GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEMASA KLINIK CATUR + MINI RAPID AMATEUR TOURNEY

Para pemenang MINI rapid Amateur Tourney. Dari kiri Kenneth Choong Wee Chin (Naib Johan Terbuka), Haslindah Ruslan (Best Lady), Nur Najihah Azman Hisham (ke-3 Best Lady), Nurulhana Syuhada M Sulkifly (ke-4 Best Lady), Puteri Rifqah Fahada Azhar (ke-5 Terbuka), Nur Nabila Azman Hisham (Johan Terbuka), Hamdan Abdullah (ke-4 Terbuka) dan Mat Zaki Yeop (ke-3 Terbuka). Tiada dalam gambar Veronica Shalini A/P Charles (ke-2 Best Lady) -balik awal.
Gambar berikutnya adalah gambar para pemenang.

Nur Nabila bersama stonemaster. Beliau menerima hadiah telefon bimbit jenama Nokia (1 Tahun Jaminan).

Kenneth Choong Wee Chin daripada Universiti Malaya berjaya menjadi Naib Johan. Beliau mempunyai markah dan kiraan solkoff yang sama dengan Nur Nabila tapi tewas pada kiraan SB.

Tempat ke-3 dimenangi oleh Mat Zaki Yeop. Beliau dikenali sebagai Veteran Master kerana biasanya kalau ada kategori Best Veteran, beliau biasa memenanginya.

Tempat ke-4 iaitu Hamdan Abdullah. Beliau mengatakan bahawa sudah sekian lama beliau tidak aktif menyertai kejohanan catur. Beliau mendahului kejohanan MINI rapid ini hingga ke pusingan 4 di mana beliau memperolehi 4/4 markah tetapi tertewas di pusingan akhir menentang Kenneth Choong.

Tempat ke-5. Puteri Rifqah Fahada Azhar.

Best Lady – Haslindah Ruslan. Beliau juga merupakan Naib Presiden Persekutuan Catur Malaysia. Beliau mengatakan bahawa kehadiran beliau adalah juga untuk memantau dan mengkaji cara stonemaster menjalankan klinik catur ini.

Ke-2 Best Lady. Veronica Shalini A/P Charles.

Ke-3 Best Lady. Nur Najihah Azman Hisham.

Ke-4 Best Lady. Nurulhana Syuhada M Sulkifly.
Lain-lain gambar yang menarik.







Hamdan Abdullah sedang bersalaman dengan Kenneth Choong Wee Chin daripada Universiti Malaya di papan pertama pusingan ke-5 (akhir). Kenneth berjaya mengalahkan Hamdan. Walaubagaimana pun, Nur Nabila berjaya memenangi kejohanan ini dengan kiraan mata pemutus SB.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Gambar-Gambar Menarik Semasa SM MINI Tourney Rapid 10 Minit@21 Feb 09 jam 2 petang – 4.30 petang Seramai 28 peserta telah mengambil bahagian di Kejohanan Catur Mini Rapid 10 minit StoneMaster yang telah diadakan di sebelah petang 21 Februari 2009 di Excel Chess Academy. Sila gerakkan ‘mouse’ di gambar untuk melihat komennya.. Lagi berita dan gambar-gambar akan menyusul kemudian…...
- Gambar-Gambar Menarik Semasa Sessi Klinik Catur StoneMaster@21 Feb 2009 Jam 9.30 pagi – 12.30 Tengahari Berikut adalah antara gambar-gambar yang dirakamkan semasa berlangsungnya klinik catur sessi ke-2 ‘opening repertoir’ yang telah diadakan di Excel Chess Academy pada sebelah pagi 21 Februari 2009....
- LOKASI KLINIK CATUR 1ST SATURDAY + MINI TOURNEY @3 JAN 2009 Klinik catur 1st Saturday + Mini Chess Tourney pada 3 Januari 2009 akan diadakan di KL Braile Training Centre, No. 134, KM4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Lokasinya bertentangan dengan Diamond Square, Jalan Gombak. Bus Rapid (RM2) U1 dan U5 lalu di jalan gombak tersebut. Begitu juga bus metro no. 91 (RM1.60). Bus Rapid [...]...
- LAGI GAMBAR DAN CERITA MENARIK DI UPSI OPEN@25-26/10/08 Siapa yang tidak kenal Mohd Saprin Sabri. Pemain catur yang sangat digeruni oleh semua lawannya semasa tahun 90an. Hampir semua kejohanan catur yang disertai oleh beliau, kedudukan beliau mesti top 5 di zaman kegemilangannya pada tahun 90an. Jarang sudah beliau ambil bahagian di kejohanan catur sebab sibuk dengan perniagaan IT beliau di Bangi. Di hari [...]...



WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




