Rekod Peribadi StoneMaster Fadli LAWAN Yeoh Li Tian (5 1/2 – 1/2)
Percaya atau tidak, tapi rekod peribadi StoneMaster Fadli lawan Yeoh Li Tian ialah menang 5 kali dan seri sekali. Apakah rahsianya? Siapa tu adik Yeoh Li Tian? Yeoh Li Tian adalah pemain remaja negara paling hebat di Malaysia. Beliau pernah menduduki tempat ke-4 di kejohanan catur remaja dunia bawah 8 tahun beberapa tahun lepas. Kini beliau baru berumur 11 tahun dan sudah menjuarai beberapa kejohanan kategori terbuka yang disertai oleh beberapa pemain PRO. Beliau diramalkan oleh kebanyakan pemerhati catur tanahair, bakal mendapat title paling kurang FideMaster dalam beberapa tahun akan datang ini. Yang terbaru ialah menjuarai kejohanan catur terbuka Thaipusam yang diadakan pada 30 dan 31 Januari 2010.
Tapi kenapa sampai jadi 5 1/2 – 1/2 ?? Sebenarnya ada cerita menarik di sebalik ini semua. Seperti kata pepatah, bapa borek anak rintik. Macam tuu sekali ke? Siapa tak kenal National Master Yeoh Chin Seng. Beliau ialah ayah kepada Yeoh Li Tian. Apa kaitan NM Yeoh Chin Seng dan kemenangan StoneMaster 5 1/2 ke atas Yeoh Li Tian 1/2 sejak tahun 2007 ??

Ceritanya begini. Beberapa tahun lepas, NM Yeoh Chin Seng dah mula aktif dengan memasuki beberapa kejohanan catur. Antara kejohanan catur tersebut, beliau dapat bertemu pertama kali dengan StoneMaster Fadli sekali di IIUM cawangan Petaling Jaya di pusingan akhir. Dalam permainan tersebut, StoneMaster Fadli telah tewas. NM Yeoh Chin Seng telah bermain putih menggunakan pergerakan pertama iaitu 1. e4 . Seperti biasa SM telah balas pergerakan tersebut dengan 1. .. e6 iaitu pertahanan perancis (French Defence). NM Yeoh Chin Seng bawa pertahanan perancis itu pula ke variasi Tarash (Tarash Variation). 1. e4 e6 2.d4 d5 3. Nd2
3. Nd2 ?? Itulah salah satu variasi dalam Pertahanan Perancis yang paling SM benci. Variasi tuu sangat terbuka. Bukan positional play. Lebih kepada open game dan penuh dengan taktik-taktik dan perangkap. SM kena buat pergerakan yang betul dalam 15 pergerakan awal dan kalau main redah jee bukaan balas dalam variasi tarash, masuk jee middlegame, hitam akan alami masalah situasi middlegame yang tak favourable. Bila masuk engame, mesti ada harapan mudah kalah.
Memang betul tekaan SM, SM kalah dengan NM Yeoh Chin Seng dalam permainan tersebut. SM juga hadapi masalah yang sama apabila menentang National Master Zarul Syahwan. Beliau juga masuk Tarash Variation kalau SM guna Pertahanan Perancis. So perlahan-lahan SM cuba cari penyelesaian nak atasi bila masuk variasi Tarash.
Selepas itu, bermula perlawanan pertama SM menentang adik Yeoh Li Tian (masa tuu umur dia xsilap SM baru 8 tahun jee) beberapa tahun lepas di Seremban Parade di mana pada pusingan akhir, StoneMaster hanya mampu SERI dengan adik Yeoh Li Tian. Yang memeranjatkan SM ialah Yeoh Li Tiam juga menggunakan Tarash Variation iaitu 3. Nd2 apabila menentang SM.
