APA??? Ada 5 kali StoneMaster Amatur Special Edition (SE) Limited pada tahun 2010??

THIS IS STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN TO READ NEW ARTICLES…THANK YOU

YES. Dah diluluskan oleh StoneMaster sendiri :D . Konsep baru kejohanan catur taraf amatur yang akan dijalankan tahun nii. Bermula 21 Mac ini di Dato’ Arthur Tan Chess Centre Kuala Lumpur, kejohanan catur ini yang dulunya dikenali sebagai StoneMaster Amatur akan diadakan buat kali pertama bagi tahun nii. Pada pendapat peribadi SM, kejohanan StoneMaster Amatur ini sangat menarik sejarahnya.

sm amatur

Sejak ia mula diperkenalkan oleh SM pada tahun 2006, jumlah peserta yang mengambil bahagian di kejohanan amatur yang hanya 1 kategori ini tidak pernah jumlahnya bawah 140 peserta. Kejohanan ini sentiasa mendapat sambutan hangat dari pemain catur taraf amatur dari seluruh pelusuk tanah air. Malah, ia telah mencipta sejarahnya tersendiri bilamana Kejohanan Stonemaster Amateur 2007 berjaya menarik seramai 156 orang penyertaan. (Beritanya di SINI)

SM mula mendapat ilham mengenai konsep kejohanan ini apabila pada tahun 2006, ramai pemain catur yang mengeluh sebab setiap kali kejohanan catur diadakan, ia sentiasa dimenangi pemain-pemain yang sama

AMATUR? Apa definasinya. SM mula mendapat ilham mengenai konsep kejohanan ini apabila pada tahun 2006, ramai pemain catur yang mengeluh sebab setiap kali kejohanan catur diadakan, ia sentiasa dimenangi pemain-pemain yang sama (termasuk SM sendiri yang  juga menang) bagi kedudukan 10 teratas, top 15 mahupun top 20. Ada yang bersara dari catur kerana mereka merasakan mereka tidak handal dalam permainan catur dan tidak ada peluang langsung untuk menang hadiah dalam pertandingan atau kejohanan catur yang disertai. Mereka putus harapan dan tidak nampak masa depan dalam permainan ini.

Kajian demi kajian telah SM buat dan akhirnya TERPERANJAT SM apabila rupanya kalau dirujuk kepada Rating Kebangsaan Catur atau dalam bahasa English National Rating, pemain catur tempatan yang mempunyai rating kebangsaan 1700 dan keatas mendominasikan kedudukan Top 20 bagi hampir semua kejohanan catur di Malaysia (Rating kebangsaan SM pun sentiasa berlegar sekitar 1750-1850). Yang mengejutkan juga, pemain yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke atas juga mampu mendapat TOP 20  di mana-mana kejohanan catur.

AKHIRnya, bermulalah era AMATUR di mana gelaran ini diberikan kepada pemain catur tempatan yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah.

Maka wujudlah Kejohanan Catur StoneMaster AMATUR. Setiap kali kejohanan catur amatur ini diadakan, paling kurang 140 peserta akan mengambil bahagian. Kejohanan ini pula hanya 1 kategori sahaja. (Adik-adik berpeluang bertanding dengan abang2, kakak2, pakcik atau makcik!)

Pada tahun lepas hanya 1 kejohanan catur AMATUR sahaja yang SM jalankan iaitu UNITAR AMATUR. Ia sepatutnya dijalankan 3 atau 4 bulan sekali tetapi pada tahun 2009, SM sendiri terlalu sibuk dengan aktiviti pembangunan catur yang berkonsepkan bengkel dan latihan catur. Dilantik pula sebagai jurulatih catur untuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah kluster catur, universiti dan juga dipanggil oleh pejabat pendidikan negeri untuk menjalankan aktiviti latihan catur. Tahun ni, SM dah ada beberapa pembantu untuk menggerakkan aktiviti tersebut.

NAH!! Apa lagi. 5 kali kejohanan catur amatur telah dijanjikan oleh SM untuk diadakan pada tahun nii. HANYA UNTUK PEMAIN AMATUR. Kali  ini namanya telah ditukarkan sedikit iaitu Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition (SE) Limited 2010.

Jap nak cari gambar….


