MOHD FADLI BIN ZAKARIA AKA StoneMaster telah dilantik sebagai KETUA ARBITER oleh PUSAT SUKAN, UiTM Shah Alam
Kejohanan Catur Terbuka UiTM Perseorangan 2009 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 Mac 2009 yang lalu. Satu penghargaan dan pengiktirafan kepada StoneMaster sebagai Ketua Arbiter kerana di kalangan Arbiter Antarabangsa (IA) dan Arbiter bukan Antarabangsa yang tinggal di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pusat Sukan UiTM Shah Alam telah memilih dan melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster untuk mengendalikan kejohanan catur ini.
Seramai 94 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan ini. Sebelum kejohanan bermula, Encik Mohd Fadli bin Zakaria telah menasihatkan kepada semua para perserta supaya bermain dengan penuh semangat kesukanan. Maksudnya kalau dah touch move atau buat illegal move tuu, mengaku sajalah. hehe. Tiada sebarang masalah besar yang berlaku ketika kejohanan ini berlangsung, cuma masalah 2 peserta terpaksa ketua arbiter kalahkan permainan lawan yang telefon bimbit mereka berbunyi. 2 peserta terpaksa SM tambahkan masa 2 minit kerana lawan mereka buat illegal move dan seorang peserta SM tidak boleh terima perubahan keputusannya kerana beliau telah resign dan lawannya telah menghantar keputusan.
Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur di atas perlantikan SM sebagai ketua arbiter. Kepada sesiapa yang berminat hendak melantik SM sebagai Ketua Arbiter untuk kejohanan catur mereka, janganlah segan-segan atau dalam maksud peribahasa ” malu-malu kucing ” untuk hubungi SM.

Kelihatan Ketua Arbiter kejohanan iaitu Encik Mohd Fadli bin Zakaria sedang duduk di meja arbiter. Beliau telah dilantik oleh Pusat Sukan UiTM untuk mengendalikan kejohanan ini.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster AKA SM AKA Coach Fadli telah dilantik sebagai Jurulatih Catur Sekolah Kluster Kecemerlangan di SEREMBAN Latihan intensif catur sedang dijalankan di Dewan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said di bawah pengawasan Coach Fadli. Para peserta sedang tekun bermain catur sambil diawasi oleh Coach Fadli. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban iaitu sekolah yang memilih Program Cerdik Catur sebagai salah satu bidang kebitaraan telah melantik Encik Mohd Fadli bin [...]...
- Mohd Fadli Zakaria a.k.a StoneMaster – 3 kali jadi Chief Arbiter/Ketua Arbiter bagi bulan April 2010 ?? Cuba cari di mana SM berada di dalam gambar-gambar di bawah… Jumpa tak di mana saya…? oooh rupa-rupanya SM telah dilantik sebagai Ketua Arbiter untuk Klang Parade Chess Championship 2010 ini Bulan April ni saja SM jadi Ketua Arbiter kepada 3 kejohanan catur di sekitar Lembah Kelang iaitu di Klang Parade (3 & 4 April [...]...
- Encik Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster dilantik sebagai Jurulatih Catur SK Bukit Kapar, Klang mulai Mei 2009 Dijangkakan StoneMaster Fadli akan mula menjalankan latihan catur kepada para pelajar catur di SK Bukit Kapar, Klang mulai minggu ke-3 (Sabtu) dan minggu ke-5 (Sabtu) Mei ini. Ramainya bakal anak murid StoneMaster. Mulai awal bulan Mei 2009, SM akan pergi ke sekolah tersebut 2 kali sebulan iaitu hari Sabtu minggu pertama dan ke-3 untuk menyediakan satu [...]...
- StoneMaster Dilantik Sebagai Ketua Arbitor di Kejohanan Catur Jemputan Sekolah-Sekolah Daerah Seremban SMKA SHAMS 2009 SM telah dilantik sebagai Ketua Arbitor di kejohanan ini. StoneMaster menerima Sijil Penghargaan daripada Pengetua Cemerlang Pn Hjh Wan Ruhayah bt Wan Yaacob Flyer Kejohanan...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





Tahniah….harap boleh jumpa SM lagi dalam tournament yang akan datang….
loading...
loading...
Tahniah……!
loading...
loading...