Current Top 24 Succesful Stories n Achievement by StoneMaster. 24 cerita pengalaman manis/kejayaan SM dalam aktiviti catur (1981-2009) yang tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

Apr 15th, 2009 | Posted by | Filed under MY RESUME - STONEMASTER, News

Tarikh 24 April bakal menjelma. Tarikh itulah nanti SM dengan rasminya boleh digelar ‘Sweet 40′. Pejam celik, dah sampai umur 40 tahun. Kalau masuk pertandingan catur, mungkin dah boleh masuk kategori ‘veteran’…Ramai gak orang mat salleh kata ‘Life Begins At 40′ hehe. Sempena nak dekat dapat gelaran ‘Sweet 40′ ni, SM nak ambil kesempatan buat artikel ini. Semoga semua terhibur membacanya :) .

Banyak sungguh cerita menarik dan pencapaian SM dalam penglibatan aktiviti permainan catur sejak tahun 1981 hingga 2009. Dapat juga SM ceritakan di blog SM ni supaya tidak lupa dan senang SM ‘copy’ untuk resume SM yang akan datang nanti. hehe

SM jangkakan pada tahun 2009 ini, banyak lagi aktiviti permainan catur yang melibatkan SM bakal tiba, baik dari aktiviti latihan catur dan begitu juga aktiviti mengendalikan kejohanan catur. Konsep program latihan catur seperti Klinik Catur + Mini Tourney dan juga Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1 dan Tahap 2) telah berjaya dijalankan.

Beberapa lagi aktiviti catur sedang SM rancangkan seperti Kem Bakat Catur SM 2009 yang dijangka dijalankan sekitar bulan Jun atau Julai 2009 dan juga pelancaran Program Belajar Catur Jarak Jauh (PBCJJ) yang dirancang akan mula dibuat publisiti secara besar-besaran seluruh Malaysia pada bulan Ogos 2009.

Beberapa lagi aktiviti menarik penganjuran kejohanan catur seperti StoneMaster Amatur juga dalam peringkat perbincangan dari segi tempat kejohanan dan juga tarikh yang sesuai. Buat masa ini, di blog ini, SM umumkan ‘ Current Top 24 Succesful Stories n Achievement by StoneMaster (1981-2009).’

1981

1. Pada tahun 1981 (umur 12 tahun) , yang pada masa itu beliau masih digelar ‘adik’ SM :) , beliau telah sertai kejohanan catur tertutup yang dianjurkan oleh sekolahnya iaitu Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) Johor Bahru untuk memilih pemain mewakili sekolah ke peringkat daerah dan beliau berjaya menjuarai kejohanan catur tersebut. Walaubagaimanapun, agak malang bagi beliau kerana tidak dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah kerana cikgu catur tersebut beri alasan yang dia terlupa tarikh kejohanan catur peringkat daerah dan kejohanan itu telah pun berlangsung 2 minggu lepas :( . Boleh percaya ke alasan cikgu tuu? hmm.

1986

2.Pada tahun 1986 (umur 16 tahun), beliau telah dilantik sebagai presiden Kelab Catur Sekolah Menengah Dato Jaafar (SDJ), Johor Bahru. Pada tahun yang sama, beliau telah menjadi Naib Johan di Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) acara individu dan dipilih mewakili MSS negeri Johor ke kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kota Bahru, Kelantan. Bakat beliau dalam kepimpinan pelajar juga terserlah pada tahun itu juga apabila dilantik sebagai Ketua Pengawas di sekolahnya.

1990 -1992

3. Merupakan salah seorang penggerak kepada pembangunan aktiviti sukan catur di bandar Shah Alam yang bermula pada tahun 1990. Hasil daripada aktiviti catur di Shah Alam, beberapa tahun kemudiannya, beberapa pemain catur wanita yang berasal dari Shah Alam telah berjaya menjadi Juara Kebangsaan Wanita dengan memperolehi title NWM.

1990-1995

4. Merupakan jurulatih yang memperkenalkan seminar catur di auditorium di Selangor yang dihadiri oleh lebih 300 peserta dalam satu seminar pada awal tahun 90an.

5. Mempunyai anak murid catur seramai lebih 500 orang di negeri Selangor, kawasan Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang pada awal tahun 90an.

