KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 SELURUH MALAYSIA TELAH BERMULA

Kursus Kejurulatihan Catur 2009 yang StoneMaster rancang untuk jalankan seluruh Malaysia pada tahun ini telah bermula. Kursus ini terdiri daripada 2 tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Setiap tahap mempunyai 8 sessi  yang terdiri daripada topik yang berlainan.

Kursus ini khas kepada cikgu-cikgu, ibubapa dan juga individu-individu yang berminat mendalami permainan catur ini untuk melatih anak-anak, murid  sekolah atau meningkatkan pengetahuan individu sendiri dalam ilmu pengetahuan /asas permainan ini.

Kursus ini tidak semestinya dijalankan bermula dari tahap 1 (sessi 1) tetapi bergantung kepada pihak yang menentukan topik diperlukan. Kursus ini dijalankan secara kumpulan (10 peserta hingga 60 peserta) dan bukan secara individu. Kos bagi setiap topik adalah RM200 (2 jam).

Objektif                       :

           

a) Membantu guru catur sekolah mendalami asas permainan catur.

 

b) Mengasah guru catur sekolah supaya dapat mencungkil bakat murid-murid sekolah dalam permainan catur.

 

c) Melatih guru catur sekolah dalam menjalankan program latihan catur  yang sistematik kepada murid-murid sekolah.

 

d) Memastikan guru catur sekolah dapat melaksanakan tugas melatih murid dalam permainan catur dengan berkesan.

 

e) Memudahkan guru catur sekolah menyiapkan jadual latihan catur kepada murid sekolah.

 

f) Memberi tunjuk ajar kepada guru catur sekolah bagaimana hendak mengendalikan kejohanan catur kepada murid sekolah.

 

g) Wujudkan kebolehan diri setiap guru catur sekolah dalam menjalankan semua aktiviti permainan catur seperti menyiapkan program latihan catur, kendalikan latihan catur dan kendalikan kejohanan catur di sekolah.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 (TAHAP 1) DIJALANKAN DENGAN JAYANYA DI NEGERI KELANTAN Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) telah dijalankan dengan jayanya. Kursus ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan pada 17 dan 18 April 2009. Seramai 38 peserta yang terdiri daripada cikgu-cikgu di Kuala Krai dan juga peserta di beberapa daerah lain di negeri Kelantan telah hadir. Fasilitator kursus [...]...
  2. HARI INI DALAM SEJARAH – KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 dengan RASMInya dijalankan bermula di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban pada 6 April 2009 Hari ini terciptalah sejarah. Seramai 47 guru hadir di kursus ini. Kursus Kejurulatihan Catur yang telah lama menjadi matlamat StoneMaster untuk dijalankan di seluruh Malaysia akhirnya berjaya diadakan. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban merupakan tempat di mana kursus ini dijalankankan buat pertama kalinya pada tahun ini. Fasilitator kursus ini dikendalikan sendiri [...]...
  3. Negeri ke-2. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) di Kelantan pada 17 dan 18 April 2009 Akan tercipta lagi sejarah pada 17 dan 18 April 2009. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) akan diadakan di Kuala Krai, Kelantan. Kursus ini merangkumi 8 sesi (8 topik). Fasilitator kursus ini adalah Encik Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster. Kursus ini khas kepada semua cikgu sekolah daerah Kuala Krai dan para jemputan.  Jumpa anda di sana....
  4. Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan pada 10 dan 11 Julai 2009 Tak sangka pula apabila ada peserta dari mersing, johor  juga berminat menyertai Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan. Nama peserta yang  di luar negeri kelantan yang berminat sertai kursus ini telah pihak kami hantar kepada pihak penganjur untuk dipertimbangkan. Pihak MB3CF ingin maklumkan bahawa Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan akan [...]...

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media