Pasukan Catur SK Puncak Alam 2 (SKPA2)
Pada 25Jan 09, hari Ahad jam 10 pagi hingga 1 petang, satu latihan intensif catur telah diadakan khas kepada para pemain catur sekolah ini bagi persediaan pelajar sekolah ini ke kejohanan catur peringkat sekolah-sekolah dan cuba untuk layak ke peringkat daerah negeri Selangor pula.
Seramai 10 peserta iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan telah hadir untuk mengikuti latihan catur yang dikendalikan oleh jurulatih paling glamour di Malaysia iaitu En Mohd Fadli bin Zakaria A.K.A StoneMaster AKA SM AKA Coach Fadli.

Coach Fadli telah memberi beberapa nasihat dan memberikan sedikit latihan catur yang perlu dibuat kepada para pemain sekolah ini. SM dapati sekolah ini berpotensi jauh dalam sukan catur ini sekiranya pihak yang terbabit mempunyai satu program latihan catur yang sistematik dan teratur, bermula dari peringkat awal persekolahan. Sekiranya program ini dijalankan mulai pelajar tahun 1, dijangkakan sekolah ini akan mempunyai pasukan catur SKPA2 yang handal dalam masa 2 atau 3 tahun.
Seorang guru catur/penasihat catur perlu mengambil inisiatif untuk memantau, melatih, menghantar pemain ke kejohanan catur dan juga membuat laporan bulanan mengenai prestasi perkembangan sukan catur ini di kalangan para pemain catur SKPA2.
Dimuatkan juga link laman blog bagi SKPA2 untuk maklumat semua.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- HALA TUJU SK PUNCAK ALAM 2 KE ARAH PEMBANGUNAN SUKAN CATUR 2011 Cerita menarik mengenai artikel SKPA2 akan menyusul nanti....
- STONEMASTER JALANKAN AKTIVITI CATUR SECARA SISTEMATIK DI SKPA2 Sudah 2 bulan StoneMaster jalankan aktiviti catur di SKPA2 di Puncak Alam. Kelas catur dijalankan pada setiap minggu ke-2 dan minggu ke-4 pada hari Sabtu. Pada tahun ini, sekolah ini berjaya mencatitkan sejarah dalam sukan catur apabila buat pertama kalinya seorang pemain catur dari sekolah ini berjaya mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat MSS Selangor. [...]...
- COACH FADLI BERSAMA PASUKAN CATUR UIAM DI UMS, SABAH. Satu lagi gambar menarik Coach Fadli bersama pasukan catur UIAM. Gambar ini diambil di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan Mei 2008 yang lalu semasa penyertaan pasukan ini di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Pasukan Catur UIAM buat pertama kali dalam sejarahnya, berjaya menggondol 1 pingat perak bagi kategori lelaki dan 1 pingat gangsa bagi [...]...
- Encik Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster dilantik sebagai Jurulatih Catur SK Bukit Kapar, Klang mulai Mei 2009 Dijangkakan StoneMaster Fadli akan mula menjalankan latihan catur kepada para pelajar catur di SK Bukit Kapar, Klang mulai minggu ke-3 (Sabtu) dan minggu ke-5 (Sabtu) Mei ini. Ramainya bakal anak murid StoneMaster. Mulai awal bulan Mei 2009, SM akan pergi ke sekolah tersebut 2 kali sebulan iaitu hari Sabtu minggu pertama dan ke-3 untuk menyediakan satu [...]...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




