Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster AKA SM AKA Coach Fadli telah dilantik sebagai Jurulatih Catur Sekolah Kluster Kecemerlangan di SEREMBAN

Latihan intensif catur sedang dijalankan di Dewan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said di bawah pengawasan Coach Fadli.

Para peserta sedang tekun bermain catur sambil diawasi oleh Coach Fadli.
Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban iaitu sekolah yang memilih Program Cerdik Catur sebagai salah satu bidang kebitaraan telah melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria sebagai Jurulatih Catur.
SM rasa ramai tidak tahu apa itu sekolah kluster. Kalau tidak silap SM, sehingga kini, terdapat hanya 60 buah sekolah kluster di Malaysia. Dan setiap sekolah kluster mempunyai dan memilih bidang kebitaraan yang mereka pilih seperti bolasepak, hoki, badminton, catur dan sebagainya.
Ini bermakna sekolah ini boleh mendapat sumber kewangan yang mencukupi bagi program sekolah kluster untuk menjalankan sebarang aktiviti catur untuk kebaikan dan kemajuan pelajar sekolah ini dalam bidang sukan catur sehingga berjaya mencapai okjektif yang dikehendaki.
Dengan perlantikan SM sebagai jurulatih catur di sekolah ini, adakah ini bermakna SM sudah bermula bertapak di Seremban untuk kemajuan sukan catur? Adakah SM akan mula menganjurkan banyak aktiviti sukan catur seperti StoneMaster Amatur, Klinik Catur +MINI Tourney, Touney For ALL , Catur Kilat dan sebagainya di Seremban?
Lagi cerita menarik mengenai sekolah ini dalam masa beberapa hari lagi.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Encik Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster dilantik sebagai Jurulatih Catur SK Bukit Kapar, Klang mulai Mei 2009 Dijangkakan StoneMaster Fadli akan mula menjalankan latihan catur kepada para pelajar catur di SK Bukit Kapar, Klang mulai minggu ke-3 (Sabtu) dan minggu ke-5 (Sabtu) Mei ini. Ramainya bakal anak murid StoneMaster. Mulai awal bulan Mei 2009, SM akan pergi ke sekolah tersebut 2 kali sebulan iaitu hari Sabtu minggu pertama dan ke-3 untuk menyediakan satu [...]...
- MOHD FADLI BIN ZAKARIA AKA StoneMaster telah dilantik sebagai KETUA ARBITER oleh PUSAT SUKAN, UiTM Shah Alam Kejohanan Catur Terbuka UiTM Perseorangan 2009 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 Mac 2009 yang lalu. Satu penghargaan dan pengiktirafan kepada StoneMaster sebagai Ketua Arbiter kerana di kalangan Arbiter Antarabangsa (IA) dan Arbiter bukan Antarabangsa yang tinggal di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pusat Sukan UiTM Shah Alam telah memilih dan melantik Encik Mohd Fadli bin [...]...
- StoneMaster Dilantik Sebagai Ketua Arbitor di Kejohanan Catur Jemputan Sekolah-Sekolah Daerah Seremban SMKA SHAMS 2009 SM telah dilantik sebagai Ketua Arbitor di kejohanan ini. StoneMaster menerima Sijil Penghargaan daripada Pengetua Cemerlang Pn Hjh Wan Ruhayah bt Wan Yaacob Flyer Kejohanan...
- Bilik Kebitaraan Kluster Cerdik Catur Paling Canggih Di Malaysia terletak di Seremban ?? 12 Februari lepas, SM telah membuat artikel mengenai bilik kebitaraan kluster cerdik catur paling canggih di Malaysia. Ia terdapat di Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheik Hj. Mohd. Said, Seremban. Baru-baru ni pada 19 Februari 2009, SM telah melihat sekali lagi bilik tersebut semasa kejohanan catur MSSD peringkat Zon Seremban Utara yang diadakan di sekolah tersebut [...]...



WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