1995

6. Berjaya memperolehi International FIDE Rating setinggi 2250. Dengan FIDE Rating tersebut, beliau merupakan salah seorang daripada 4 pemain melayu di Malaysia sahaja yang pernah cecah International FIDE Rating 2250 hingga kini.

2003

7. Mewakili dan membantu Pasukan Catur Kuala Lumpur memenangi kategori Pasukan Catur Terbaik Malaysia di kejohanan catur berpasukan Kebangsaan Merdeka 2003.

2007

8. Melatih adik Nurul Aina Akma Rohizan selama 5 bulan iaitu dari bulan Dec 2006 hingga April 2007.Pencapaian terbaik adik Nurul Aina di bawah bimbingan beliau pada masa itu ialah menjuarai kejohanan catur National Age Group bawah 8 tahun (perempuan) peringkat preliminary pada bulan Mac 2007 dengan kemenangan 7 dari 7 perlawanan dengan menewaskan kesemua pemain terbaik catur negara perempuan bawah 8 tahun.

9. Dilantik oleh Kelab Catur Universiti Pendidikan Idris (UPSI) selama 6 bulan (Jan-Jun 07) untuk melatih pasukan catur UPSI bagi persediaan ke kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di USM, Pulau Pinang pada bulan Mei 2007. Pasukan Catur UPSI buat pertama kali dalam sejarah sukan itu berjaya memperolehi pingat gangsa.

10. Pernah dilantik sebagai jurulatih jemputan untuk kontijen Catur MSSM Negeri Sembilan pada bulan Mei 2007 selama 3 hari di Port Dickson, Negeri Sembilan.

11. Pernah dijemput oleh SMK Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan untuk mengendalikan Kem Bakat Catur di sekolah tersebut pada bulan Mei 2007.

12. Mewakili Negara di kejohanan catur antara Malaysia lawan Singapura pada 14 hingga 16 December 2007 di Singapura.

2008

13. Telah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai salah seorang jurulatih catur Kebangsaan Paralimpik ke kejohanan catur Paragames Asean di Korat, Thailand pada bulan Januari 2008. Buat pertama kali dalam sejarah sukan catur itu, Pasukan Catur Paralimpik Malaysia telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas di kejohanan tersebut.

14. Telah dilantik dan ditawarkan kontrak selama 6 bulan oleh Perbadanan Putrajaya untuk mengendalikan klinik catur di Perpustakaan Presint 8 dan Presint 16, Putrajaya pada bulan Mei hingga November 2008.

15. Telah dilantik dan ditawarkan kontrak 1 tahun mulai Jan-Dec 2008 oleh Sports and Recreational Centre IIUM melatih pasukan catur UIAM .

Antara pencapaian terbaik pasukan catur UIAM ini pada tahun 2008 di bawah bimbingan saya:-

a. Pasukan catur IPT terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Pesta USM.

b. Pasukan catur IPT terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan UM di Kolej ke-9.

c. Buat pertama kali dalam sejarah pasukan Catur UIAM ini, pingat perak dan gangsa bagi kategori lelaki dan wanita (Individu) berjaya dimenangi oleh pasukan catur UIAM di kejohanan Catur Majlis Sukan Universiti (MASUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu Sabah pada bulan Mei 2008.

d. Pasukan catur IPT terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Merdeka pada bulan Ogos 2008.

e. Pasukan catur Universiti Terbaik Malaysia di Kejohanan Catur World Inter-Varsity (GACC) di Universiti Malaya (UM) pada awal bulan Desember 2008.

16. Telah dipanggil menjalankan beberapa sesi aktiviti klinik catur di Bandar Bukit Puchong pada bulan December 2008.

2009

17. Berjaya wujudkan blog catur yang hebat. Blog catur ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu www.stonemaster.info, www.stonemaster.info/kelab dan www.stonemaster.info/training.

18. Telah dilantik oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban mulai Januari 2009 sebagai jurulatih catur.

19. Telah dilantik oleh Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 (SKPA2) sebagai jurulatih catur mulai Januari 2009. Buat pertama kali dalam sejarah sekolah itu, salah seorang pemain caturnya berjaya mewakili daerah ke kejohanan catur MSSS pada bulan Februari 2009.

20. Telah dilantik dan disambungkan kontrak 1 tahun mulai Jan-Dec 2009 oleh Sports and Recreational Centre IIUM melatih pasukan catur IIUM.