Konsepnya macam mana? Macam liga atau grand prix agaknya. Kejohanan ini akan diadakan sebanyak 5 kali pada tahun nii. Hadiah juga sangat menarik iaitu setiap kali kejohanan ini diadakan, juaranya akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM350 (hadiah juara akan ditambah setiap kejohanan catur amatur berikut sekiranya perlu). Hadiah jaminan wang tunai TOP 10 (hadiah Top 10 akan ditambahkan ke top  berikutnya di setiap kejohanan catur amatur berikutnya sekiranya perlu) dan beberapa hadiah Kategori Terbaik (Best Category) seperti best veteran, best IPT, best lady dan best bawah 12 tahun juga akan diberikan hadiah wang tunai. Hadiah cabutan bertuah juga akan disediakan di mana ‘best bertuah’ akan menerima sebiji handphone (1 tahun jaminan). Hadiah-hadiah sampingan lain akan diberikan  sekiranya perlu nanti.

Mungkinkah ini ANDA..??

Apa lagi yang kelainan sikit bagi kejohanan kali ini? Satu format khas telah dicipta oleh Stonemaster untuk kejohanan kali ini. Sekiranya pemain amatur tersebut berjaya mendapat kedudukan terbaik 3 dari 5 kejohanan (Best 3 out of 5 tourneys) yang akan diadakan, maka beliau akan menerima Piala Pusingan StoneMaster dan wang tunai sebanyak RM500 !!. Tempat ke-2 akan menerima sebanyak RM300 dan tempat ke-3 akan menerima wang tunai sebanyak RM200. Kategori istimewa ini dipanggil Pemain Catur Harapan Amatur 2010.


Macam mana kita nak tentukan Top 3 pemain Catur Harapan Amatur 2010? Ooo, caranya mudah sahaja. Kita ikut kedudukan pemain dahulu. Kalau kejohanan catur yang pertama beliau dapat no. 1 maka beliau dapat 1 markah. Kita ambil dan campur 3 liga terbaik dulu dari 5 liga maksima. Kalau seri juga, kita ambil 4 liga terbaik, kalau seri juga ambil 5 terbaik. Memang macam nasib jee kalau cam tuu tapi catur memang cam tuu. Nasib memang memainkan peranan kalau nak jadi terbaik ;)

Bagi kejohanan yang pertama, ia akan diadakan pada 21 Mac 2010 bertempat di DATCC. Tempat adalah terhad bagi kejohanan amatur yang pertama ini. Hanya 80-90 peserta yang boleh ambil bahagian. Maka diharap para peserta yang berminat nak ambil bahagian, sila sms saya En. Fadli (0142312370) atau emel terus saya seme_event@yahoo.com atau stonemaster_fadli@yahoo.com untuk PRA DAFTAR. Borang pendaftaran akan mula diedarkan mulai minggu depan dan akan diedarkan di setiap kejohanan catur sekiranya perlu.

Kejohanan catur ini adalah anjuran Cerdik Catur Enterprise. cerdikcatur logo3

Soalan

Siapa yang layak ambil bahagian?

Jawapan

- Hanya terbuka kepada peserta yang tiada rating kebangsaan (national rating) atau yang pernah cecah rating kebangsaan 1650 dan ke bawah bagi rating kebangsaan keluaran bulan Oktober 2009, Januari 2010 dan bakal2 keluaran yang akan datang sehingga tamat 5 kejohanan ini.

- Hanya warga Malaysia sahaja layak ambil bahagian.

Hadiah Khas (Pemain Catur Harapan Amatur 2010)

Terbaik – Piala Pusingan StoneMaster + Wang Tunai RM 500 !!!

Kedua – Wang Tunai RM 300

Ketiga – Wang Tunai RM 200

Hadiah Kejohanan (21 Mac 2010)

JUARA  -  RM350

Naib Johan – RM 200

Ketiga – RM 100

Keempat – RM 90

Kelima – RM 80

Keenam – RM70

Ketujuh – RM 70

Kelapan – RM 60

Kesembilan – RM 60

Kesepuluh – RM60

Best IPT – RM50

Best Veteran (45 tahun dan ke atas) – RM 50

Best Lady – RM 50

Best Under 12 – RM 50

5 Hadiah CABUTAN BERTUAH yang menarik

(Hadiah terbaik cabutan bertuah akan menerima sebiji Handphone -1 tahun jaminan)

Hadiah-hadiah sampingan lain akan turut diberikan sekiranya perlu nanti.

Minuman air mineral yang SEJUK akan diberikan kepada para peserta semasa kejohanan diadakan.

