10 Pemain Catur Terbaik Negara 2009 – Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster

May 4th, 2009 | Posted by | Filed under KURSUS KEJURULATIHAN CATUR

Tak boleh dinafikan lagi bahawa kini Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster berada dalam kelompok 10 pemain catur terbaik negara setelah tamatnya Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Selangor ke-36 yang diadakan pada 30April hingga 3 Mei 2009.

Kejayaan SM mengekalkan rekod peribadi iaitu menduduki kedudukan Top 7 dalam 3 kejohanan catur yang disertai oleh SM dalam sebulan ni memang mengejutkan SM sendiri. Sebenarnya ada rahsia disebalik keputusan yang boleh SM anggap membanggakan.

Rahsianya adalah corak latihan peribadi SM yang telah SM ubahsuai sejak awal bulan Januari lalu yang mana penekanan dari aspek kefahaman strategi dan taktik telah SM utamakan. 4 buku menarik telah SM perolehi sejak bulan Januari lalu dan keempat-empat buku tersebut telah membantu peningkatkan kefahaman SM dalam topik STRATEGI dan TAKTIK bagi peringkat beginner, intermediate dan advance. Ramai orang kata cara nak belajar taktik adalah buat banyak puzzle. Tapi jawapannya adalah tak berapa betul dan salah. Ramai juga yang tak faham bagaimana nak belajar strategi.

Berminat SM nak berkongsi ilmu tersebut kepada para peminat catur tanahair. Oleh itu SM telah ambil keputusan untuk mengadakan Kursus Kejurulatihan Catur 2009 bagi topik Taktik dan juga topik Strategi pada bulan Jun ini di Kuala Lumpur.

PRA DAFTAR akan mula dibuka dalam masa beberapa hari lagi.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
10 Pemain Catur Terbaik Negara 2009 - Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster, 9.6 out of 10 based on 7 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. HARI INI DALAM SEJARAH – KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 dengan RASMInya dijalankan bermula di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban pada 6 April 2009 Hari ini terciptalah sejarah. Seramai 47 guru hadir di kursus ini. Kursus Kejurulatihan Catur yang telah lama menjadi matlamat StoneMaster untuk dijalankan di seluruh Malaysia akhirnya berjaya diadakan. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban merupakan tempat di mana kursus ini dijalankankan buat pertama kalinya pada tahun ini. Fasilitator kursus ini dikendalikan sendiri [...]...
  2. KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 (TAHAP 1) DIJALANKAN DENGAN JAYANYA DI NEGERI KELANTAN Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) telah dijalankan dengan jayanya. Kursus ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan pada 17 dan 18 April 2009. Seramai 38 peserta yang terdiri daripada cikgu-cikgu di Kuala Krai dan juga peserta di beberapa daerah lain di negeri Kelantan telah hadir. Fasilitator kursus [...]...
  3. Negeri ke-2. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) di Kelantan pada 17 dan 18 April 2009 Akan tercipta lagi sejarah pada 17 dan 18 April 2009. Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1) akan diadakan di Kuala Krai, Kelantan. Kursus ini merangkumi 8 sesi (8 topik). Fasilitator kursus ini adalah Encik Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster. Kursus ini khas kepada semua cikgu sekolah daerah Kuala Krai dan para jemputan.  Jumpa anda di sana....
  4. KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 SELURUH MALAYSIA TELAH BERMULA Kursus Kejurulatihan Catur 2009 yang StoneMaster rancang untuk jalankan seluruh Malaysia pada tahun ini telah bermula. Kursus ini terdiri daripada 2 tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Setiap tahap mempunyai 8 sessi  yang terdiri daripada topik yang berlainan. Kursus ini khas kepada cikgu-cikgu, ibubapa dan juga individu-individu yang berminat mendalami permainan catur ini untuk melatih [...]...

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media