The Malaysian Masters 2009

Dec 25th, 2009 | Posted by | Filed under Malaysian Masters

malaysian masters 2009

Pencarian Malaysian Masters 2009 yang dimulai dengan 8 peserta yang terpilih sejak Julai lalu akhirnya telah menutup tirai pada 20 Dis yang lepas. IM Mas Hafizulhelmi (ELO 2419) telah membuktikan bahawa beliau sememangnya layak memegang gelaran Pemain Catur no.1 Malaysia selepas menundukkan FM Nicholas Chan (ELO 2402) dengan kedudukan mata 3 1/2 – 1/2 pada pusingan akhir yang telah diadakan di Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC), Kompleks Wilayah Kuala Lumpur.

IM Mas Hafizulhelmi yang menang mudah dengan NJM Tariq Amru telah melalui laluan yang lebih sukar untuk menjadi finalis kerana terpaksa berhadapan dengan FM Mok Tze Meng di pusingan separuh akhir di mana mereka mendapat seri 2 mata bagi 4 permainan. Permainan pemutus seri telah diadakan di mana kemenangan berpihak kepada IM Mas.

Laluan FM Nicholas Chan menjadi finalis pula lebih mudah kerana beliau yang ditemukan dengan NM Evan Timothy di peringkat suku akhir telah menang mudah dan juga berjaya menewaskan FM Lim Yee Weng di pusingan separuh akhir.

Tetapi untuk pusingan akhir, IM Mas telah menang kedua2 permainan di hari pertama (19 Dis 2009). Pada hari berikutnya, mereka seri di permainan ke-3. Permainan akhirnya tidak perlu diteruskan lagi (asalnya 6 permainan) setelah IM Mas menewaskan FM Nicholas di permainan ke-4.

Juara Malaysian Masters menerima habuan sebanyak RM4000 manakala Naib Juara menerima RM2000. Peserta yang kalah di pusingan separuh akhir pula menerima RM1000 sementara peserta2 yang kalah di pusingan suku akhir menerima RM500.

Berikut dipaparkan permainan finalis Malaysian Masters 2009:

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
The Malaysian Masters 2009, 10.0 out of 10 based on 4 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Malaysian Women Masters 2010 Berikut disiarkan ringkasan keputusan Kejohanan Malaysian Women Masters 2010 PAIRING FOR ROUND 1 Seed Name I RT NRT Seed Name I RT N RT Remarkd 1 Wahiduddin, Nurul Huda 2020 1556 1.5 – 0.5 16 Mohd Latib, Latifah Syamimi 1440 2 Fong, Mi Yen 1930 1566 1.5 – 0.5 15 Hong, Wee Ni Winnie 1533 [...]...

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By Know How Media

www.stonemaster.info is Stephen Fry proof thanks to caching by WP Super Cache