21. Telah dijemput untuk mengendalikan bengkel latihan catur di SMK Syed Petra 2, Kuala Krai, Kelantan pada bulan Januari 2009. Seramai lebih 150 peserta seluruh daerah Kelantan telah hadir di bengkel tersebut.

22. Telah dilantik dan ditawarkan kontrak oleh Sekolah Kebangsaan Kapar, Klang sebagai jurulatih catur mulai Mei 2009

23. Telah menjalankan banyak aktiviti klinik catur dan kendalikan kejohanan catur bermula Januari 2009 hingga bulan Mac 2009 seperti 1. Klinik Catur + Mini Tourney Sessi pertama 2. Kejohanan catur MINI For All, 3. Kejohanan Catur UNITAR AMATUR , 4. Klinik Catur + Mini Tourney Sessi ke-2 dan Kejohanan Catur Terbuka Individu UiTM Shah Alam.

24. Telah berjaya memperkenalkan Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1 dan Tahap 2) yang akan mulai dijalankan setiap negeri di Semenanjung Malaysia mulai bulan April 2009 bermula di Negeri Sembilan (6 April 2009) dan diikuti negeri Kelantan (17 & 18 April 2009).

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. STONEMASTER JALANKAN AKTIVITI CATUR SECARA SISTEMATIK DI SKPA2 Sudah 2 bulan StoneMaster jalankan aktiviti catur di SKPA2 di Puncak Alam. Kelas catur dijalankan pada setiap minggu ke-2 dan minggu ke-4 pada hari Sabtu. Pada tahun ini, sekolah ini berjaya mencatitkan sejarah dalam sukan catur apabila buat pertama kalinya seorang pemain catur dari sekolah ini berjaya mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat MSS Selangor. [...]...
  2. HARI INI DALAM SEJARAH – KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 dengan RASMInya dijalankan bermula di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban pada 6 April 2009 Hari ini terciptalah sejarah. Seramai 47 guru hadir di kursus ini. Kursus Kejurulatihan Catur yang telah lama menjadi matlamat StoneMaster untuk dijalankan di seluruh Malaysia akhirnya berjaya diadakan. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban merupakan tempat di mana kursus ini dijalankankan buat pertama kalinya pada tahun ini. Fasilitator kursus ini dikendalikan sendiri [...]...
  3. SM Kembali Sibuk Dengan Aktiviti Latihan Catur Mulai Oktober 2009 Pejam celik, pejam celik, 8 hari lagi dah nak raya aidilfitri. hehehe. Dah 2 bulan, SM batal/rehatkan semua latihan catur sejak awal bulan Ogos, kerana nak berpuasa dan beraya nanti. Masuk jee bulan Oktober ini, semua kelas catur dijangka akan bersambung semula. Ditambah lagi semasa bulan puasa ini, ada 5 pihak yang menawarkan SM kendalikan [...]...
  4. Kalendar Jadual Aktiviti Catur Bulan Oktober SM UPDATES@1hb – 18hb 0kt 2009 Sejak minggu lepas, SM telah muatkan di semua blog SM kalendar aktiviti catur bulan Oktober yang dikendalikan oleh SM. SM akan update kalender tersebut pada setiap hari Ahad. Sekiranya ada perubahan, ia akan disusun semula aktiviti tersebut pada hari Ahad berikutnya. Diharap pihak yang ingin SM kendalikan aktiviti catur, sila maklumkan 1 atau 2 minggu [...]...

  1. badBishops
    Apr 15th, 2009 at 10:33
    Reply | Quote | #1

    Tahniah.. keep up your good work untuk pembangunan catur Malaysia

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  2. Mohd Zambri Bin Mohd Shariff
    Apr 18th, 2009 at 07:59
    Reply | Quote | #2

    pada tahun 1986 sm umur 17 tahun la bukan 16 tahun

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
    • stonemaster
      Apr 19th, 2009 at 18:37
      Reply | Quote | #3

      ikk..betul tuu zambri..sm tsilap calculate lak hehe..terima kasih krn prihatin

      GD Star Rating
      loading...
      GD Star Rating
      loading...
  3. MasterChess91
    Apr 19th, 2009 at 11:59
    Reply | Quote | #4

    Tahniah SM atas Kursus Kejurulatihan Catur 2009 Tahap 1 di kelantan
    saya Ariez yang main blitzchess dgn SM di rumah cikgu Baha… blog saya masterchess91.blogspot.com….

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media