StoneMaster sahut cabaran hasilkan edisi pertama MAJALAH CATUR MALAYSIA mulai tahun 2011.

Jan 22nd, 2009 | Posted by | Filed under Majalah Catur Malaysia, News

Banyak pihak / penaja sudah mula menyumbangkan dana kepada SM untuk buat seberapa banyak aktiviti catur dan juga beri kepercayaan kepada SM untuk melakukan sesuatu dalam memeriahkan lagi aktiviti sukan catur seluruh tanahair pada tahun 2009 ini.

Pelajar, sekolah, universiti dan persatuan/kelab catur sudah makin ramai di bawah Mari Belajar Catur Cara StoneMaster (MBCCS), 2 blog catur SM yang hebat iaitu StoneMaster.Info dan Kelab StoneMaster sudah berjaya diwujudkan. Blog terbaru SM iaitu Mari Belajar Catur Cara StoneMaster berjaya juga dibina akhirnya. Aktiviti kejohanan catur juga sudah mula kerap SM anjurkan mulai awal tahun 2009. Projek gergasi SM iaitu Program Belajar Catur Jarak Jauh (PBCJJ) yang dijangka akan dijalankan secara besar-besaran di seluruh Malaysia pun hampir 70% siap . Apa lagi yang StoneMaster nak?

MAJALAH CATUR MALAYSIA. Ini adalah satu projek SM yang sudah lama SM idamkan nak buat sejak tahun 1990. Memang sudah lama menunggu dan menanti peluang keemasan untuk dilaksanakan. Dalam tempoh 18 tahun penantian ini, sudah banyak SM lihat seorang demi seorang cuba hasilkan MAJALAH CATUR MALAYSIA ini tapi akhirnya kecundang. Ada yang sudah hasilkan tapi sekerat jalan jee, ada yang cuba tanya2 dulu nak cuba buat tapi tak jadi nak buat, ada yang sangkut pula masa permohonan.

Memang banyak kerenah birokrasi yang wujud dalam proses permohonan untuk menerbitkan majalah… 6 bulan menunggu proses permohonan, kena cari org yang boleh buat artikel dalam bahasa inggeris atau bahasa malaysia. Kena ada lesen dan setiap tahun kena renew. Dan yang paling org tidak minat nak terbitkan majalah adalah kos permulaannya yang boleh meningkat sehingga RM15 ribu hingga RM20 ribu ringgit.

Selepas permohonan berjaya, kena pula cari artikel2 yg menarik untuk dimuatkan dalam majalah, lepas tuu kena berurusan dengan syarikat percetakan, lepas tuu mesti lantik pula syarikat untuk memasarkan dan mempromosikan majalah ini. Untung atau rugi pula, lain cerita pula. hmmm. Siapa berani sahut cabaran ni? :)

Adakah tahun 2011 nanti, impian ini akan menjadi suatu kenyataan? Majalah Catur Malaysia yang pertama dihasilkan oleh StoneMaster? Sama-sama kita tunggu nanti. :) magazine sm

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
StoneMaster sahut cabaran hasilkan edisi pertama MAJALAH CATUR MALAYSIA mulai tahun 2011., 8.0 out of 10 based on 7 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. SM Kembali Sibuk Dengan Aktiviti Latihan Catur Mulai Oktober 2009 Pejam celik, pejam celik, 8 hari lagi dah nak raya aidilfitri. hehehe. Dah 2 bulan, SM batal/rehatkan semua latihan catur sejak awal bulan Ogos, kerana nak berpuasa dan beraya nanti. Masuk jee bulan Oktober ini, semua kelas catur dijangka akan bersambung semula. Ditambah lagi semasa bulan puasa ini, ada 5 pihak yang menawarkan SM kendalikan [...]...
  2. SM Beri Cadangan/Nasihat Kepada Penganjur Catur Di Malaysia Mengenai Wabak Bahaya Influenza A(H1N1) – Guna Alat Infra Red Termometer Dahi Banyak penganjur catur di Malaysia tak serik-serik nak anjur kejohanan catur. Kenapa mereka tidak serik? Antaranya ialah : 1. Dapat penaja untuk anjur kejohanan catur. 2. Dapat income juga. 3. Nak tunjukkan kepada semua orang yang mereka mampu anjur kejohanan catur. 4. Suka buat aktiviti kejohanan catur. Tidak kisah rugi atau untung, asalkan dapat buat [...]...
  3. Encik Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster dilantik sebagai Jurulatih Catur SK Bukit Kapar, Klang mulai Mei 2009 Dijangkakan StoneMaster Fadli akan mula menjalankan latihan catur kepada para pelajar catur di SK Bukit Kapar, Klang mulai minggu ke-3 (Sabtu) dan minggu ke-5 (Sabtu) Mei ini. Ramainya bakal anak murid StoneMaster. Mulai awal bulan Mei 2009, SM akan pergi ke sekolah tersebut 2 kali sebulan iaitu hari Sabtu minggu pertama dan ke-3 untuk menyediakan satu [...]...
  4. StoneMaster Fide Rated Chess Championship 2011 Masanya sudah tiba bagi StoneMaster a.k.a SM a.k.a CM Fadli untuk mengumumkan penganjuran kejohanan Fide Rated kepada peminat catur Malaysia. Kejohanan ini menyediakan hadiah sangat lumayan iaitu jumlah wang tunai lebih RM10 ribu ringgit. Ini adalah kejohanan catur fide rated yang pertama diadakan oleh CM Fadli di bawah Syarikat Cerdik Catur Enterprise. Ia bakal diadakan [...]...

Tags:
  1. zaff
    Apr 9th, 2009 at 19:29
    Reply | Quote | #1

    hai, persatuan kami nak wat pertandingan catur terbuka lelaki dan perempuan peringkat kolej. Jadinya ada masalah sponser.. dan ini baru pertama kali diadakan pertandingan catur,boleh bagi komen!

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  2. nareezhakim
    Apr 26th, 2009 at 22:28
    Reply | Quote | #2

    mengapa pula ada masalah sponser?kalau sekadar peringkat kolej,cuba buat proposal kpd unit sukan dan minta pihak kolej sendiri yang biayai kejohanan tsebut.hadiah tak perlu lumayan,ikut bajet kutipan duit yuran penyertaan(kalau ada) pon sudah memadai

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By Know How Media

www.stonemaster.info is Stephen Fry proof thanks to caching by WP Super Cache