SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN DI KEJOHANAN CATUR STONEMASTER MINI TOURNEY FOR ALL@24JAN 2009
Kejohanan catur ini dijalankan dengan jayanya petang tadi @ 24 Jan 09 jam 2pm-5pm. Pada asalnya seramai 42 peserta telah pra-daftar. 2 peserta menarik diri di saat akhir. 8 peserta tidak dapat hadir tepat pada waktunya kerana jalan sesak teruk di Kuala Lumpur. Mungkin disebabkan orang ramai berpusu-pusu nak balik ke kampung bercuti CNY.
Walaubagaimanapun, matlamat pihak penganjur untuk mendapatkan penyertaan seramai 30 hingga 40 peserta telah TERCAPAI. Terima kasih kepada para peserta kerana memeriahkan kejohanan catur ini.
Kali ini, kejohanan ini berkonsepkan FOR ALL di mana pemain PRO dan AMATUR akan bermain dalam satu kategori dan 5 tempat teratas PRO dan 5 tempat teratas AMATUR dan 4 tempat teratas Wanita akan memperolehi hadiah daripada pihak penaja.
Seramai 32 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan ini. 7 adalah pemain PRO, 4 adalah pemain wanita dan 21 adalah pemain AMATUR.
Pegawai Teknikal bagi kejohanan ini adalah StoneMaster sendiri. Kejohanan ini dijalankan tanpa ada apa-apa perbalahan yang berbangkit. StoneMaster sendiri mengumumkan bahawa keputusan akhir beliau sebagai pegawai teknikal adalah muktamad walaupun keputusan beliau betul atau tidak betul. hehehe
Juara PRO adalah Sumant Subramaniam dan juara AMATUR adalah Muhd Irfan Haqqim Azhar. Kedua-dua juara tersebut telah memenangi sebuah telefon bimbit (1 Tahun jaminan) daripada pihak penaja. Tahniah !!!

Sumant Subramaniam – Juara PRO.

Muhd Irfan Haqqim - Juara AMATUR
Keputusan Penuh
No. Nama / Markah / WP
1. Sumant Subramaniam / 5.5 / 25 - Terbaik PRO
2. Faizal Andin / 5 / 24 - Ke-2 PRO
3. Jax Tham / 5 / 22 - Ke-3 PRO
4. Muhd Irfan Haqqim / 4.5 / 22.5 – Terbaik AMATUR
5. Lim Kian Hwa / 4 / 22 - Ke-4 PRO
6. Mohd Kamal Abdullah / 4 / 21.5 - Ke-5 PRO
7. Abdullah Shukor / 4 / 21
8. Muhd Syakir Shazmeer / 4 / 20.5
9. Sarika Subramaniam / 4 / 16 - Terbaik Wanita
10. Dewaraj A/L Velayudhan / 4 / 15 - Ke-2 AMATUR
11. Shreyes Subramaniam / 3.5 / 20.5 - Ke-3 AMATUR
12. Tan Giap Yin / 3.5 / 17 - Ke-4 AMATUR
13. Jason Lim / 3 / 22.5 - Ke-5 AMATUR
14. Chek Kin Keuw / 3 / 20.5 - Ke-6 AMATUR
15. Thamodaran A/L Subramaniam / 3 / 19.5 - Ke-7 AMATUR
16. Muhammad Zulhilmi / 3 / 19 - Ke-8 AMATUR
17. Hairul Abdul Hamid / 3 / 18
18. Ainul Abdul Hakim / 3 / 17.5
19. Hasidin Abdul Rashid / 3 / 16.5
20. Abd Rahim bin Rais / 3 / 14
21. Shaza Scherazade / 3 / 12 - Ke-2 Wanita
22. Haslindah Ruslan / 2.5 / 16.5 - Ke-3 Wanita
23. Hamdan Abdullah / 2 / 22
24. Veronica Shalini A/P Charles / 2 / 17.5 - Ke-4 Wanita
25. Rashid Jamaluddin / 2 / 17.5
26. Azhar M.Said / 2 / 17
27. Arijey Sura / 2 / 14.5
28. Arijey Shankara / 2 / 14.5
29. Shamsuddin Sabri / 1.5 / 11.5
30. Muhammad Al Haqeem / 1 / 14
31. Arijey Sanjeeth / 1 / 13
32. Khairul Nur Azwar / 0 / 11.5
BERIKUT ADALAH ANTARA AKSI-AKSI MENARIK YANG SEMPAT DIRAKAMKAN DI SEKITAR KEJOHANAN

Gerakkan ‘mouse’ di gambar
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- KEJOHANAN CATUR PEMBUKA TIRAI 2009 TELAH MENCATITKAN KEPUTUSAN YANG MEMERANJATKAN !!! Keputusan yang MEMERANJATKAN. Percaya atau tidak? Pemain catur wanita menguasai kejohanan catur MINI Amatur yang diadakan pada 3 Januari 2009 bertempat di KL Braille Training Centre, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Para pemain wanita memenangi 6 daripada 9 hadiah yang disediakan. Kejohanan ini telah mencapai jumlah sasaran penyertaan di mana seramai 37 peserta telah mengambil bahagian [...]...
- JANGAN LUPA PETANG INI !!! – 1st. StoneMaster MINI Tourney Rapid 10 minutes FOR ALL @24 JAN 2009 (Saturday) 2pm-5pm . Best PRO & Best AMATUR akan menang Telefon Bimbit 38 peserta sudah pra-daftar MINI Tourney(24/1) sehingga hari ini 24/1/09 jam 11.10 pagi. Kepada mereka yang belum daftar lagi, sila sms StoneMaster untuk buat pendaftaran dan yang sudah pra-daftar, sila hadir jam 1.30 pm. Di atas adalah peta lokasi di mana kejohanan ini akan diadakan. Anda boleh naiki bus Rapid U73 yang boleh diambil dari bus [...]...
- KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD) Tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah kepada para pemain catur amatur tanahair kerana beberapa kejohanan catur untuk pemain catur kategori amatur sudah dalam perancangan untuk diadakan. Kejohanan yang bakal diadakan ini adalah hanya khas kepada pemain catur Malaysia yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah sahaja. Memang ramai pemain catur di kategori AMATUR ini [...]...
- Pesta Jualan Peralatan Catur oleh Cerdik Catur Enterprise yang pertama mendapat sambutan HANGAT !! Semalam di kejohanan catur di Jeram Kuala Selangor, Cerdik Catur Enterprise telah buat pertama kalinya, mempromosikan perniagaan jualan peralatan catur di kejohanan tersebut. Sambutan yang hangat telah diterima dari kalangan peserta dan pengunjung kejohanan/restoran tersebut. Sebanyak 3 unit jam catur, 29 set catur dan 10 unit papan catur vinyl berjaya di jual dengan jumlah kutipan [...]...



WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




