Weekends full of chess tourneys
KLIK DI IMEJ UNTUK BUTIRAN LANJUT (Kalendar Kelab Stonemaster)
Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja.
Nampaknya, hujung minggu bulan Oktober ini penuh dengan aktiviti kejohanan catur yang dianjurkan di beberapa negeri di Semenanjung hinggalah ke Sabah. Kejohanan catur bulan Oktober dimulakan dengan First Friday Classical Chess (FFCC) yang diadakan di Excel Chess Academy, OUG KL selama 3 hari, bermula pada 2 Oktober 2009.
3 Oktober (Sabtu) pula, 3 lagi kejohanan catur diadakan di 3 negeri yang berbeza dengan 3 format pertandingan yang juga berbeza: KTJ Invitational di Kolej Tuanku Jaafar, Mantin Negeri Sembilan, Blitz Hari Raya di DATCC Kuala Lumpur dan Johor Closed yang diadakan di UTM Skudai, Johor.
Acara catur berpasukan pula telah dirancang diadakan di Utara Semenanjung, iaitu di UUM pada 9-10 Oktober 2009. UMS di Sabah juga tak ketinggalan menganjurkan pertandingan catur terbuka pada 10 dan 11 Oktober 2009.
Di pantai timur pula, pertandingan catur terbuka akan turut diadakan pada 10 Oktober(Sabtu) di USM Kubang Kerian dan Kuala Krai Open pada 31 Oktober 2009.
Masa cuti perayaan Deepavali nanti, UIAM turut mengadakan Kejohanan Catur Jemputan kali ke-2 nya di Gombak pada 17 Oktober (bawah 12 & 21 tahun) dan Kategori Terbuka pada 18 Oktober 2009.
UPSI Open pula akan diadakan pada 24-25 Oktober di UPSI, Tanjung Malim, Perak. Manakala SJK(C) Jln Davidson akan menganjurkan kejohanan catur yang pertamanya, khas untuk adik-adik berumur bawah 9,12 dan 16 tahun pada 25 Oktober 2009.
Pelbagai hadiah istimewa dan menarik juga ditawarkan di kejohanan-kejohanan tersebut, termasuklah hadiah wang tunai untuk juara individu sehingga 1K, medal2, sijil2 dan sebagainya. SM pun memang teringin jugak nak join ambil bahagian di kejohanan catur tapi malangnya hampir kesemua kejohanan tersebut diadakan pada hari Sabtu . (Kebetulan, hari Sabtu merupakan hari yang sibuk bagi SM sebab SM kena kendalikan klinik dan beberapa kelas catur pada setiap Sabtu)
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- APRIL FULL OF CHESS! Ini bukan April Fool….ini benar dan betul…Di bulan April ini, peminat-peminat catur tanahair kini mempunyai pelbagai pilihan untuk menyertai pertandingan catur yang dianjurkan pada setiap minggu oleh pelbagai penganjur. So apa lagi..tepuk papan dan move… Sila klik imej di bawah untuk melihat butiran lanjut setiap aktiviti yang bakal dijalankan… Nota: semua acara yang disenaraikan di [...]...
- Acara catur Februari 2010 Hujung minggu ini, iaitu pada 6 & 7 Feb merupakan hari yang ‘paling meriah’ bagi penganjur dan peminat2 catur tanah air yang mempunyai pilihan di mana terdapat 4 kejohanan catur terbuka yang besar diadakan iaitu di Kuala Lumpur- First Saturday Classical Chess(FSCC) dan KL Rapid GP (1st leg), di Melaka- MMU Chess International dan di Perak- SMK [...]...
- KEJOHANAN CATUR OUG(CKK) CHESS COMBO AHAD INI TELAH DITANGGUHKAN Harap maklum kepada semua peserta catur bahawa kejohanan catur OUG(CKK) CHESS COMBO yang dijangka akan diadakan pada hari Ahad (26 Oktober 2008) ini telah ditangguhkan kepada tarikh yang baru iaitu pada 30 November 2008. Maklumat lanjut mengenai perubahan tarikh kejohanan ini akan disiarkan dari masa ke semasa. Jangan lupa sentiasa layari stonemaster.info untuk maklumat terbaru. [...]...
- MMU MELAKA CHESS TOURNEY@28 FEB & 1 MAC 2009 Seramai 110 peserta telah mendaftar di kejohanan ini. Kejohanan catur ini diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Coach Fadli dan Pasukan Catur UIAM seramai 16 peserta turut mengambil bahagian. SM tidak main pusingan pertama kerana hanya boleh sampai di Melaka jam 3 petang Sabtu petang kerana ada klinik catur pada paginya di Puncak [...]...


WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





tqvm 4d updates
loading...
loading...