Berjayakah Coach Fadli Bantu Pasukan Catur IIUM memPERTAHANKAN gelaran Best Malaysia University Team di GACC 2009??
Dah tamat pusingan ke-6. Lagi 3 pusingan. Coach Fadli bz giler nak memikirkan STRATEGI pasukan catur IIUM untuk baki 3 pusingan lagi. Arahan dari Coach Fadli tadi pagi kepada semua pemain catur IIUM sebelum mula pusingan ke-5 dan ke-6 adalah supaya pasukan ini terus ‘masuk Gear 5′ dan cuba JARAK kan kelebihan 2 hingga 3 markah sebelum cuti rehat sehari telah diikuti sepenuhnya oleh semua pemain. Ini adalah perlu kerana 2 hari terakhir nanti, beban berat akan mula terasa. Nak menang menang makin susah sebab semua akan main berhati-hati. Sebab tuu biasa banyak permainan yang SERI. Akhirnya semua pemain puas hati dan lega sebab sekarang dah berada RANK ke -3 lepas pusingan ke-6. Dah ada bayang-bayang boleh rebut TOP 3 pula.
Coach Fadli telah menasihatkan semua pemain IIUM bermain seperti hari ini adalah hari terakhir kejohanan dan semua telah bermain bersungguh-sungguh. Kalah atau menang adalah adat permainan. Bezanya antara pasukan catur IIUM dengan pasukan catur universiti lain yang bertanding ialah pasukan catur IIUM mempunyai seorang jurulatih catur yang sentiasa dok lepak tengok mereka bermain dan dapat membantu dalam mengaturkan strategi dan nasihat kepada pemain apa perlu buat dan tidak perlu buat. Nak ikut nasihat atau tidak mahu ikut nasihat tu adalah perkara ke-2. Yang penting mereka komited dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Matlamat mereka ialah untuk mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team atau cuba dapat TOP 3 kejohanan itu yang juga menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit.
Akhir kata nasihat kat semua pemain catur IIUM, jangan ‘over confident’. Fokus satu persatu dulu. Jangan takut pada lawan pula. C u all esok pagi. Kita gi main Bowling n KARAOKE untuk lepaskan tension. hehehe
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- MISI PASUKAN CATUR IIUM DI GACC – BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM 2009 Pada tahun 2008, pasukan catur IIUM buat pertama kali dalam sejarah di kejohanan catur World Inter-Varsity GACC di Universiti Malaya, berjaya mendapat title Best Malaysian University Chess Team. Sila layari berita tersebut DI SINI. Pada tahun ini 2009, bermula esok (29 Nov 09), pasukan catur IIUM akan cuba mempertahankan kedudukan tersebut di kejohanan yang sama. [...]...
- IIUM CHESS TEAM A – BEST MALAYSIAN UNIVERSITY CHESS TEAM – GACC WORLD INTER-VARSITY CHESS CHAMPIONSHIP@30/11-6/12/08 Gambar di atas, pasukan catur Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menjuarai kategori pasukan catur universiti terbaik tempatan di GACC World Inter-Varsity Chess Championship yang diadakan di Universiti Malaya pada 30 November 2008 hingga 6 Disember 2008. Terbaik antara terbaik. Hebat. Berjaya menggondol gelaran Pasukan Catur Universiti Terbaik Malaysia di kejohanan GACC yang ke-13, yang [...]...
- Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Campionship 2009: Team Standing After Round 6 Hari ini (1 Disember 2009) telah berlangsung pusingan ke-5 & ke-6 bagi Kejohanan Catur Rakan Muda GACC International Inter-Varsity Chess Championship 2009. Kedudukan pasukan selepas pusingan ke-6 adalah seperti berikut: Sebanyak 2 pusingan lagi akan diadakan pada Khamis 3 Dis dan pusingan akhir akan diadakan pada Jumaat 4 Disember 2009. Berjayakah Universiti tempatan Malaysia meraih [...]...
- COACH FADLI BERSAMA PASUKAN CATUR UIAM DI UMS, SABAH. Coach Fadli bersama pasukan catur UIAM. Gambar ini diambil di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan Mei 2008 yang lalu semasa penyertaan pasukan ini di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Pasukan Catur UIAM buat pertama kali dalam sejarahnya, berjaya menggondol 1 pingat perak bagi kategori lelaki dan 1 pingat gangsa bagi kategori perempuan. Tahniah…...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




