Bengkel Kecemerlangan Catur setiap bulan di Lembah Klang mulai 26 Julai 2009 untuk pemain catur AMATUR.

Jun 29th, 2009 | Posted by | Filed under Bengkel Kecemerlangan Catur

Banyaknya aktiviti kejohanan catur di Lembah Klang. Kalau kita rujuk jadual aktiviti catur dalam 2 bulan ini, hampir semua penganjur aktiviti permainan catur, lebih berminat buat kejohanan atau pertandingan catur. Jarang ada aktiviti latihan catur. Tidak seperti SM yang suka membuat aktiviti latihan catur  :) .

Kenapa jarang ada kursus latihan catur? Ada beberapa sebab sebenarnya. Antaranya – tenaga pengajar yang tiada masa nak mengajar catur, keberatan pemain catur handalan yang tidak mahu mengajar/berkongsi ilmu catur, kekurangan tenaga penggerak/pengajar, takut kursus tersebut tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan beberapa sebab lagi.

Pada pendapat peribadi SM, kursus latihan catur adalah sangat penting terutama kepada pemain catur bertaraf ‘AMATUR’. Kalau kita buat statistik sendiri, satu jawapan yang memeranjatkan kita dapat iaitu apabila setiap kejohanan catur terbuka diadakan, kalau 100 orang yang ambil bahagian, pemain catur yang lebih kurang sama sahaja yang dapat 20 tempat teratas. 20 pemain tersebutlah yang asyik bergilir-gilir akan menang hadiah utama. Baki 80 pemain lagi, kat situlah juga kedudukan mereka bertahun-tahun. Tapi kadang-kadang, akan adalah muncul seorang dua lagi setiap 1 tahun yang boleh cecah top 20 tersebut. Satu statistik yang memeranjatkan di Malaysia sejak dulu lagi.

Salah siapa? Kenapa boleh jadi begini? Banyak pegalaman SM yang lain seperti ada beberapa pemain yang rajin sangat masuk kejohanan catur tapi juga susah nak cecah top 20. hmmm. Adakah cara pembelajaran catur yang tidak sistematik menjadi punca utama kebanyakan pemain catur gagal meningkatkan prestasi mereka? Memang YA jawapannya tetapi ia merupakan salah satu puncanya. Ada beberapa sebab lain kenapa 80% pemain catur gagal untuk sampai ke tahap pencapaian catur yang dikehendaki. Kalau ada yang berjaya cecah pun top 20, adakah ia berkekalan? Maksud SM kita perlu juga sampai ke tahap konsisten. Bukan 10 kali masuk tourney, 1 jee yang dapat Top 20.

Salah satu cara untuk atasi masalah ini ialah belajar tingkatkan tahap permainan dengan menyertai seminar/bengkel catur. Bila sebut tentang aktiviti latihan catur, satu lagi masalah timbul. Kenapa jarang sangat penganjur buat aktiviti tersebut Tapi kalau nak buat kejohanan catur, macam CENDAWAN jadinya. Contohnya bulan Jun yang lepas dan juga bulan Julai ini.

Latihan catur juga sebenarnya boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori pertama ialah latihan catur di sekolah rendah, menengah, universiti dan individu. Ini konsep latihan catur yang telah menjadi kebiasaan. Hampir semua jurulatih catur minat buat cara latihan catur seperti ini. KENAPA? Sebab dah ada pelajarnya. Mereka dijemput untuk buat latihan tersebut. Sebab tidak perlu susah ke sana dan ke sini buat borang aktiviti klinik catur ini dan cuba cari peserta macam cara teknik marketing nak cari peserta masuk kejohanan catur.

Macam Coach Fadli, dah ada pelajar individu, juga kontrak dengan sekolah kebangsaan, kontrak dengan sekolah menengah dan juga kontrak dengan universiti untuk buat klinik catur di tempat mereka.

