KONTROVERSI DI 2nd IIUM CHESS INVITATIONAL TOURNAMENT 2009
Kejohanan anjuran IIUM kali ini telah mencetuskan sedikit kontroversi apabila tarikh asal kejohanan ini telah ditunda sebanyak 2 kali. Pada hari kejohanan pun telah berlaku kontroversi …Pusingan pertama bermula agak lewat iaitu jam 11.00pagi dan kejohanan selesai pun agak lewat juga iaitu jam 8 malam ++. Walaubagaimanapun, sambutan kali ini sungguh menggalakkan kerana bagi kategori terbuka sahaja seramai lebih 100 peserta yang mengambil bahagian.
Dapat agak tak apa yang berlaku sebenarnya…SM jangkakan akan berlaku pergaduhan sebab keadaan masa tuu agak ‘panas’ . Selepas aje tamat 7 pusingan, 2 peserta taraf PRO tidak puas hati terhadap cara pengendalian arbitor kejohanan. Ada beberapa peserta juga tidak puas hati terhadap SM. Puncanya mereka tidak puas hati terhadap SM kerana mereka telah mohon SM masuk campur sebab takut berlaku pergaduhan antara para peserta dengan arbitor yang dilantik oleh pihak penganjur UIAM memandangkan SM juga adalah coach bagi pasukan catur UIAM. Tapi SM maklumkan kepada mereka bahawa SM TIDAK TERLIBAT langsung dalam pengurusan dan penganjuran kejohanan ini. SM tidak mahu masuk campur kerana SM berada di sana hanya sebagai salah seorang peserta yang datang ambil bahagian. SM tidak dipanggil dan tidak dilantik pun sebagai AJK atau tidak dilantik sebagai penasihat kejohanan ini dan juga tidak dilantik sebagai arbitor untuk kejohanan ini. Pada pendapat peribadi SM, biar mereka yang terlibat belajar dari pengalaman mereka.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- IIUM CHESS TEAM A – BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM – GACC WORLD INTER-VARSITY CHESS CHAMPIONSHIP@30/11-6/12/08 Gambar di atas, pasukan catur Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menjuarai kategori pasukan catur universiti terbaik tempatan di GACC World Inter-Varsity Chess Championship yang diadakan di Universiti Malaya pada 30 November 2008 hingga 6 Disember 2008. Terbaik antara terbaik. Hebat. Berjaya menggondol gelaran Pasukan Catur Universiti Terbaik Malaysia di kejohanan GACC yang ke-13, yang [...]...
- MOHD FADLI BIN ZAKARIA AKA StoneMaster telah dilantik sebagai KETUA ARBITER oleh PUSAT SUKAN, UiTM Shah Alam Kejohanan Catur Terbuka UiTM Perseorangan 2009 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 Mac 2009 yang lalu. Satu penghargaan dan pengiktirafan kepada StoneMaster sebagai Ketua Arbiter kerana di kalangan Arbiter Antarabangsa (IA) dan Arbiter bukan Antarabangsa yang tinggal di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pusat Sukan UiTM Shah Alam telah memilih dan melantik Encik Mohd Fadli bin [...]...
- KEJOHANAN CATUR CNY TERBUKA@26-27JAN 09 BERJAYA DIJALANKAN DENGAN MERIAHNYA !! Kejohanan Catur CNY Terbuka yang dianggap kontroversi kerana perubahan tempat (dari Dewan JKR ke KL Braille Training Centre) dan perubahan format kejohanan (Open kepada bawah N.R 1800) dan perubahan struktur hadiah wang tunai (Juara RM1000 kepada RM500), telah berjaya juga diadakan dengan jayanya. SM pun turut juga mengambil bahagian di kejohanan ini kerana N.R SM [...]...
- Gambar para pemenang kategori terbuka Port Klang Open@12 Julai 2009 Kategori Terbuka Port Klang Album Ramai pemain catur handalan dari seluruh tanahair telah mengambil bahagian di kejohanan ini. Antaranya ialah juara jaguh terengganu 2008 iaitu Hashim Yusof, pemain handalan dari terengganu juga iaitu Syazwan Zulkifli, National Master Yeoh Chin Seng dan Yeoh Li Tian (no. 4 world junior 2007), Kamaluddin Yusof, Tun Sri Lanang, [...]...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




