Akademi Catur SK Bukit Kapar Klang

Jul 5th, 2009 | Posted by | Filed under SK Bukit Kapar Klang

SK Bukit Kapar

Gambar ini diambil pada 4 julai 2009 (Sabtu). Separuh tidak hadir kerana ada kursus di sekolah agama berhampiran. Mereka adalah dari tahap 1 (tahun 1 hingga tahun 3). SM dimaklumkan hanya peserta tahun 1 hingga tahun 3 dari 3 kelas terbaik akademik setiap tahap yang ditawarkan untuk memasuki tahap 1.  Sebab tuu heran juga SM bila ajar kelas sebelah pagi ini sebab mereka tak buat bising langsung dan boleh fokus 100% bila ajar selama 1 jam 30 minit. Dan ada beberapa pemain di tahap ini mempunyai bakat yang luar biasa seperti mereka yang dari tahun 2 ada yang boleh selesaikan masalah posisi catur yang dikira agak susah untuk selesaikan. 

Menarik sungguh usaha yang sedang dijalankan oleh sekolah ini untuk menwujudkan aktiviti permainan catur di sekolah ini. Sudah 3 atau 4 tahun, usaha demi usaha dijalankan untuk meningkatkan mutu permainan catur ini di kalangan pelajar sekolah ini.

SM telah dimaklumkan pihak sekolah cuba wujudkan satu BUDAYA di kalangan pelajar-pelajar sekolah ini untuk minat dalam catur ini. Memang tepat cara langkah mereka terhadap permainan ini. Apa yang SM tahu mengenai sukan-sukan lain di sekolah ni ialah tiap-tiap tahun, ada saje pelajar dari sekolah ini yang dapat wakili negeri kejohanan MSSM bagi sukan softball dan juga sukan hoki dan kadang-kadang juga seorang pelajar atau 2 orang dalam sukan bola jaring akan dapat mewakili negeri di kejohanan MSSM.

3 sukan ini iaitu softball, hoki dan juga bola jaring telah menjadi seperti BUDAYA sukan di kalangan pelajar-pelajar di sekolah ini. Sentiasa juga menjadi perbualan di kalangan penduduk kawasan ini mengenai 3 sukan ini yang berjaya di sekolah ini.

Adakah mampu permainan catur ini boleh menaikkan nama sekolah ini pula? Tak sangka pula, SM telah ditawarkan kontrak melatih pelajar sekolah ini dalam permainan catur? Apakah matlamat pertama yang perlu SM buat sebagai permulaan menjadikan permainan ini mulai terkenal di sekolah ini? Langkah pertama ialah untuk pastikan seorang pemain catur di sekolah ini berjaya mewakili daerah ke kejohanan catur MSSS.

Dalam sejarah sekolah ini, belum pernah ada seorang pun pelajar sekolah ini dapat mewakili daerah ke peringkat MSSS. Di sini bermulanya satu sistem hebat yang diperkenalkan untuk mencapai matlamat tersebut.

Sistem Pembelajaran Catur (Akademi Catur SK Bukit Kapar)

Tahap 1 (9.30 pagi – 11 pagi)

Pelajar tahun 1 hingga tahun 3 akan diserapkan ke dalam tahap 1. Memandangkan untuk melahirkan pemain catur yang handal, pelajar yang peringkat umur yang awal perlu diketengahkan. Biasanya ia makan masa 2 hingga 3 tahun untuk melatih pelajar ke tahap intermediate bagi pelajar yang tahun 1.

Semua asas permainan catur ini akan diajar hingga mereka mempunyai asas pengetahuan permainan catur ini di tahap memuaskan. pelajar yang berada di kumpulan tahap 1 ini mempunyai matlamat tersendiri.

Objektif peserta tahap 1

1. Mencabar pemain tahap 2 dari segi kebolehan mereka untuk melompat ke tahap 2 sekiranya boleh.

2. Untuk pastikan mereka sekurang-kurangnya dapat mewakili daerah ke peringkat MSSS apabila masuk tahun 4 atau 5.

Tahap 2 (11.30 pagi – 1 petang)

1. Sebagai permulaan, pelajar tahun 4 hingga 6 perlu masuk tahap 2 walaupun mutu permainan mereka tidak berapa memuaskan dan ada yang memuaskan. Ini adalah bertujuan sebagai benchmark kepada sistem pembelajaran catur yang telah dibuat.

Tahap 3 (Pemain Catur Elit Sekolah) 

Pelajar sekolah ini belum lagi terpilih untuk masuk tahap ini. Pemain catur yang dikenal pasti dari tahap 1 dan tahap 2 yang mempunyai bakat yang teserlah dan berkemampuan untuk mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun mwakili negara dalam permainan catur, akan  diserapkan di tahap 3.  Latihan yang lebih sistemaik dan lebih dinamik akan diajar kepada pelajar-pelajar ini.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Akademi Catur SK Bukit Kapar Klang, 9.0 out of 10 based on 3 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Encik Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster dilantik sebagai Jurulatih Catur SK Bukit Kapar, Klang mulai Mei 2009 Dijangkakan StoneMaster Fadli akan mula menjalankan latihan catur kepada para pelajar catur di SK Bukit Kapar, Klang mulai minggu ke-3 (Sabtu) dan minggu ke-5 (Sabtu) Mei ini. Ramainya bakal anak murid StoneMaster. Mulai awal bulan Mei 2009, SM akan pergi ke sekolah tersebut 2 kali sebulan iaitu hari Sabtu minggu pertama dan ke-3 untuk menyediakan satu [...]...
  2. Peserta Klinik Catur SK Bukit Kapar Klang@8 Nov 2009 (Sabtu) Beberapa pemain catur SK Bukit Kapar Klang telah dikenal pasti berpotensi mencatitkan keputusan yang baik di peringkat MSSD Selangor pada tahun 2010....

  1. cikgu faridzul
    Aug 2nd, 2009 at 21:14
    Reply | Quote | #1

    askum…
    saya selaku guru sk bukit kapar berasa gembira & teruja dengan penubuhan akdmk catur ni. Mereka dpt mengisi masa lpang dgn akvt yg berfaedah. Selain itu dapat meningkatkan level skill mereka. Justeru itu harapan sek mungkin akan tercapai untuk melahirkan jaguh catur di skbk. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada En Mohd Fadli, Pn Aziah dan Pn Hartina selaku guru penasihat kelab catur.

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  2. norlisa binti rahem
    Sep 5th, 2010 at 14:35
    Reply | Quote | #2

    waalaikummussalam cikgu suruh anak murid cikgu lawan catur dengan saya. saya dah hebat da main catur kacang je

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  3. cikgu aziz
    Sep 5th, 2010 at 14:55
    Reply | Quote | #3

    farizul ko sekarang dah jadi cikgu catur pula dulu ko jadi cikgu matermatik.Wah aku tabik dgan ko

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  4. amirul firdaus bin abdul rahman
    Oct 8th, 2010 at 15:16
    Reply | Quote | #4

    askum.cikgu ingat kat saya lagi tak .saya anak murid cikgu yang nakal.kalo cikgu ingat kat saye nanti saya bgi cikgu kayu hoki yang baru kat skolah yang baru.

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media