Keputusan dan gambar-gambar menarik semasa KEJOHANAN TERBUKA SHAH ALAM@26APRIL 2009
Sebenarnya SM tak rancang langsung nak ambil bahagian di kejohanan catur ini. Hari sebelumnya iaitu hari Sabtu, SM kena pegi kendalikan 3 klinik catur di Selangor dan juga KL. Lepas balik rumah sebelah malam tu, pancit habis. Pukul 9 malam SM dah pun tertidur.
Pagi Ahad tu, SM tak boleh bangun langsung. Biasanya SM bleh bangun antara jam 5.30-6 pagi tanpa dikejutkan loceng jam atau alarm hp. Tiba-tiba masa pagi tuu, SM terjaga sebab tersedar ada panggilan. Rupanya rakan SM, Abdullah Che Hassan yang telefon SM, minta SM tolong daftarkan nama dia juga kerana beliau baru keluar dari rumahnya.
Alamak. SM pun tengok jam, dah dekat pukul 8 pagi. SM kata kat dia yang SM baru bangun tidur..hehehe. Tiba-tiba ada semangat dan mood lak nak masuk tourney di Shah Alam tu. SM pula suruh dia daftarkan nama SM sebab SM yang mungkin lambat sampai. Kalau Abdullah tak talipon SM pagi tu, sure SM sambung tidur dan tengahari jee mungkin baru terbangun. Ini mungkin punca kepenatan SM yang sibuk sangat dengan bermacam-macam aktiviti hari Sabtu tu bukan saje aktiviti catur tapi aktiviti lain.
Keputusannya? Tak sangka SM masih boleh terdiri daripada 8 pemain utama yang dapat hadiah. SM dapat no. 7 dengan markah 4.5/6 – Kalah dengan Nicholas di pusingan ke-3 dan seri dengan M.Zambri di pusingan ke-4. Dan dari 8 pemain utama tersebut, hanya 2 pemain sahaja yang berumur 40 tahun ke atas. Siapa yang lagi sorang tuu..cuba teka,
Sudah 2 kali berturut-turut dalam bulan ini, SM ambil bahagian di kejohanan catur. Satu di Terbuka Seremban Parade (SM dapat no. 3) dan satu lagi di Terbuka Shah Alam ini (SM dapat no. 7).
Juaranya – Ian Udani, diikuti oleh Nicholas Chan, Abdullah Che Hassan, Kamaluddin Yusof, Mohd Saprin Sabri (no-5.), Tun Seri Lanang, Mohd Fadli AKA Stonemaster dan Abdul Haq. Untuk keputusan penuh dan lain-lain gambar, SM sedang menantikannya dari pihak penganjur.

Dapat juga SM bersama dengan rakan-rakan catur semasa kejohanan ini. GiloCatur, Bad Bishops (berbaju hitam), StoneMaster dan sebelah kiri sekali ialah bakal seorang penganjur catur baru. Beliau telah melantik SM untuk mengendalikan beberapa projek aktiviti catur pada bulan Mei dan Jun ini. Dan salah satu projek beliau yang beliau nak SM kendalikan adalah Kejohanan Catur Terbuka yang hadiah Juaranya adalah RM X,000 . Sama-sama kita tunggu, jadi ke atau tidak.

Suasana di dalam Dewan MBSA Seksyen 4, Shah Alam, tempat kejohanan ini diadakan.

Lagi satu pemandangan jauh dewan. Para peserta sedang khusyuk bermain catur. SM dah lupa gambar ini diambil pada pusingan berapa.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Gambar dan Keputusan 2nd Uptown Shah Alam Open Chess Championship (19 Feb 2011) Dalam kesibukan SM mengajar catur dan menyediakan kertas kerja untuk beberapa program pembangunan sukan catur, SM sempat juga luangkan masa untuk bermain catur di Uptown Shah Alam, Seksyen 24 pada hari Sabtu 19 Feb 2011. Ini merupakan kali ke-2 Uptown Shah Alam menganjurkan pertandingan catur dengan kerjasama KL Chess dan baru kali ini SM berpeluang [...]...
- Keputusan dan gambar-gambar di 3rd Ole-Ole Shah Alam Chess Open 2011 Candidate Master Fadli AKA StoneMaster dilantik sebagai ketua arbitor di kejohanan catur ini. Kelihatan CM Fadli tengah tersenyum. Ntah apa yang difikirkannya. Kelihatan juga pengarah kejohanan Ole2 iaitu En. Abd Haq sedang menyemak nama peserta kejohanan ini. Rekod peribadi CM Fadli juga pada tahun ini kerana telah menjadi Ketua Arbitor kejohanan catur melebihi 20 [...]...
- Keputusan Penuh Dan Gambar-Gambar Menarik Padang Jawa Tourney@7 Jun 2009 Di Blog Training SM TAK PERLU BETULKAN MONITOR ANDA..GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI SENGAJA DI’HITAM-PUTIH’KAN! Roshan Singh – Juara Padang Jawa Tourney (Bawah 12 Tahun) Muhd Nabil Azman Hisham – Juara Padang Jawa Tourney (Terbuka) why so serious..?? Andrew Ooi AKA GilaChess sedang ‘bermain’ dengan laptop di meja arbiter. Seramai 44 peserta telah menyahut cabaran di kategori terbuka dan 28 [...]...
- Keputusan Kejohanan Catur Ole-Ole Shah Alam Berikut adalah keputusan bagi Kategori Terbuka Kejohanan Catur Ole-Ole Shah Alam yang telah diadakan di Ole-Ole Shopping Centre, Seksyen 18, Shah Alam pada Sabtu, 13 Jun 2009. Ole-Ole Shah Alam Chess Championship 2009 Final Ranking – Open Rank SNo. Name Rtg FED Pts BH. 1 3 Zarul Shazwan Zullkafli 1892 MAS 5½ 25½ 2 6 [...]...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




