HARI INI DALAM SEJARAH – KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 dengan RASMInya dijalankan bermula di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban pada 6 April 2009
Hari ini terciptalah sejarah. Seramai 47 guru hadir di kursus ini. Kursus Kejurulatihan Catur yang telah lama menjadi matlamat StoneMaster untuk dijalankan di seluruh Malaysia akhirnya berjaya diadakan. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban merupakan tempat di mana kursus ini dijalankankan buat pertama kalinya pada tahun ini. Fasilitator kursus ini dikendalikan sendiri oleh Encik Mohd Fadli bin Zakaria.
Sudah bertahun-tahun, StoneMaster telah mencadangkan kepada banyak pihak supaya mewujudkan kursus ini dan patut dijalankan di seluruh Malaysia secara konsisten dan kerap tetapi tiada pihak yang sanggup atau bersungguh-sungguh agar kursus seperti ini dapat dilaksanakan.
Selepas 6 bulan menyiapkan modul kursus ini, di atas inisiatif StoneMaster sendiri yang mempunyai 27 tahun pengalaman dalam permainan catur ini, akhirnya kursus ini berjaya dijalankan dan akan digerakkan di setiap negeri mulai bulan April 2009.

Sesi 1 – Pengenalan. Mengenali buah catur dan markahnya, cara pergerakan, apa itu check, checkmate dan stalemate, cara penyusunan buah catur dan asas opening.




loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 (TAHAP 1) DIJALANKAN DENGAN JAYANYA DI NEGERI KELANTAN Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) telah dijalankan dengan jayanya. Kursus ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan pada 17 dan 18 April 2009. Seramai 38 peserta yang terdiri daripada cikgu-cikgu di Kuala Krai dan juga peserta di beberapa daerah lain di negeri Kelantan telah hadir. Fasilitator kursus [...]...
- Negeri ke-2. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) di Kelantan pada 17 dan 18 April 2009 Akan tercipta lagi sejarah pada 17 dan 18 April 2009. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) akan diadakan di Kuala Krai, Kelantan. Kursus ini merangkumi 8 sesi (8 topik). Fasilitator kursus ini adalah Encik Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster. Kursus ini khas kepada semua cikgu sekolah daerah Kuala Krai dan para jemputan. Jumpa anda di sana....
- KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 SELURUH MALAYSIA TELAH BERMULA Kursus Kejurulatihan Catur 2009 yang StoneMaster rancang untuk jalankan seluruh Malaysia pada tahun ini telah bermula. Kursus ini terdiri daripada 2 tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Setiap tahap mempunyai 8 sessi yang terdiri daripada topik yang berlainan. Kursus ini khas kepada cikgu-cikgu, ibubapa dan juga individu-individu yang berminat mendalami permainan catur ini untuk melatih [...]...
- Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan pada 10 dan 11 Julai 2009 Tak sangka pula apabila ada peserta dari mersing, johor juga berminat menyertai Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan. Nama peserta yang di luar negeri kelantan yang berminat sertai kursus ini telah pihak kami hantar kepada pihak penganjur untuk dipertimbangkan. Pihak MB3CF ingin maklumkan bahawa Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan akan [...]...



WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





terimakasih atas kerjasama
loading...
loading...