Talkin Untuk Catur
SM jangkakan MSSM tahun 2010 akan diadakan pada pertengahan Mac tahun depan di Labuan tapi benarkah catur di MSSM akan berkubur semula? Berita ini belum ada kesahihannya tapi apa-apa saja boleh berlaku jika kita lepas tangan dan pandang remeh.
SM copy semula kenyataan Abd Latiff Mohamed a.k.a. SIFU dari blognya tentang isu ini:
Minggu lalu Sifu telah mendengar nya dan semalam disahkan oleh dua rakan pula yang bercerita mengenai masa depan catur di peringkat MSSM. Sifu seakan tidak percaya kesuburan catur akan menerima hentakan berat dan akan merupakan kematian nya catur di peringkat MSSM dan pembangunan catur di Malaysia apabila catur digugurkan dari acara MSSM mulai tahun hadapan.
Tangisan pasti akan kedengaran saperti nya pada tahun 90an ketika catur di gugurkan selama lima tahun dari arena MSSM kini berulang apabila catur merupakan salah satu acara sukan yang akan digugurkan dari kalender MSSM.
Apakah ini omomg omong kosong aja atau cerita cerita tidak berasas dan Sifu harapkan ini tidak benar dan mari kita kejutkan mereka yang selama ini menjadi atau berlagak sebagai pemimpin catur di peringkat negeri dan negara, ingat catur pernah di talkinkan dahulu dan berapa perit nya keadaan ketika itu.
Kalau mereka ini tidak boleh berusaha saperti yang berlaku pada tahun 90an ini maka sudah tiba masa nya mereka semua harus berundur dan beri kepada yang lain yang sunggup berjuang untuk pembangunan catur.
Ini akan berulang, asas nya CATUR BUKAN SUKAN dan catur bukan high performance sports dimana catur tidak ada tempat di SUKMA, di Sukan SEA, di Sukan Asia, Di Sukan Komenwel apa lagi di Sukan Olympic.
Kita asyek syok sendiri dengan kejohanan yang bukan program pembangunan sudah masa nya semua pengiat catur pemain, ibu bapa, pencinta catur bersatu untuk merombak situasi yang menyedihkan ini, Sifu memohon maaf kerana Sifu tiada kuasa melainkan boleh bersuara dalam sukan OKU sahaja selagi semua tidak mahu menilai keduduksn ini makA terimalah TALKIN UNTUK CATUR atau the DEATH OF CHESS di Malaysia.
Sifu mengharapkan semua bloggers akan membawa berita ini untuk menjadi satu suara bersatu untuk melobi agar catur diterima semua di MSSM dan dipertingkatkan sebagai sukan disemua peringkat.
Mungkin omong omong kosong atau menyalak kebukit tapi kalau kita tidak mencuba atau berani bersua untuk kebaikan catur mengapa tidak dan siapA LAGI KALAU BUKAN KITA PENGIAT CATUR.
Sumber: SIFU di http://sifumycatur.blogspot.com/2009/11/talkin-untuk-catur.html
Jika benar, sia-sia saja surat pekeliling iktisas dikeluarkan semula (sila rujuk artikel bertarikh 13 Oktober 2009 DI SINI )
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Catur kembali ke MSSM Setelah sukan catur dan 10 sukan lagi berada di dalam ‘kegelapan’ untuk beberapa seketika kerana digugurkan dari Kalendar MSSM, kini semuanya dah boleh menarik nafas lega apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta bagi meneruskan aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah. Sekurang-kurangnya kini pelajar2 sudah [...]...
- Catur digugurkan dari MSSM 2010 Sah! Acara sukan catur adalah salah satu daripada 11 sukan terpinggir daripada kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) tahun 2010. Artikel di bawah disalin daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20100108224646/Article/ Kecewa catur digugur dalam MSSM 2010 ADALAH amat menyedihkan dan mengecewakan apabila sukan catur digugurkan daripada acara kejohanan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2010. Acara ini kian mendapat [...]...
- CM FADLI TAWARKAN DIRI SEBAGAI PRESIDEN CAS (2012) DAN PRESIDEN MCF (2015)!! Jemu dan rimas tengok senario aktiviti catur di Malaysia sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ntah ke mana catur hendak dibawa dalam 10 tahun akan datang. Penaja yang lama ada yang dah ‘lari’ dari sumbangan dana kepada beberapa persatuan catur di beberapa negeri. Bukan setakat di Malaysia sahaja, di peringkat persekutuan catur antarabangsa pun tahun ini [...]...
- Pasukan Catur SK Puncak Alam 2 (SKPA2) Pada 25Jan 09, hari Ahad jam 10 pagi hingga 1 petang, satu latihan intensif catur telah diadakan khas kepada para pemain catur sekolah ini bagi persediaan pelajar sekolah ini ke kejohanan catur peringkat sekolah-sekolah dan cuba untuk layak ke peringkat daerah negeri Selangor pula. Seramai 10 peserta iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan telah hadir [...]...



WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




