StoneMaster jawab soalan Syed Remizan Bin Syed Sobri

Jul 9th, 2009 | Posted by | Filed under News

Hari ini SM terima emel dari salah seorang peminat catur. Banyak soalan yang beliau tanya..

Kepada : En. Mohd Fadli Bin Zakaria Nama saya Syed Remizan Bin Syed Sobri dari MARA berminat untuk menyertai bengkel catur ini tetapi saya tidak boleh menyertainya pada 26/07/2009 disebabkan saya mempunyai kursus di Flamingo Hotel. Kemungkinan saya akan pergi dimasa masa yang lain jika tiada apa-apa.

Oleh itu saya ingin mengetahui tarikh-tarikh bengkel ini dijalankan. Insyaallah saya akan menyertainya. Hantarlah ke email saya ini. Keduanya, Bagaimanakah kami disini(MARA)ingin membuat atau menganjurkan pertandingan catur terbuka.Terutama sekali dari segi kewangan,promosi dan sebagainya. Yang pentingnya macam mana nak menerapkan minat bermain catur.

Ketiganya, Bilakah bengkel dan kejohanan-kejohanan catur dilakukan di Kuala Lumpur? Sekian Terima Kasih.

Ok.SM jawab soalannya.

1. Ingin mengetahui tarikh-tarikh bengkel ini dijalankan.

Jawapan : Kena sentiasa tengok 3 blog catur SM iaitu www.stonemaster.info , www.stonemaster.info/kelab dan juga www.stonemaster.info/training. Bulan Ogos ini ada 3 aktiviti catur yang melibatkan SM iaitu :

a. Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Kuala Krai Kelantan yang akan diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2009. Sepatutnya diadakan pada 10 dan 11 Julai tetapi pihak penganjur tangguhkan kerana ramai terlibat dengan pilihanraya kecil di sana tidak lama lagi. Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 1) di Kuala Lumpur pula, dalam peringkat perancangan untuk diadakan pada bulan Oktober 2009.

b. Bengkel Kecemerlangan Catur di Klang atau KL pada 16 Ogos 2009 (Ahad) dan kemungkinan besar di Alor Setar pada 14 Ogos 2009 (Jumaat). Bagi bulan Julai, bengkel tersebut akan diadakan pada 26 Julai 2009 (Ahad) di Kuala Lumpur.

2. Bagaimanakah kami disini(MARA) ingin membuat atau menganjurkan pertandingan catur terbuka. Terutama sekali dari segi kewangan,promosi dan sebagainya.

Jawapan : Ooo. Senang jee nak anjur pertandingan catur. Sebab itu, kejohanan catur nii tumbuh macam cendawan seluruh negeri. Publisiti lagi senang. Tapi syaratnya nak dapat 100 peserta, kena wat publisiti 2 bulan sebelum tourney. Contohnya kalau nak wat bulan Oktober, dah mula iklankan tourney tuu awal bulan Ogos. Last minute publisiti boleh juga, apa salahnya. Tapi kena bersedia dan terima penyertaan bawah 50 peserta :) . Tentang kewangan dan perlantikan arbiter dan sewa jam catur dan set catur, sila emel maklumat terperinci kepada SM. Yang penting tarikh kejohanan itu sudah ada.

3. Macam mana nak menerapkan minat bermain catur.

Jawapan : Nak terapkan minat bermain catur memang senang. Tapi kebiasaannya SM nampak ramai yang main catur, minat tuu sekerat jalan jee. Susah nak jumpa orang yang boleh konsisten minat bermain catur. Definasi minat tuu boleh kata cam perkara subjektif. Minat cam na? Cam SM dulu minat catur nii pernah sampai tahap ‘gian sokmo’. Pernah main catur sampai 24 jam tanpa henti dengan kawan-kawan sekitar tahun 90an. Semua kejohanan catur SM main masa tuu. Kalau miss tourney, tension giler.

Kalau menang tourney kira bonus sebab dapat hadiah. Kalau kalah, malam tuu pegi tengok buku catur atau mana2 program catur cam fritz ke, nak tahu di mana silapnya. Then perbaikkan move yang silap tuu ke move yang lain kali mesti jalan supaya tidak buat kesilapan yang sama.

Nak terapkan minat pula ada 2 kategori pula. Satu terapkan minat untuk diri sendiri dan satu lagi untuk terapkan minat catur kumpulan. Yang individu pula, nak terapkan minat catur ada cara. Cara yang SM rasa patut buat ialah hanya masuk tourney yang kategori setarafnya. Seperti tourney amatur kalau dia level amatur dan masuk tourney yang ada hadiah untuk amatur. Jadi hadiah-hadiah tuu sebagai perangsang, akan buat dia usaha bersungguh-sungguh belajar catur supaya dia dapat hadiah tuu. Jadi timbul minat nak belajar catur n minat nak jadi kuat dalam catur. hehe.

Tapi kena ingat juga, tidak semua pemain amatur boleh sampai ke tahap pemain taraf PRO (N.R. 1650 ke atas). Sebab kekuatan minda pemain amatur (otak kiri n otak kanan) mempunyai had maksima input ilmu catur yang berbeza dengan pemain PRO. Sebab tuu kalau kita buat kajian sendiri konsep kejohanan catur yang dibuat di negara luar, mesti ada tourney khas untuk amatur atau kejohanan tuu terbuka untuk semua tapi hadiah khas kepada pemain amatur mesti ada.

