BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR @ 26 Julai 2009
KEBAIKAN BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR
Percayakah anda bahawa hampir setiap kejohanan catur terbuka yang dijalankan, kalau 100 atau 150 atau 200 peserta yang mengambil bahagian, bila tamat kejohanan itu, TOP 20 yang terbaik adalah dari orang-orang yang sama. Mereka inilah akan silih berganti dapat hadiah-hadiah utama kejohanan itu. Dan ia berlaku setiap tahun demi tahun dan sejak berpuluh tahun juga di Malaysia. Pelik yee. Heran yee. Apakah terjadi kepada peserta yang selebihnya. Kenapa peserta tersebut susah hendak masuk dalam golongan TOP 20 tersebut.
Memang benar, mereka juga di rumah belajar catur. Sama juga pemain yang dapat TOP 20. Mereka juga belajar di rumah. Di mana silapnya? Antara silapnya ialah tiada bahan rujukan dan salah belajar catur cara kendiri. Seorang International Master (IM) luar negara pun pernah juga berkata “sebab salah pilih buku catur untuk belajar”. Tapi PUNCA UTAMA ialah TIADA KELAS TAMBAHAN. Jangan terkejut tetapi itulah punca utamanya. Sistem pendidikan akademi sekolah dah lama wujud. Kalau di sekolah, ada pelajar-pelajar yang didapati lemah sedikit dalam sesuatu matepelajaran, apakah cara nak atasinya? YA. Kelas tambahan kepada pelajar yang lemah tersebut.
Sama juga dengan pemain catur. Inilah punca yang berlaku di Malaysia. Tiada langsung kelas tambahan kepada peserta yang hendak tingkatkan ilmu permainan catur ini. Memang benar, kalau nak buat kejohanan catur, macam CENDAWAN jadinya tapi nak buat bengkel catur seperti ini, nak kata boleh dikira dengan jari. Diharap dengan adanya Bengkel Kecemerlangan Catur yang pihak kami hendak anjurkan setiap bulan ini, maka akan terdapat lebih ramai para peserta yang memperolehi manfaat dan lebih yakin terhadap diri sendiri untuk lebih maju serta meningkatkan mutu permainan catur mereka.
Berbalik kepada cerita tentang pemain TOP 20. Kenapa mereka lebih konsisten dan lebih kuat daripada pemain yang bukan TOP 20? Yang jarang dapat TOP juga belajar sungguh-sungguh tetapi susah nak ‘improve’. Kalau kita renung-renungkan, pemain yang handal-handal ini mempunyai kumpulan kroni sendiri. Mereka berlatih sesama sendiri. Kalau yang tak kuat joint kumpulan ini, mungkin juga boleh jadi handal. Mereka dapat belajar dari yang handal. Ilmu mereka meningkat. Tapi berapa ramai pula yang boleh berkongsi ilmu dan sanggup mengajar mereka nii?

Pendaftaran bagi mengikuti Bengkel Kecemerlangan Catur sudah bermula!! Bengkel separuh hari ini akan diadakan di Excel Chess Academy, 26A Jln Hujan Emas 4, OUG Jln Kelang Lama 58200 KUALA LUMPUR. Bengkel ini hanya terbuka kepada peserta yang pernah mempunyai Rating Kebangsaan (National Rating) 1650 dan ke bawah sahaja pada tahun 2009.
Topik menarik kali ini ialah ’taktik’. Banyak yang dapat kita belajar mengenai topik ini.
1. Bagaimana nak belajar taktik?
2. Bagaimana kita hendak tahu wujud taktik atau nampak-nampak macam akan wujud taktik dalam permainan kita.
3. Percayakah anda bahawa 99% permainan catur adalah taktik.
4. Apa itu taktik mudah dan taktik susah?
5. Apakah elemen taktik? Elemen seperti ’intermediate move’. Salah satu elemen taktik yang kita abaikan.
6. Percayakah anda bahawa cara hendak cepat kita tingkatkan permainan catur adalah dengan banyak buat latihan ‘puzzle’ taktik?
