KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 (TAHAP 1) DIJALANKAN DENGAN JAYANYA DI NEGERI KELANTAN

Apr 20th, 2009 | Posted by admin | Filed under KURSUS KEJURULATIHAN CATUR, News

Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) telah dijalankan dengan jayanya. Kursus ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan pada 17 dan 18 April 2009. Seramai 38 peserta yang terdiri daripada cikgu-cikgu di Kuala Krai dan juga peserta di beberapa daerah lain di negeri Kelantan telah hadir.

Fasilitator kursus ini ialah Encik Mohd Fadli bin Zakaria aka StoneMaster iaitu Jurulatih Catur paling ‘glamour’ di Malaysia. Hingga setakat ini (20 April 2009) sejak awal bulan Januari 2009 , seramai lebih 1000 peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah, murid-murid sekolah menengah, pelajar-pelajar universiti, individu-individu dan cikgu-cikgu, telah hadir di kursus latihan catur, klinik catur dan juga kursus kejurulatihan catur yang dikendalikan oleh beliau. Beliau juga kini dilantik dan ditawarkan kontrak sebagai jurulatih catur kepada beberapa sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, universiti dan juga dilantik sebagai penasihat kepada beberapa persatuan dan kelab catur.

Berbalik kepada cerita Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1), 8 topik menarik telah disediakan oleh En. Fadli bagi tahap 1. Modul kursus tahap 1 ini telah dibuat sendiri oleh beliau yang mempunyai pengalaman dalam penglibatan aktiviti permainan catur selama 28 tahun sejak tahun 1981. Dan yang menjadi kebanggaan beliau bagi kursus ini ialah semua nota-nota adalah dalam Bahasa Malaysia.

Modul Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) yang merangkumi 8 topik.

1. Pengenalan

2. Asas Permainan Catur dan Undang-Undang

3. Pembukaan ‘Opening’

4. Pertengahan ‘Middlegame’ iaitu asas taktikal ‘tactic’ dan elemen ‘tactic’.

5. Akhir ‘Endgame’

6.Peraturan Opening,Tema, Elemen dan Teori Catur.

7.Belajar Catur Cara Kendiri

8. Cara Penggunakan perisian catur untuk ‘pairing’.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) yang telah diadakan pada 17 dan 18 April, anda boleh layari laman blog catur Masterchess91

Sukacita dimaklumkan juga bahawa Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 2) dijangka akan dijalankan di tempat yang sama iaitu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai Kelantan pada bulan Julai ini atau pada bulan Oktober nanti.

 

MAJULAH SUKAN CATUR UNTUK NEGARA..!

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Negeri ke-2. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) di Kelantan pada 17 dan 18 April 2009 Akan tercipta lagi sejarah pada 17 dan 18 April 2009. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) akan diadakan di Kuala Krai, Kelantan. Kursus ini merangkumi 8 sesi (8 topik). Fasilitator kursus ini adalah Encik Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster. Kursus ini khas kepada semua cikgu sekolah daerah Kuala Krai dan para jemputan.  Jumpa anda di sana. ...
  2. Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan pada 10 dan 11 Julai 2009 Tak sangka pula apabila ada peserta dari mersing, johor  juga berminat menyertai Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan. Nama peserta yang  di luar negeri kelantan yang berminat sertai kursus ini telah pihak kami hantar kepada pihak penganjur untuk dipertimbangkan. Pihak MB3CF ingin maklumkan bahawa Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan akan diadakan [...]...
  3. KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 SELURUH MALAYSIA TELAH BERMULA Kursus Kejurulatihan Catur 2009 yang StoneMaster rancang untuk jalankan seluruh Malaysia pada tahun ini telah bermula. Kursus ini terdiri daripada 2 tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Setiap tahap mempunyai 8 sessi  yang terdiri daripada topik yang berlainan. Kursus ini khas kepada cikgu-cikgu, ibubapa dan juga individu-individu yang berminat mendalami permainan catur ini untuk melatih anak-anak, [...]...
  4. HARI INI DALAM SEJARAH – KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 dengan RASMInya dijalankan bermula di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban pada 6 April 2009 Hari ini terciptalah sejarah. Seramai 47 guru hadir di kursus ini. Kursus Kejurulatihan Catur yang telah lama menjadi matlamat StoneMaster untuk dijalankan di seluruh Malaysia akhirnya berjaya diadakan. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban merupakan tempat di mana kursus ini dijalankankan buat pertama kalinya pada tahun ini. Fasilitator kursus ini dikendalikan [...]...

  1. badBishops
    Apr 20th, 2009 at 15:05
    Reply | Quote | #1

    Terima Kasih SM atas kesudian bermain blitz secara melampau banyaknye dgn kitorang… Nanti next time sure SM xleh makan sebab kitorang dah master pasal “decoy” dan “intermediate move” hahahhahhaha.. anyway thanks a lot atas perkongsian ilmu itu….

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
CommentLuv Enabled

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By eTDS TechnoSys. Visit our Forums.

www.stonemaster.info is Digg proof thanks to caching by WP Super Cache