Filem Transformers 2 Hebat !!

Cerita wayang ‘Transformers 2- Revenge of The Fallen’ catit penjualan tiket luar biasa. Baru 5 hari ditayangkan, cerita ini berjaya mengutip sebanyak 200 juta Dollar. Ia merupakan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah filem di dunia bagi 5 hari pertama hasil kutipan duit dari penjualan tiket filem. Yang pertama ialah filem Dark Night yang ditayangkan tahun lepas yang dapat 207 juta Dollar bagi 5 hari yang pertama. SM sudah tengok filem Transformers ni semalam (Rabu). Kenapa kena tengok wayang hari Rabu? Sebab tiket wayang untuk hari Rabu ialah RM7 sahaja hehe. Hari lain harga tiket RM 11
Untuk pengetahuan semua, dalam sejarah filem-filem ‘box office’ di dunia, hanya 8 filem sahaja pernah cecah kutipan atas 400 juta Dollar. Adakah mampu filem ‘Transformers 2′ ini berjaya cecah atas 400 juta Dollar? Sama-sama kita lihat 2 atau 3 minggu lagi.
Di bawah ini adalah 8 filem yang berjaya cecah lebih 400 juta dollar hasil kutipan duit dari jualan tiket wayang :
| 1 | Titanic | Paramount Pictures | $600,788,188 | 12/19/1997 |
| 2 | The Dark Knight | Warner Bros. Pictures Distribution | $533,345,358 | 07/18/2008 |
| 3 | Star Wars | 20th Century Fox | $460,998,007 | 05/25/1977 |
| 4 | Shrek 2 | DreamWorks | $441,226,247 | 05/19/2004 |
| 5 | E.T. the Extra-Terrestrial | Universal Pictures | $435,110,554 | 06/11/1982 |
| 6 | Star Wars: Episode I – The Phantom Menace | N/A | $431,088,301 | 05/19/1999 |
| 7 | Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest | Buena Vista Pictures Distribution, Walt Disney Studios Motion Pictures International | $423,315,812 | 07/07/2006 |
| 8 | Spider-Man | Sony Pictures International, Sony Pictures Releasing | $403,706,375 | 05/03/2002 |
Apa yang menarik tentang filem ini ialah, kebanyakan pengkritik filem telah mengutuk dan bagi komen yang sangat teruk dan buruk tentang filem ini. Ada yang kata mereka sangat dengki terhadap pengarah filem ini iaitu Michael Bay. Filem ini telah dianggap sebagai filem box office yang paling teruk kena kutuk, hina, caci dan kena fitnah.
Tetapi yang menghairankannya, para penonton tak putus-putus pergi ke pawagam untuk menyaksikan sendiri cerita ini. Apakah kesimpulan yang mungkin dapat kita belajar di sini? Para penonton tidak ambil kisah atau pedulikan NIAT tidak baik pengkritik filem untuk cuba memalukan pengarah ini.
Salah seorang pengarah di belakang tabir pembikinan filem ini telah berkata bahawa yang penting tentang filem ini adalah konsep jalan cerita ini dapat menarik minat orang ramai menonton filem ini. Beliau kata lagi, filem ini bukan dibuat untuk memenuhi citarasa pengkritik. Beliau juga kata dengan jalan cerita yang boleh menepati citarasa penonton dan juga ‘marketing’ yang betul dan jarak masa yang sesuai untuk sambungan kedua-dua cerita transformers ini, filem ini mampu berjaya dan akhirnya telah terbukti.
Dari kata-kata beliau tersebut, banyak dapat kita pelajari. Antaranya ialah penonton sudah pandai menilai sesuatu produk itu bagus atau tidak. Mereka tidak perlu mendengar kritikan atau kutukan yang berbau hasad dengki. Bagaimana ilmu pengetahuan ‘marketing’ memainkan peranan penting dalam kejayaan sesuatu perniagaan.
SM pernah dulu ambil kursus khas ‘marketing’ dan antara rahsia dan petua marketing ialah ‘SEPARUH DARIPADA KEJAYAAN SESUATU PERNIAGAAN ADALAH CARA MARKETING YANG BETUL’. Sebab itu kalau seorang usahawan ingin melariskan penjualan sesuatu produknya yang dia hendak jual, maka cara ‘marketing’ tuu mestilah betul dan kalau boleh ada sedikit peruntukan kewangan untuk menjalankan promosi produk tersebut.