Tetapi apa yang kebanyakan jurulatih catur tempatan tidak berminat buat  aktiviti klinik catur ialah dia sendiri yang kena cari pesertanya. Mereka kata tiada masa nak buat borang penyertaan, tiada masa nak pergi hantar surat jemputan dan tiada masa nak buat publisiti tentang latihan tersebut. Sikap sebegini memang wujud dalam diri seorang tenaga pengajar catur. Ini adalah salah satu puncanya kenapa kita jarang nampak aktiviti klinik/bengkel catur dijalankan secara meluas di Malaysia.

Sebab itu, kalau kita tengok betul-betul dan kaji jadual aktiviti catur di Malaysia sejak 3 tahun atau 4 tahun atau 10 tahun yang lepas, konsep buat aktiviti seperti Bengkel Kecemerlangan Catur yang SM nak buat 26 Julai 2009 memang TIDAK WUJUD sama sekali. Kalau ada pun, 2%-5% sahaja setahun. Nak harapkan badan/persatuan catur tertentu anjurkan aktiviti seperti ini memang dapat dibilang dengan jari. Sungguh HERAN dan PELIT. Sungguh SEDIH juga. Sama juga dengan cadangan Program Cerdik Catur Jarak Jauh yang tidak pernah langsung dibuat di Malaysia.  Kalau ada pun, kenapa kita tidak tahu? Kalau tidak tahu memang tiada sambutan :)

Satu lagi contoh menarik tentang publisiti permainan catur ini di kalangan ibubapa dan juga para pelajar iaitu percayakah anda bahawa dari 1000 pelajar yang pernah hadir klinik latihan catur anjuran SM sepanjang bulan Januari 2009 hingga Jun 2009, hanya lebih kurang 100 peserta sahaja yang tahu wujudnya blog catur tempatan di Malaysia dan mereka jarang masuk internet. Mereka ini boleh dianggap bagus juga bermain catur  tetapi tiada pengetahuan langsung tentang wujudnya blog catur tempatan di internet. Heran sungguh.

Jadi tanggungjawab siapa hendak promosikan permainan ini kepada rakyat Malaysia? Nak promosi permainan ini satu cerita, nak jemput mereka masuk kejohanan catur satu cerita pula, nak suruh mereka hadir klinik catur satu cerita pula, nak latih mereka ke tahap yang sepatutnya satu cerita lagi, nak suruh tenaga pengajar melatih mereka yang hendak tingkatkan permainan satu cerita lagi. Percayakah anda bila SM pernah tanya pemain catur tempatan yang bertaraf Master dalam catur, bila SM jemput beliau hadir buat ceramah catur, apa jawapan mereka? “SAYA TIDAK SUKA AJAR BUDAK YANG BARU NAK BELAJAR CATUR.”  

Jadi kesimpulannya, ada pemain/jurulatih catur tempatan juga memilih sapa yang beliau hendak ajar. Sepatutnya dalam diri tenaga pengajar catur tersebut perlu ada sifat KESABARAN nak ajar catur. Sikap sabar cam nii memang tak ramai yang ada. Bila sentuh topik sabar pula, sapa yang kena SABAR? Tenaga pengajar kena sabar, pelajar tuu juga kena sabar. Ibubapa juga kena sabar. Kalau salah satu dari mereka tak sabar kerana tak faham rahsia permainan catur itu sendiri, tak boleh tingkat juga prestasi pelajar tersebut. Banyak sangat gangguan.

Tenaga pengajar catur pula ada 2 kategori. Satu yang dah ada kerjaya (makan gaji) dan buat latihan catur waktu senang sahaja seperti hari Sabtu dan Ahad. Dan kategori satu lagi ialah tenaga pengajar yang sepenuh masa seperti SM. Sebab itu yang sepenuh masa seperti SM, memang setiap masa cari projek buat aktiviti catur. Kalau sebulan dapat RM3K atau RM4K atau mencecah ke RM5k atau RM7K yang pernah SM dapat beberapa bulan lepas, memang sepatutnya tak perlu heran dan tidak perlu terkejut kerana itu adalah pendapatan seperti mereka yang kerja makan gaji sebagai kerjaya mereka.

