IIUM CHESS TEAM A – BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM – GACC WORLD INTER-VARSITY CHESS CHAMPIONSHIP@30/11-6/12/08
Gambar di atas, pasukan catur Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menjuarai kategori pasukan catur universiti terbaik tempatan di GACC World Inter-Varsity Chess Championship yang diadakan di Universiti Malaya pada 30 November 2008 hingga 6 Disember 2008.
Terbaik antara terbaik. Hebat. Berjaya menggondol gelaran Pasukan Catur Universiti Terbaik Malaysia di kejohanan GACC yang ke-13, yang tamat semalam pada 6 Disember 2008.
Prestasi yang menakjubkan ditunjukkan oleh pemain-pemain UIAM di pusingan ke-9 (akhir). Permainan yang sungguh sengit di pusingan akhir. Kapten pasukan UIAM iaitu Ahmad Fadzil Nayan yang tidak mempunyai lagi International FIDE Rating terpaksa bermain ke tahap kekuatan International Master Level (IM) untuk mengalahkan WIM dari negara Cina iaitu Gong Qianyun di pusingan akhir. Untuk makluman semua, kini Gong Qianyun mempunyai International FIDE Rating 2248 dan pernah hampir mencapai FIDE rating 2400.
Gong Qianyun dari negara Cina sedang menentang Ahmad Fadzil Nayan dari UIAM di pusingan ke-9 (akhir).
Seorang lagi pemain UIAM iaitu Abdullah Khairi K.Z yang SM anggap sebagai pemain yang pakar dalam situasi taktikal, terpaksa menunjukkan sesuatu yang ajaib di minit-minit terakhir menentang Chin,Chong Wee Kenneth dari Universiti Malaya apabila beliau berjaya SERI di posisi buah catur yang dianggap 100% sudah kalah dan tidak ada harapan langsung untuk menang atau seri. Dengan seri tersebut, UIAM Team A berjaya memperolehi 21 markah dan diikuti rapat oleh UM yang memperolehi 20.5 markah.
Abdullah Khairi K.Z dari UIAM . Salah seorang pemain catur IPT paling hansem di GACC. Beliau seri di pusingan ke-9 menentang pemain dari UM di saat-saat akhir di kedudukan buah yang tidak boleh menang mahupun seri dan kejayaaan beliau itu telah menyebabkan UIAM berjaya memintas pasukan UM dengan beza 1/2 markah sahaja. Syabas kepada beliau.
Bakri Abdul Karim. Pelajar UIAM dan juga salah seorang pemain catur handalan dari UIAM. Untuk makluman semua, beliau menjadi Naib Johan di kejohanan catur di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang telah diadakan pada bulan Mei yang lalu di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Y.B. Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob. Kelihatan juga jurulatih catur paling glamour di Malaysia iaitu En. Mohd Fadli bin Zakaria AKA Stonemaster di pentas. Mempunyai International FIDE Rating 2144 dah pernah memperolehi FIDE Rating setinggi 2250 pada tahun 1995. Merupakan salah seorang dari 4 pemain MELAYU di Malaysia sahaja yang pernah mencecah International FIDE Rating 2250 selain IM Mas Hafizulhilmi, FM Anas dan Ahmad Maliki.
Encik Mohd Fadli bin Zakaria (pakai kot hitam) sedang bersalaman dengan Tan Sri Ramli Ngah Talib iaitu Presiden Persekutuan Catur Malaysia. Sebelah beliau adalah Menteri Belia dan Sukan iaitu Y.B. Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob.
Coach Fadli adalah jurulatih pasukan catur Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ditawarkan kontrak selama setahun dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 oleh IIUM Sports and Recreational Centre untuk melatih, mengawasi dan membuat laporan perkembangan prestasi pasukan catur ini disamping memastikan pasukan catur ini mendapat pendedahan secukupnya dalam kejohanan catur agar mereka boleh mencapai tahap prestasi permainan catur yang membanggakan.
TAHNIAH !!!!!!
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- MISI PASUKAN CATUR IIUM DI GACC – BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM 2009 Pada tahun 2008, pasukan catur IIUM buat pertama kali dalam sejarah di kejohanan catur World Inter-Varsity GACC di Universiti Malaya, berjaya mendapat title Best Malaysian University Chess Team. Sila layari berita tersebut DI SINI. Pada tahun ini 2009, bermula esok (29 Nov 09), pasukan catur IIUM akan cuba mempertahankan kedudukan tersebut di kejohanan yang sama. [...]...
- 14th Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship: Team standing after Round 8 Hari ini (3 Disember 2009) telah berlangsung pusingan ke-7 dan ke-8 bagi Kejohanan Catur Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship. Pusingan akhir akan diadakan esok (Jumat 4 Dis). Kedudukan pasukan selepas pusingan ke-8 sebentar tadi adalah seperti berikut: Team Standing After Round 8 No Team Name Rank Points 1 University of Calcutta (UCAL) 1 [...]...
- Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Campionship 2009: Team Standing After Round 6 Hari ini (1 Disember 2009) telah berlangsung pusingan ke-5 & ke-6 bagi Kejohanan Catur Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship 2009. Kedudukan pasukan selepas pusingan ke-6 adalah seperti berikut: Sebanyak 2 pusingan lagi akan diadakan pada Khamis 3 Dis dan pusingan akhir akan diadakan pada Jumaat 4 Disember 2009. Berjayakah Universiti tempatan Malaysia meraih [...]...
- Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship 2009: Final Standing Berikut adalah keputusan akhir bagi kejohanan catur 14th Rakan Muda GACC International Inter-varsity Chess Championship 2009 yang berlangsung pada 28 November hingga 5 Disember 2009 di Universiti Malaya. FINAL STANDING No Team Name Rank Points Tie Break Final Rank 1 University of Calcutta (UCAL) 1 28.5 205.0 Champion 2 Nanyang Technological University (NTU) 2 25.5 [...]...








WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