Sijil penyertaan akan hanya diberikan sekiranya dimaklumkan sebelum 14 Mac 2010.

Format kejohanan :

- 7 pusingan swiss

- Kawalan masa 25 minit atau 30 minit seorang

- Tie Break : Solkoff, SB, PE

Yuran penyertaan* :

Terbuka – RM30

Bawah 12 tahun – RM20

*Anda akan mendapat diskaun RM 2 pada setiap kejohanan seterusnya yang disertai. Contoh:  untuk peserta terbuka,  jika beliau sertai kejohanan kedua, yuran yang perlu dibayar hanya RM28, bila sertai kejohanan kali ke-3, yuran yang perlu dibayar hanya RM26 dan begitulah seterusnya. Diskaun RM 2 setiap seorang juga akan diberi sekiranya mendaftar melalui kumpulan ( 9 orang atau lebih)

Pendaftaran tempat hanya dianggap diterima dan dijamin tempatnya sekiranya telah buat bayaran. Pembayaran boleh dibuat kepada En. Mohd Fadli bin Zakaria. No. Maybank akaun 1127-9000-0982

PRA DAFTAR (Hanya terhad 80-90 sahaja) Sila daftar awal.

KLIK SINI UNTUK MELIHAT PRA-DAFTAR SMASEL (1st LEG) YANG DIKEMASKINI SETIAP HARI

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
APA??? Ada 5 kali StoneMaster Amatur Special Edition (SE) Limited pada tahun 2010??9.71020
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Borang Kejohanan StoneMaster Amatur Special Edition Limited 2010 (1st leg) Ini adalah borang terbaru Kejohanan StoneMaster Amatur Special Edition Limited (1 st leg) yang telah dikemaskini. Terdapat tambahan hadiah Best IPT dan Best Secondary School Student serta pembatalan klausa ‘Cabutan Gergasi Bertuah’. DOWNLOAD THE FORM HERE-> SMASEL dirancang akan diadakan sebanyak 5 kali pada tahun ini di mana  siri ke-2 nya adalah pada 25 April nanti. Lain-lain [...]...
  2. WOW !!! Pendaftaran Liga Pertama StoneMaster Amatur dapat sambutan LUAR BIASA Sambutan luar biasa. Baru 5 hari promosi kejohanan stonemaster amatur yang hebat ini,yang sudah daftar pula nak cecah 50 peserta.Tempat hanya terhad 80-90 sahaja.Kejohanan ini pula,lagi 2 bulan baru mula (21 MAC 2010). ini pun SM BELUM lagi mula nak hantar lebih 500 surat jemputan tourney amatur ini ke sekolah rendah,menengah, ipt n cerdik catur [...]...
  3. Ramai Pemain Catur Masih Tidak Faham Apa Itu Golongan Suka Fikir Panjang Dan Golongan Suka Fikir Sekejap A) Golongan Fikir Panjang – SM gelarkan mereka pemain yang ada FIDE Rating. B) Golongan Fikir Pendek Sekejap. SM gelarkan mereka pemain yang tiada FIDE Rating tapi mungkin cuma ada National Rating. Golongan A Suka main catur berjam-jam.1 permainan pun  akan makan masa paling kurang 2 jam nak habis. Mereka ini kadang-kadang lebih gemar juga kalau dapat FIDE [...]...
  4. 1st Leg StoneMaster Amateur (21/3/10) – National Rated ?? Harap maklum, YA. Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian di kejohanan catur StoneMaster Amatur yang pertama (SMASEL) pada tahun 2010 yang akan diadakan pada 21 Mac 2010 capai minimum 100 peserta. Pihak Cerdik Catur Enterprise akan memohon kepada pihak yang menguruskan rating kebangsaan (National Rated) tersebut. Cerdik Catur Enterprise var linkwithin_site_id = 40458; [...]...

  1. shade
    Feb 23rd, 2010 at 16:11
    Reply | Quote | #1

    bagus idea dan konsep pertandingan catur mcm nie.sm lah ‘pembela’ nasib pemain2 chess amatur di negara ni,at least pemain2 spt kami dpt peluang ‘rasa’ menang hadiah bila masuk tournament mcm ni.syabas!

    GD Star Rating
    loading...
    GD Star Rating
    loading...
CommentLuv Enabled

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By eTDS TechnoSys. Visit our Forums.

www.stonemaster.info is Digg proof thanks to caching by WP Super Cache