Catur digugurkan dari MSSM 2010
Sah! Acara sukan catur adalah salah satu daripada 11 sukan terpinggir daripada kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) tahun 2010.
Artikel di bawah disalin daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20100108224646/Article/
Kecewa catur digugur dalam MSSM 2010
ADALAH amat menyedihkan dan mengecewakan apabila sukan catur digugurkan daripada acara kejohanan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2010.
Acara ini kian mendapat perhatian ramai khususnya golongan pelajar, kini catur kembali menjadi ‘kambing hitam’ atas sebab dan alasan yang tidak jelas serta tidak menepati slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’
Sekian lama catur berjaya membuktikan ia adalah ‘mind-related sport’ dan berupaya membantu kecemerlangan akademik seseorang pelajar, kini mereka terpaksa menelan kepahitan sekali lagi ekoran ketiadaan pembabitan dalam kokurikulum seandainya catur tidak segera dikembalikan ke tempatnya.
Ramai ibu bapa menjadikan catur sebagai bidang pilihan kokurikulum bagi anak atas pelbagai alasan, antaranya saiz fizikal dan tumpuan, di samping catur mudah dimainkan walau di mana saja, memadai dengan peruntukan kewangan sedikit dan mudah dipelajari.
Catur sebenarnya adalah sukan dimainkan di seluruh dunia dan di Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Dunia mahupun ke peringkat Olimpik. Banyak negara menjadikan catur sebagai mata pelajaran persekolahan hingga mampu melahirkan jaguh dunia, Grand Master dan sebagainya.
Bermula dengan skuad ke Remaja Dunia di Turki pada 2007 apabila seorang peserta kita mendapat tempat keempat dunia dan dua lagi berjaya menempatkan dirinya di kalangan kelompok dua puluh terbaik dunia, dan diikuti pencapaian pada Remaja Dunia 2008 di Vietnam dengan dua peserta kita berjaya pada kedudukan ke-20 terbaik dunia.
Terbaru pada edisi 2009 di Turki, ramai yang langsung tidak pernah tahu bahawa ada anak Malaysia yang sentiasa berada di kelompok atas dalam kejohanan itu dan mengalahkan peserta handalan dunia serta berjaya dalam kelompok 15 terbaik dunia.
Persekutuan Catur Malaysia juga seharusnya dapat membantu agar catur dimasukkan semula ke dalam kalendar MSSM.
AZHAR MOHD SAID,
Selangor
![]()
Lain-lain pautan berkenaan pengguguran sukan catur dalam acara MSSM:
1) http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/1/9/central/5430369&sec=central
2) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20100109004055/Article/index_html
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Catur kembali ke MSSM Setelah sukan catur dan 10 sukan lagi berada di dalam ‘kegelapan’ untuk beberapa seketika kerana digugurkan dari Kalendar MSSM, kini semuanya dah boleh menarik nafas lega apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta bagi meneruskan aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah. Sekurang-kurangnya kini pelajar2 sudah boleh bersedia [...]...
- Talkin Untuk Catur SM jangkakan MSSM tahun 2010 akan diadakan pada pertengahan Mac tahun depan di Labuan tapi benarkah catur di MSSM akan berkubur semula? Berita ini belum ada kesahihannya tapi apa-apa saja boleh berlaku jika kita lepas tangan dan pandang remeh. SM copy semula kenyataan Abd Latiff Mohamed a.k.a. SIFU dari blognya tentang isu ini: Minggu lalu Sifu telah [...]...












Jawatankuasa yang terlibat tu tak tau catur macam mana rupa……tu dia org gugur…tu……dia org punya fikiran tak berapa bijak…..
loading...
loading...
betul lah. mereka semua tu tak main catur, so mereka ambil mudah je… potong sebab bajet
loading...
loading...