Catur Kembali Ke Sukan SEA 2011

Dec 18th, 2009 | Posted by | Filed under News

Update dari rakan catur, Shamsuddin Sabri A.K.A. firey_rook di shoutbox blog beliau:

  • fireyrook Berita TV3 umumkan permainan catur dimasukkan dalam acara temasya sukan SEA di Indonesia pada tahun 2011! Mampukah Malaysia menang apa-apa pingat! :-) 2009-12-18 1:04 PM#

SM cuba dapatkan pengesahan berita tersebut dari Mr.Yahoo dan Ms.Google dan hasilnya memang benar catur telah dimasukkan semula ke Sukan SEA di mana Indonesia adalah selaku tuan rumahnya dua tahun akan datang. Malaysia perlu persediaan yang benar2 rapi sekiranya mahu menghadapi cabaran ini, jangan sampai pisang berbuah 2 x, di mana pada SEA Games 2005 di Manila, wakil catur Malaysia langsung tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat walaupun sasaran adalah sekurang2nya mendapat perak.

Berikut adalah petikan artikel dari Sumber:Indonesia To Host 2011 SEA Games

Daripada Zulhilmi Supaat
VIENTIANE, 7 Dis (Bernama) — Tuan rumah Sukan SEA ke-26, Indonesia akan menganjurkan 37 acara termasuk dua acara sukan extrem dan dua acara baru pada temasya yang akan diadakan di empat wilayah pada 2011.
Wakil Malaysia pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA (SGF) Datuk Sieh Kok Chi berkata Indonesia juga akan menggugurkan empat acara yang dipertandingkan pada temasya ke-25 di sini iaitu acara petanque, renang sirip, muay thai dan timang bulu ayam.
"Dua acara sukan extrem yang dimasukkan ialah mendaki tembok dan kasut roda," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.
Sieh yang juga setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malasia (MOM) sebelum itu menghadiri mesyuarat berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di sini.
Beliau berkata Indonesia akan menawarkan acara badminton, angkat berat, akuatik, bola sepak, memanah, menembak, silat, taekwando, olahraga, skuasy, hoki, billiard & snuker, tinju, bola tampar, bola keranjang, golf, judo, sepak takraw, ping-pong, wushu dan berbasikal.
Acara lain yang tidak dipertandingkan di Vientiane tetapi ditawarkan di Indonesia ialah tenpin boling, ekuestrian, gimnastik, lawan pedang, catur, lumba bot tradisional, kayak, mendayung, pelayaran, bola lisut dan besbol.
Indonesia juga buat pertama kalinya dalam sejarah Sukan SEA menawar acara Kempo, sejenis sukan lawan pedang menggunakan buluh, yang berasal dari Jepun.
Selain itu, negara itu juga menawarkan acara powerlifting bagi atlet normal. Acara itu sebenarnya adalah acara bagi atlet paralimpik.
Sieh berkata Singapura telah menarik diri daripada menganjurkan Sukan SEA ke-27 pada 2013.
Vietnam, tuan rumah Sukan SEA ke-23 bagaimanapun telah menawar diri untuk menganjurkannya jika tiada negara Asean lain yang berminat.
Sieh berkata mengikut giliran yang ditetapkan SGF, Singapura sepatutnya menganjurkan temasya dwi-tahunan itu pada 2013, diikuti Kemboja, Myanmar, Brunei, Malaysia dan Vietnam.
– BERNAMA

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Catur Kembali Ke Sukan SEA 2011, 9.5 out of 10 based on 6 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. SM Kembali Sibuk Dengan Aktiviti Latihan Catur Mulai Oktober 2009 Pejam celik, pejam celik, 8 hari lagi dah nak raya aidilfitri. hehehe. Dah 2 bulan, SM batal/rehatkan semua latihan catur sejak awal bulan Ogos, kerana nak berpuasa dan beraya nanti. Masuk jee bulan Oktober ini, semua kelas catur dijangka akan bersambung semula. Ditambah lagi semasa bulan puasa ini, ada 5 pihak yang menawarkan SM kendalikan [...]...
  2. COACH FADLI BERSAMA PASUKAN CATUR KEBANGSAAN PARALIMPIK 2008 Latihan Pusat dan Temasya Sukan 4th Asean Paragames 2008 di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 17 Januari 2008 hingga 27 Januari 2008. Mohd Fadli bin Zakaria telah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai salah seorang jurulatih ke kejohanan tersebut. 2 pingat emas berjaya diperolehi oleh pasukan catur kebangsaan paralimpik di temasya ini....
  3. StoneMaster Fide Rated Chess Championship 2011 Masanya sudah tiba bagi StoneMaster a.k.a SM a.k.a CM Fadli untuk mengumumkan penganjuran kejohanan Fide Rated kepada peminat catur Malaysia. Kejohanan ini menyediakan hadiah sangat lumayan iaitu jumlah wang tunai lebih RM10 ribu ringgit. Ini adalah kejohanan catur fide rated yang pertama diadakan oleh CM Fadli di bawah Syarikat Cerdik Catur Enterprise. Ia bakal diadakan [...]...
  4. Karnival Sukan UIAM 2009 Pada 19 dan 20 December 2009, telah diadakan Karnival Sukan UIAM. Salah satu sukan yang dipertandingkan ialah sukan catur. 2 kategori telah diadakan iaitu untuk lelaki (brothers) dan wanita (sisters). 6 dari 7 mahallah (kolej) brothers telah menghantar pasukan bagi kategori lelaki dan 10 dari 10 mahallah wanita telah menghantar pasukan bagi kategori wanita. Coach [...]...

  1. anonyfamous
    Dec 20th, 2009 at 21:37
    Reply | Quote | #1

    this is a great news.hope MCF will make a proper selection and preparation for this tourney.thanks.

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
  2. hamba ALLah
    Aug 22nd, 2010 at 09:29
    Reply | Quote | #2

    hahaha.-
    kalo catur adee.-!
    biarr aq msuk.
    b’tanding.
    laa.-
    haha

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media