Fide Master Anas, Mohd Nabil Azman dan StoneMaster Fadli Top 3 di Kejohanan Catur Terbuka Seremban Parade@19 April 2009

Apr 20th, 2009 | Posted by | Filed under News, tournament result

seremban6

Gambar kenangan. Kesemua para pemenang Kategori Terbuka dan Kategori bawah 18 & bawah 12 tahun. Cuba cari mana StoneMaster. hehe ;)

FM Anas Nazreen Bakri berjaya menjuarai kejohanan catur Terbuka Seremban Parade yang telah diadakan pada 19 April 2009 (Ahad). Beliau mendapat markah 5.5/6. Naib Johan diperolehi oleh Mohd Nabil Azman Hisham dengan 5/6 markah dan tempat ke-3 dimenangi oleh StoneMaster Fadli  juga dengan 5/6 markah.

Hadiah kemenangan :

Johan – FM Anas – RM200 + Trofi

Naib Johan – Mohd Nabil Azman – RM150 + Trofi

Ketiga – StoneMaster Fadli – RM100 + Trofi

seremban1

SM sedang menumpukan perhatian untuk memikirkan pergerakan yang seterusnya di papan ke-2. Pusingan yang ke berapa… dah lupa. hehe

Sejak kebelakangan ini, SM dapat rasakan penyertaan ke sesuatu kejohanan catur bukanlah mudah bagi SM…maksud SM dari segi penatnya. Dulu masa SM berumur bawah 30 tahun (tahun 90an), stamina SM memang agak dasyat gak. Selalu ada masa pergi jogging. Boleh kata seminggu tu 3 atau 4 kali keluar berjogging. Sebab tuu masa tuu selepas habis sesuatu kejohanan, takdelah rasa penat sangat atau tak rasa penat lagi. Lain pula rasa sekarang nii, rasa ‘pancit’ dah wujud. Nak kena tunggu sehari 2 lagi baru boleh hilang sepenuhnya kepenatan bermain di sesuatu kejohanan catur. 

seremban3

SM sedang menentang adik Aliya iaitu adik kepada FM Anas di pusingan ke-4. Sebanyak 6 pusingan dijalankan bagi kejohanan ini. Dari 6 pusingan tersebut, SM duduk 5 x di papan kedua dan 1x di papan pertama. hehe

Memang SM dah plan mulai tahun ini, nak kurangkan penglibatan SM dalam penyertaan ke sesuatu kejohanan catur. Tapi alang-alang dah sampai Seremban pagi tuu, main ajee lah. Tak sangka, SM masih boleh kekalkan prestasi SM dalam permainan catur. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya seorang pemain catur yang handal, bila sudah melibatkan diri dalam bidang latihan catur secara serius, prestasi permainannya memang akan merosot 50%. Ini adalah kerana cara latihan sudah berubah. Seperti SM, 75% anak murid SM, SM  terpaksa mengajar peringkat beginner dan tiap-tiap hari pulak tuu mengajar.

Kalau SM sendiri nak sertai sesuatu kejohanan catur, cara pembelajaran SM sudah masuk ke topik intermediate ke tahap advance. Jadi memang betul pendapat SM, seorang yang sudah digelar coach, memang akan jatuh juga prestasi permainannya.

Bagi SM, permainan catur di Malaysia kini sudah dikuasai oleh pemain-pemain catur remaja. Kalau lihat keputusan kejohanan catur kategori terbuka juga, yang dapat top 10 kebanyakan pemain muda berumur 20 tahun ke bawah dan juga 30 tahun ke bawah. FM Anas dan Mohd Nabil yang menduduki Johan dan Naib Johan pun berumur 20 tahun ke bawah. Cuma SM jee dan beberapa pemain yang boleh dianggap veteran kerana sudah atau hampir mencecah umur 40 tahun masih mampu lagi menduduki top 10 dalam kategori terbuka. :)

Terima kasih kepada En. Bakri atas kiriman foto-foto di atas. Walaubagaimanapun, kita tunggu nanti keputusan penuh dan beberapa lagi gambar yang menarik di  sekitar kejohanan Terbuka Seremban Parade ini daripada pihak penganjur.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Fide Master Anas, Mohd Nabil Azman dan StoneMaster Fadli Top 3 di Kejohanan Catur Terbuka Seremban Parade@19 April 2009, 8.5 out of 10 based on 2 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Candidate Master (CM) Fadli VS Fide Master (FM) Anas – Terbuka Gerakhas 2007 Dah lama tak dengar berita FM Anas selepas beliau lanjut pelajaran di Amerika Syarikat pada tahun 2008. Untuk mengenangkan kerinduan peminat-peminat catur tanahair terhadap beliau, dimuatkan satu perlawanan HEBAT di antara CM Fadli menentang FM Anas di kejohanan catur Terbuka Gerakhas yang telah diadakan pada tahun 2007. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan SERI dimana kedua-dua [...]...
  2. KEPUTUSAN KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN 2012@8 JAN 2012 (AHAD) BERTEMPAT DI SEREMBAN PARADE, SEREMBAN. Seramai 66 peserta telah mengambil bahagian di kejohanan ini. 5 pemain catur yang mempunyai Title Master iaitu International Master (IM) Mas Hafizul Hilmi, Fide Master(FM)  Nicholas Chan, Candidate Master (CM) Fadli, Women Fide Master (WFM) NurNajiha Azman Hisham dan Women Candidate Master (WCM) Nur Nabila Azman Hisham turut mengambil bahagian di kejohanan ini. Kejohanan ini [...]...
  3. Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster AKA SM AKA Coach Fadli telah dilantik sebagai Jurulatih Catur Sekolah Kluster Kecemerlangan di SEREMBAN Latihan intensif catur sedang dijalankan di Dewan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said di bawah pengawasan Coach Fadli. Para peserta sedang tekun bermain catur sambil diawasi oleh Coach Fadli. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban iaitu sekolah yang memilih Program Cerdik Catur sebagai salah satu bidang kebitaraan telah melantik Encik Mohd Fadli bin [...]...
  4. HARI INI DALAM SEJARAH – KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 dengan RASMInya dijalankan bermula di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban pada 6 April 2009 Hari ini terciptalah sejarah. Seramai 47 guru hadir di kursus ini. Kursus Kejurulatihan Catur yang telah lama menjadi matlamat StoneMaster untuk dijalankan di seluruh Malaysia akhirnya berjaya diadakan. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban merupakan tempat di mana kursus ini dijalankankan buat pertama kalinya pada tahun ini. Fasilitator kursus ini dikendalikan sendiri [...]...

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By Know How Media