Sebab tuu, SM ambil berat tentang ‘marketing’ dalam perniagaan SM. Tak kira business SM dalam trading company, cafe dan juga buka syarikat yang menjalankan aktiviti permainan catur, SM sangat prihatin dan selalu buat ‘business planning and strategy’ untuk pastikan ia dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat keuntungan juga. Sebab itu SM boleh dapat average income RM4K untuk setiap perniagaan yang SM buat. Tidak susah sangat sebenarnya kalau kita rancang betul-betul.
Tentang hasad dengki pula, itu cam dah lumrah manusia yang ada perasaan cam tuu. Bayangkan mat salleh pun boleh kena hasad dengki inikan pula orang ‘kita’ melayu yang dah terkenal dengan sifat ‘PHD’ nama singkatan kepada Perasaan Hasad Dengki. Semasa SM ikuti kursus MARA beberapa tahun lepas, diajar dan dicerita juga di seminar tersebut mengenai sifat hasad dengki yang wujud dalam bidang perniagaan. Ada segelintir orang melayu tidak boleh tengok bangsa mereka sendiri maju dalam perniagaan. Sepatutnya kalau kita lihat seorang melayu berjaya dalam perniagaannya, ia sepatutnya dianggap sebagai satu saingan kepada orang melayu itu untuk tingkatkan lagi usaha untuk maju dalam perniagaan. Tapi segelintir orang melayu ini bukan anggap sebagai saingan tetapi cuba jatuhkan perniagaan orang melayu yang berjaya itu. Waduh 
Jom belajar sejarah melayu versi StoneMaster :
Jom kira renung kembali satu cerita sejarah melayu kita yang telah tercatit yang melibatkan kejatuhan empayar Melaka di tangan Portugis. Dulu pernah seorang mamat melayu ni yang asyik dengki kat Bendahara Melaka. Macam-macam dia lakukan. Hasut sini, hasut sana, fitnah sini dan fitnah sana, ugut sini dan ugut sana dan akhirnya bendahara itu kena pecat. Orang yang kaki kutuk dan ada PHD dalam diri dia tuu pula jadi Bendahara. Akhirnya dia bawa pula orang Portugis masuk Melaka dan akhirnya Melaka kena jajah. Sebab itu dah tercatit juga dalam sejarah melayu kenapa orang melayu terkenal dengan PHD. Ia patut jadi teladan kepada rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu supaya sedar dan berhati-hati dengan orang-orang seperti ini. Walaupun mereka ini hanya segelintir sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi sangat bahaya kalau didekati. Nasihat SM jauhkan diri kita dari mereka kerana empayar Melaka dulu jatuh ke tangan penjajah sebab PHD juga.
Ada lagi juga sejarah melayu yang ada kaitan dengan PHD seperti SUMPAH MAHSURI dan sebagainya. Tapi satu contoh sejarah orang melayu dah cukup kita renungkan. Bak kata pakar motivasi Prof Izi Yahya “Renung-renungkan lah”
Baru-baru ini SM dapat panggilan dari Naib Presiden Persatuan Catur di sebelah utara. Beliau kata “SAYA DAH LALI DENGAN ORANG-ORANG YANG KUTUK DAN DENGKI KAT SM, BUKAN MEREKA DAPAT JATUHKAN SM TAPI BUAT SM MAKIN GLAMOUR DAN MAKIN ORANG SUKA SM’
Mungkin betul cakap Naib Presiden tuu kot sebab sejak 2 atau 3 bulan, asyik SM dengar tentang beberapa orang guna macam-macam cara nak malukan SM. Hasut sini,dengki sana, kutuk sini dan fitnah sana. Tapi dalam 2,3 bulan tuu juga sedang mereka asyik wat keje terkutuk tuu yang dilarang oleh kebanyakkan agama, dah 4 atau 5 projek catur yang agak besar telah SM ditawarkan untuk jalankannya.
SM pun heran kenapa bangsa sama dan agama sama nak diselitkan perasaan dengki ni.
Dosa mungkin dapat pula. Apa-apa hal sebenarnya ialah NIAT. Kadang-kadang kita nampak tindakan seseorang itu tak betul tapi NIAT dia baik. Ada pula tindakan dia nampak macam betul tetapi NIAT dia penuh dengan hasad dengki, cemburu, irihari dan tidak boleh tengok orang yang sama bangsanya berjaya. hmm. Macam-macam ragam perangai orang. Itulah dinamakan REALITI kehidupan
loading...
loading...
Tiada artikel yang berkaitan buat masa ini..Terima kasih.
















