Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ)

Jan 26th, 2009 | Posted by stonemaster | Filed under PCCJJ

Dengan sukacitanya diumumkan bahawa Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ) akan mula dilancarkan secara besar-besaran seluruh Malaysia mulai 25 April 2010. Borang penyertaan program ini akan mula diedar pada bulan Februari ini.

pccjjPublisiti secara meluas akan dibuat melalui akhbar tempatan, radio, surat jemputan dan juga melalui blog catur tempatan.

Idea pembelajaran cara PCCJJ ini telah diilhamkan oleh En. Mohd Fadli bin Zakaria yang mempunyai pengalaman dalam permainan catur ini selama 29 tahun. Setakat ini belum pernah mana-mana pihak cuba menjalankan latihan cara PCCJJ ini di Malaysia secara menyeluruh. Seramai 10ribu peserta menjadi sasaran pihak kami untuk menyertai program ini.

PCCJJ ini, sangat sesuai diikuti oleh cikgu-cikgu, ibubapa dan individu yang berminat bagaimana hendak melatih murid-murid cara belajar catur yang sistematik. Pada pendapat peribadi StoneMaster sendiri, bukan senang hendak tingkatkan pencapaian seseorang dalam permainan catur kalau kita salah atau tidak tahu belajar catur cara yang betul.

Sejak dulu lagi, kalau 200 peserta yang ambil bahagian dalam sesuatu kejohanan catur kategori terbuka, memang hanya orang yang sama akan sentiasa mendapat top 20 bertahun-tahun dan selainnya akan sentiasa berada di tahap kedudukan 21 hingga 200 bertahun-tahun juga. Diharap PCCJJ akan dapat membantu peserta yang ingin meningkatkan pencapaian dalam permainan catur ini dan kalau tidak boleh jadi PRO, sekurang-kurangnya anda boleh jadi JAGUH Amatur :)

Modul PCCJJ direka dalam bentuk nota-nota dan akan dikeluarkan 4 bulan sekali mulai 25 April 2010. Ia ditulis dalam Bahasa Malaysia dan setiap naskah akan dijual dengan harga RM200. Ia akan dikeluarkan sebanyak 3 kali setahun. Ahli PCCJJ akan juga menikmati diskaun-diskaun hebat seperti dapat membeli peralatan catur dengan harga yang murah di samping akan mendapat diskaun 50% untuk yuran penyertaan bagi semua aktiviti kejohanan catur anjuran/tajaan Cerdik Catur Enterprise seperti StoneMaster Amatur dan juga Bengkel Latihan Catur dalam masa 4 bulan selepas pembelian naskah tersebut.

Satu laman blog khas akan juga dibina untuk Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ) ini. Borang rasmi penyertaan akan dikeluarkan bulan Februari ini dan boleh dimuat turun di blog stonemaster.info ini nanti.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ), 9.5 out of 10 based on 21 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Tiada artikel yang berkaitan buat masa ini..Terima kasih.

Tags:
  1. sham
    Jun 25th, 2009 at 16:28
    Reply | Quote | #1

    bagus idea ni. nampak menarik juga. nak tanya, selain nota, apa lagi peserta dapat jika mengikuti program ini. bagaimana kaedah pembelajarannya. adakah SM akan beri kelas percuma kpd peserta2 program ini?terima kasih

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  2. stonemaster
    Jun 25th, 2009 at 22:51
    Reply | Quote | #2

    salam sham. banyak faedah kalau joint PCCJJ. selain nota dapat, ada juga faedah2 lain.nanti sila rujuk flyer yang akan diedarkan bulan julai nanti.

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  3. zarina mohd lip
    Jan 24th, 2010 at 20:12
    Reply | Quote | #3

    Saya berminat untuk menyertai PCJJ untuk tahun 2010. Bagaimana nak daftar.Saya di Port Dickson.

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
    • stonemaster
      Jan 25th, 2010 at 13:04
      Reply | Quote | #4

      salam zarina mohd lip. pendaftaran PCCJJ akan mula dibuka awal februari ini. pelancarannya akan diadakan pada 25 april 2010. akan dilancarkan promosi secara besar-besaran seluruh malaysia. ia dianggap seperti note peribadi yang sangat sesuai kepada jurulatih catur,cikgu2 sekolah, ibubapa dan juga individu sebagai guideline/panduan cara mengajar/belajar catur cara sistematik.nota tersebut ditulis dalam bahasa malaysia. harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.
      Dah 2 tahun PCCJJ ini ditangguhkan dan kali nii tarikh pelancarannya pada 25 april 2010 dah tak ubah lagi. nanti saya akan buat link untuk pra daftar PCCJJ
      stonemaster´s last blog ..Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition (SE) Limited 2010. My ComLuv Profile

      GD Star Rating
      loading...
      GD Star Rating
      loading...
  4. dYaNa92
    Jan 25th, 2010 at 23:07
    Reply | Quote | #5

    Salam sm..
    Kali ni dyana hrp dpt nota pccjj ye..
    Da tibe mase nk improve chess skill..hrp nota tu dpt membantu walaupn da lme 2nggu..he2

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
CommentLuv Enabled

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By eTDS TechnoSys.
Visit Our Plugin Community.

www.stonemaster.info is Digg proof thanks to caching by WP Super Cache