (Lelaki) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 17 tahun (Perempuan) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 12 tahun (Lelaki) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 12 tahun (Perempuan) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 10 tahun (Lelaki) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 10 tahun (Perempuan) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 8 tahun (Lelaki) – Hamper + Sijil
* Terbaik Bawah 8 tahun (Perempuan) – Hamper + Sijil
* Sekiranya ada di antara 11 kategori yang tersebut mencapai jumlah minimum peserta seramai 8 orang, maka hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM30 akan diberikan kepada peserta terbaik bagi kategori tersebut. Sekiranya pula jumlah peserta mencapai 16 orang bagi kategori yang sama, maka tambahan hadiah wang tunai sebanyak RM30 akan diberikan kepada peserta ke-2 terbaik bagi kategori tersebut dan seterusnya sekiranya mencapai jumlah peserta dalam gandaan 8.
DAN 30 HADIAH CABUTAN BERTUAH – HADIAH MISTERI kepada para peserta yang bertuah seperti telefon bimbit, set catur kaca, plastik dan kayu serta lain-lain hadiah yang menarik.
Jadual pertandingan:
Pendaftaran – 8.00 pg – 9.00 pg
Pusingan 1 – 9.30 pg – 10.20 pg
Pusingan 2 – 10.30 pg – 11.20 pg
Pusingan 3 – 11.30 pg– 12.20 ptg
Pusingan 4 – 2.00 ptg – 2.50 ptg
Pusingan 5 – 3.00 ptg – 3.50 ptg
Pusingan 6 – 4.00 ptg – 4.50 ptg
Pusingan 7 – 5.00 ptg – 5.50 ptg
Rehat – 12.20 ptg – 2.00 ptg
Upacara Penutup – 6.00 petang
Untuk sebarang pertanyaan berhubung dengan pendaftaran atau kelayakan bagi menyertai kejohanan ini, sila e-melkan nama anda, tarikh lahir dan nombor telefon kepada seme_event@yahoo.com atau hubungi En Fadli : 014-2312370. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.stonemaster.info dan juga www.stonemaster.info/kelab
_________________________
En. Azli Jailani
Pemangku Pengurus
Student Affairs Department,
Universiti Tun Abdul Razak.
====================================
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK,
16-1, Jalan SS6/12,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 7809 2036, Fax: +603 78812414
—————————————————————————–
UNITAR / StAD (catur-surat pengesahan) 01-2009
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
KEJOHANAN CATUR UNITAR AMATUR 2009 YANG PERTAMA
(Untuk Pemain Dengan Rating Kebangsaan 1650 Dan Ke Bawah)
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan / Badan / Sekolah __________________________________ telah memilih pemain-pemain seperti berikut untuk mewakili Persatuan / Badan/ Sekolah.
BIL NAMA PENUH NO. KP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Sekian, terima kasih.
_______________________
Tandatangan
Nama:
Alamat:
Tel:
Faks:
E-mel:
Tel.Bimbit:
===============================================
MAP KE TEMPAT KEJOHANAN
Menaiki pengangkutan awam – sekiranya hendak ke UNITAR, boleh menaiki Putra LRT dari KL dan berhenti di Putra LRT Taman Bahagia. Dari Taman Bahagia, boleh menaiki teksi yang sentiasa banyak menunggu di luar LRT. Caj teksi lebih kurang RM3.50 – RM4 ke UNITAR. Bas Rapid juga boleh dinaiki dari Putra LRT Taman Bahagia ke UNITAR.
===============================================
Klik NATIONAL RATING untuk mengetahui national rating anda yang terbaru bagi keluaran bulan Oktober 2008.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD) Tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah kepada para pemain catur amatur tanahair kerana beberapa kejohanan catur untuk pemain catur kategori amatur sudah dalam perancangan untuk diadakan. Kejohanan yang bakal diadakan ini adalah hanya khas kepada pemain catur Malaysia yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah sahaja. Memang ramai pemain catur di kategori AMATUR ini [...]...
- PENDAFTARAN/REGISTRATION – KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD) – CHAMPION US 100 DOLLAR Maklumat lanjut, sila klik UNITAR AMATUR. Menaiki pengangkutan awam – sekiranya hendak ke UNITAR, boleh menaiki Putra LRT dari KL dan berhenti di Putra LRT Taman Bahagia. Dari Taman Bahagia, boleh menaiki teksi yang sentiasa banyak menunggu di luar LRT. Caj teksi lebih kurang RM3.50 – RM4 ke UNITAR. Bas Rapid juga boleh dinaiki dari [...]...
- Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor yang ke-2 @ 5 Julai 2009 (TAMBAHAN HADIAH) Berikutan sambutan yang menggalakkan untuk kejohanan pertama yang diadakan di Hulu Selangor pada 9 Mei yang lalu, Persatuan Catur Hulu Selangor & Kelab Catur SMKTBR akan menganjurkan lagi kejohanan Catur Terbuka siri ke-2 pada 5 Julai 2009. 2nd Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor 2009 Untuk Pemain National Rating Bawah 2000 ANJURAN BERSAMA ERSATUAN CATUR HULU [...]...
- JANGAN LUPA SEMUA !! ESOK UNITAR AMATUR@1FEB 09 (AHAD) JAM 9PAGI Esok bermula kejohanan catur Unitar Amatur. Kepada sesiapa yang belum mendaftar, sila hubungi StoneMaster (014-2312370) untuk pra daftar. Kepada yang sudah pra daftar, sila datang awal esok jam 8 pagi untuk pembayaran yuran penyertaan. var linkwithin_site_id = 40458; (function () { var elem = document.createElement('script'); elem.type = 'text/javascript'; elem.src = 'http://www.linkwithin.com/widget.js?rand=' + Math.random(); document.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(elem); })();...





















tolong daftarkan sy
No. KP: 930607-85-5015
age: 16
N.R.: 1233
loading...
loading...
tolong daftarkan kita
nama: loon mun chun
no.kp: 920111-14-5571
age: 16
nama: kok kar hiow
no.kp: 911208-14-5469
age: 16
nama: nio chi shen
no.kp:921129-14-5021
age:16
nama: siew kee meng
no.kp:920917-14-6581
age: 16
loading...
loading...
tolong daftarkan kami untuk peratndingan catur unitar open
muhamad hafiz abu bakar & kingsley tan tiam ahn
loading...
loading...
Correction untuk nama saya Kingsley Tan Tiam Ann.. Bukan Ahn.. Thanks..
loading...
loading...
sy nk ty skit ni SM..
umr sy 17 yahun,sy msuk ktgori skolh kn???
dan sy jga dlm ktgori bwah 17 tahun kan???
loading...
loading...
Insya-Allah dapat pi main kat UNITAR on 1 Feb 2009:
(tolong daftarkan kami berdua yaaa !!!)
Dr Faizal Bin Mat Arifin (1483)
Hanina Sofea Binti Faizal (7 tahun)
loading...
loading...
Tolong Daftar untuk saya >>UNITAR Amature Chess Tourney, terima Kasih banyak-banyak.
Nama: Tan Swee Seng
IC: 920331-10-5467
Umur: 16
NR: –
loading...
loading...