7. Buku apa yang sesuai untuk belajar taktik?
8. Apakah definasi ‘Patern Recognition’ yang banyak diceritakan dalam buku-buku catur dalam topik taktik?
Semua soalan-soalan tersebut akan terjawab pada 26 Julai ini.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh En. Mohd Fadli bin Zakaria yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti latihan catur. Seramai lebih 1000 peserta telah hadir atau terlibat dalam aktiviti latihan catur di bawah pengawasan beliau sejak awal Januari 2009 hingga kini.
ADA LAGI FAEDAHNYA…
Selain daripada menimba ilmu, anda juga berpeluang untuk beradu minda di kejohanan catur MINI dan memenangi pelbagai hadiah serta turut berpeluang menyertai cabutan untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti ini : 
KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MELIHAT SENARAI NAMA PESERTA (PRA-DAFTAR)
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Pendaftaran Bengkel Kecemerlangan Catur @ 26 Julai 2009 (Ahad)- UPDATE (29 peserta sudah pra daftar) 29 peserta sudah pra daftar setakat ini (25 Julai 2009 jam 7.00 petang). Kepada mereka yang berminat hadiri bengkel ini yang akan dikendalikan oleh En Mohd Fadli bin Zakaria AKA SM AKA StoneMaster AKA Coach Fadli, sila sms nama penuh dan National Rating (N.R.) sekiranya ada. Nama aktiviti : BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR Tarikh : 26 [...]...
- Bengkel Kecemerlangan Catur setiap bulan di Lembah Klang mulai 26 Julai 2009 untuk pemain catur AMATUR. Banyaknya aktiviti kejohanan catur di Lembah Klang. Kalau kita rujuk jadual aktiviti catur dalam 2 bulan ini, hampir semua penganjur aktiviti permainan catur, lebih berminat buat kejohanan atau pertandingan catur. Jarang ada aktiviti latihan catur. Tidak seperti SM yang suka membuat aktiviti latihan catur . Kenapa jarang ada kursus latihan catur? Ada beberapa sebab sebenarnya. [...]...
- Keputusan Kejohanan Catur 10 minit di Bengkel Kecemerlangan Catur 26 Julai 2009 Abd Rashid Mohd Salleh berjaya membawa pulang hadiah telefon bimbit dengan menjuarai Kejohanan Catur Mini Rapid 10 minit yang telah diadakan di Bengkel Kecemerlangan Catur anjuran Stonemaster pada 26 Julai 2009 di Excel Chess Academy, OUG Kuala Lumpur. Berikut adalah keputusan penuhnya: Untuk melihat gambar-gambar dan post mortem sekitar Bengkel Kecemerlangan Catur ini, sila layari [...]...
- Bengkel Cerdik Catur di SK Seksyen 9 Shah Alam @ 14 Oktober 2009 Pada 14 Oktober 2009 (Rabu), Coach Fadli telah dijemput oleh pihak sekolah SK Seksyen 9, Shah Alam untuk kendalikan bengkel catur kepada pelajar sekolah. Seramai lebih kurang 80 pelajar telah hadir di bengkel tersebut. SM turut membawa adiknya iaitu Mohd Faisal bin Zakaria untuk membantu dalam latihan catur tersebut. Bengkel bermula dari jam 2.30 petang hingga [...]...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





saya berminat utk sertai bengkel seperti ini.hadiah baucer bsn utk cabutan bertuah yang ditawarkan juga sgt menarik..manalah tahu kan..tuah ayam nampak di kaki…kot-kot boleh menang keter BMW tu nanti hehe. .malangnya,saya tak dpt nak join bengkel tu pada 26 julai ni krn terpaksa balik ke kg utk urusan keluarga. diharap sm dpt terus anjurkan lagi bengkel catur spt ini..mungkin juga ke negeri2 lain supaya lbh ramai dpt manfaat drp aktiviti sebegini.
loading...
loading...