Berbalik kepada Bengkel Kecemerlangan Catur, ia sebenarnya kursus klinik catur + mini tourney 10 minit yang telah SM perkenalkan dan jalankan pada awal tahun ini, cuma namanya telah ditukarkan kepada yang lebih sesuai mengikut masa dan keadaan. InsyaAllah SM akan cuba usaha anjurkan sekali setiap bulan program ini.

 Aktiviti Catur di Selangor/Kuala Lumpur bagi bulan Julai 2009.

1. 1st DATCC Kuala Lumpur Commercial & Recreational Chess League – setiap hari Rabu.

2. Kejohanan Catur Berpasukan Shah Alam – setiap hari Jumaat

3. SK Sri Hartamas KL Age Group 2009 – 4 Julai 2009 (Sabtu)

4. Terbuka Hulu Selangor – 5 Julai 2009 (Ahad)

5. De Laguna Park : Port Klang Chess Open – 12 Julai 2009(Ahad)

6. DUN Sri Andalas Chess Open – 18 Julai 2009 (Sabtu)

7. Bengkel Kecemerlangan Catur – 26 Julai 2009 (Ahad) new_icons_12

Maklumat lanjut mengenai aktiviti catur di Malaysia, sila layari Kalendar Kelab StoneMaster. Butiran lanjut mengenai Bengkel Kecemerlangan Catur pula akan dimuatkan di blog ini dan blog training MB3CF dalam masa terdekat.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Bengkel Kecemerlangan Catur setiap bulan di Lembah Klang mulai 26 Julai 2009 untuk pemain catur AMATUR., 9.4 out of 10 based on 8 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR @ 26 Julai 2009 KEBAIKAN BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR Percayakah anda bahawa hampir setiap kejohanan catur terbuka yang dijalankan, kalau 100 atau 150 atau 200 peserta yang mengambil bahagian, bila tamat kejohanan itu, TOP 20 yang terbaik adalah dari orang-orang yang sama. Mereka inilah akan silih berganti dapat hadiah-hadiah utama kejohanan itu. Dan ia berlaku setiap tahun demi tahun dan [...]...
  2. Pendaftaran Bengkel Kecemerlangan Catur @ 26 Julai 2009 (Ahad)- UPDATE (29 peserta sudah pra daftar) 29 peserta sudah pra daftar setakat ini (25 Julai 2009  jam 7.00 petang). Kepada mereka yang berminat hadiri bengkel ini yang akan dikendalikan oleh En Mohd Fadli bin Zakaria AKA SM AKA StoneMaster AKA Coach Fadli, sila sms nama penuh dan National Rating (N.R.) sekiranya ada. Nama aktiviti : BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR Tarikh : 26 [...]...
  3. Keputusan Kejohanan Catur 10 minit di Bengkel Kecemerlangan Catur 26 Julai 2009 Abd Rashid Mohd Salleh berjaya membawa pulang hadiah telefon bimbit dengan menjuarai Kejohanan Catur Mini Rapid 10 minit yang telah diadakan di Bengkel Kecemerlangan Catur anjuran Stonemaster pada 26 Julai 2009 di Excel Chess Academy, OUG Kuala Lumpur. Berikut adalah keputusan penuhnya: Untuk melihat gambar-gambar dan post mortem sekitar Bengkel Kecemerlangan Catur ini, sila layari [...]...
  4. Bengkel Cerdik Catur di SK Seksyen 9 Shah Alam @ 14 Oktober 2009 Pada 14 Oktober 2009 (Rabu), Coach Fadli telah dijemput oleh pihak sekolah SK Seksyen 9, Shah Alam untuk kendalikan bengkel catur kepada pelajar sekolah. Seramai lebih kurang 80 pelajar telah hadir di bengkel tersebut. SM turut membawa adiknya iaitu Mohd Faisal bin Zakaria untuk membantu dalam latihan catur tersebut.   Bengkel bermula dari jam 2.30 petang hingga [...]...

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media