Konsep tourney amatur ni sebenarnya mula diperkenalkan oleh SM tahun 2006. Masa nak buat tourney tuu, ramai yang halang dan kutuk. Tapi bila dah jalan, semua dah boleh terima dan telah menjadi garis panduan kalau nak buat sesuatu kejohanan. Kalau kita perhatikan betul2 statistik pemain PRO n pemain AMATUR, hanya 20% sahaja yang ada pemain PRO. Yang lain semua amatur. Jadi kalau satu tourney ada 100 peserta,mungkin xsampai 20 jee yang pemain PRO. Yang selebihnya pemain amatur. Logiknya hadiah pemain amatur sepatutnya lebih banyak dari pemain PRO :) . Jadi jalan penyelesaiannya ialah penganjur mesti banyak buat tourney amatur yang hadiahnya setanding dengan hadiah kejohanan terbuka. Kalau nak buat konsep terbuka, buatlah juga hadiah Top 5 untuk pemain amatur. Walaubagaimanapun, SM rasa masalah kurang kejohanan catur untuk amatur dah selesai sebab hampir semua kejohanan catur yang dianjurkan, mesti ada hadiah khas untuk pemain amatur. end

Berbalik kepada soalan nombor 3.Pernahkah kita dengar banyak cerita orang-orang yang berjaya dalam kehidupan?? Ada satu contoh cerita menarik. Dia masa muda, minat sangat nak beli kereta mercedes. Jadi dia usaha sungguh2 kerja n simpan duit banyak2 semata-mata nak beli kereta tuu. Akhirnya dia dapat beli kereta tu. Punca dia dapat beli ialah minat sangat kat kereta itu, then dari minat nak beli kereta tuu, dia usaha sungguh2 kerja dan simpan duit banyak2 n dapat beli keter tuu. Mungkin sama kot maksud minat tuu. hehehe

Kalau nak buat kumpulan minat catur mungkin dengan terapkan budaya catur untuk kumpulan tuu. Buat banyak aktiviti catur seperti ramai2 dalam kumpulan itu pergi masuk kejohanan catur, buat T-Shirt atau topi untuk kumpulan tuu macam satu identiti pasukan kumpulan tuu. Buat aktiviti training catur atau juga buat pertandingan catur untuk ahli kumpulan. Lama-lama timbullah budaya catur dalam kumpulan tuu dan minat di kumpulan tuu akan menjadi kesinambungan ke generasi muda atau ahli baru kumpulan itu dan seterusnya.

4. Bilakah bengkel dan kejohanan-kejohanan catur dilakukan di Kuala Lumpur?

Jawapan : Soalan sama seperti soalan no. 1. Jawapan pun sama seperti soalan 1. hehehe

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
StoneMaster jawab soalan Syed Remizan Bin Syed Sobri , 9.7 out of 10 based on 3 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. JANGAN LUPA PETANG INI !!! – 1st. StoneMaster MINI Tourney Rapid 10 minutes FOR ALL @24 JAN 2009 (Saturday) 2pm-5pm . Best PRO & Best AMATUR akan menang Telefon Bimbit 38 peserta sudah pra-daftar MINI Tourney(24/1) sehingga hari ini 24/1/09 jam 11.10 pagi. Kepada mereka yang belum daftar lagi, sila sms StoneMaster untuk buat pendaftaran dan yang sudah pra-daftar, sila hadir jam 1.30 pm. Di atas adalah peta lokasi di mana kejohanan ini akan diadakan. Anda boleh naiki bus Rapid U73 yang boleh diambil dari bus [...]...
  2. StoneMaster Fide Rated Chess Championship 2011 Masanya sudah tiba bagi StoneMaster a.k.a SM a.k.a CM Fadli untuk mengumumkan penganjuran kejohanan Fide Rated kepada peminat catur Malaysia. Kejohanan ini menyediakan hadiah sangat lumayan iaitu jumlah wang tunai lebih RM10 ribu ringgit. Ini adalah kejohanan catur fide rated yang pertama diadakan oleh CM Fadli di bawah Syarikat Cerdik Catur Enterprise. Ia bakal diadakan [...]...
  3. TAHNIAH !! UNITAR AMATUR CATIT REKOD PENYERTAAN LEMBAH KLANG BAGI 1 KATEGORI Syabas kepada para peserta kejohanan catur UNITAR AMATUR. Anda semua telah membantu UNITAR AMATUR mencatit sejarahnya yang tersendiri. Rekod penyertaan peserta yang paling ramai tahun ini di Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi 1 kategori. 148 peserta... Inilah jumlah penyertaan yang perlu diperolehi oleh mana-mana penganjur lain jika berniat untuk cuba mengatasi rekod ini. Untuk makluman semua, seramai [...]...
  4. COMING SOON – WWW.STONEMASTER.INFO/TRAINING Dijangka beroperasi sepenuhnya pada pertengahan bulan Januari 2009. Semua aktiviti sukan catur yang dianjurkan oleh stonemaster yang berkaitan dengan klinik / bengkel / kem bakat catur, latihan secara individu dan kumpulan, ahli-ahli MBCCS, jadual latihan catur dan aktiviti seperti 1st saturday chess clinic + mini tourney, akan dimuatkan penyebaran maklumatnya di laman web yang khas [...]...

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media