Sejak seri dengan Yeoh Li Tian, SM rasakan dah confirm ada masalah sedikit cara SM balas pergerakan2 dalam variasi tarash tuu. Akhirnya beberapa bulan lepas tu, SM telah mendapat nasihat oleh seorang MASTER dari Indonesia yang telah menasihatkan SM tentang variasi tarash ni. SM masih ingat lagi kata-kata beliau :-
” Apa kata kalau masa opening, En. Fadli cuba buka b6, dan keluarkan Queen Bishop ke a6 dan lagakan terus Queen Bishop square putih buah hitam dengan King Bishop square putih buah putih. Kemudian gunakan queen dan rook dan akan nampak hitam akan menyerang dulu sebelah queen side”
Sejak itu, masalah SM nak berhadapan dengan Tarash Variation telah selesai. NM Zarul Syazwan hampir tewas beberapa kali bila masuk variasi tarash menetang StoneMaster. Apa dah jadi pula dengan adik Yeoh Li Tian. Selepas seri dengan adik Yeoh Li Tian, percayakah anda bahawa 4 kali pertemuan seterusnya dengan beliau, SM bermain warna hitam dan Yeoh Li Tian masih lagi gunakan Tarash Variation. Kesudahannya ialah SM berjaya tewaskan Yeoh Li Tian di kesemua 4 pertemuan tersebut.
So, apa pula ceritanya pertemuan ke-6 apabila SM menentang Yeoh Li Tian di Terbuka Taipusam yang diadakan pada 30 dan 31 Januari 2010 yang lalu ?? SM sekali lagi main hitam (6 kali pertemuan dan 6 kali main hitam). Apa bukamainan adik Yeoh Li Tian? haha. Jangan terkejut. 1. f4.
Memang terkejut SM. Adakah Yeoh Li Tian tidak mahu menentang SM gunakan 1.e4 yang boleh terjebak kepada pertahanan perancis dan beliau nak cuba bukaan baru yang beliau rasa StoneMaster tidak bersedia hadapi bukaan tersebut.
Kali ni adik Yeoh Li Tian dah tersilap langkah awal-awal lagi dengan bukaan 1.f4 kerana sekarang beliau terpaksa berhadapan StoneMaster StoneWall dalam Dutch Defence yang SM begitu mahir dan faham cara nak mainkannya. hehe..
Kita tunggu nanti analisa permainan tersebut dalam masa yang terdekat nanti. Semoga anda terhibur dan mendapat sedikit pembelajaran mengenai bukamainan yang menarik ini.
bersambung esok…. analisa permainan Yeoh Li Tian Menentang StoneMaster di mana SM guna StoneMaster StoneWall.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Keputusan Thaipusam Rapid Chess (10.20.30) Yeoh Li Tian telah berjaya menjuarai kejohanan Catur Thaipusam Rapid (10.20.30) yang telah diadakan selama 2 hari (30 dan 31 Jan 2010) di Excel Chess Academy, Taman OUG Jln Kelang Lama, Kuala Lumpur. Beliau baru sahaja balik dari negara China kerana menjalani latihan catur secara intensif selama beberapa minggu dengan beberapa pemain catur handalan dari [...]...
- Fide Master Anas, Mohd Nabil Azman dan StoneMaster Fadli Top 3 di Kejohanan Catur Terbuka Seremban Parade@19 April 2009 Gambar kenangan. Kesemua para pemenang Kategori Terbuka dan Kategori bawah 18 & bawah 12 tahun. Cuba cari mana StoneMaster. hehe FM Anas Nazreen Bakri berjaya menjuarai kejohanan catur Terbuka Seremban Parade yang telah diadakan pada 19 April 2009 (Ahad). Beliau mendapat markah 5.5/6. Naib Johan diperolehi oleh Mohd Nabil Azman Hisham dengan 5/6 markah dan tempat ke-3 [...]...
- Selamat Datang ke MARI BELAJAR CATUR CARA STONEMASTER – Adik Nurulhana Syuhada dan Adik Muhammad Zulfikri Adik Muhammad Zulfikri (7 tahun) dan adik Nurulhana Syuhada (9 tahun). Latihan catur secara peribadi (datang ke rumah). Kelas sessi pertama akan bermula pada 25 December....
- Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster AKA SM AKA Coach Fadli telah dilantik sebagai Jurulatih Catur Sekolah Kluster Kecemerlangan di SEREMBAN Latihan intensif catur sedang dijalankan di Dewan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said di bawah pengawasan Coach Fadli. Para peserta sedang tekun bermain catur sambil diawasi oleh Coach Fadli. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban iaitu sekolah yang memilih Program Cerdik Catur sebagai salah satu bidang kebitaraan telah melantik Encik Mohd Fadli bin [...]...

















assalamualaikum SM…terima kasih sebab sudi memberikan tips untuk french tarracsh middle game…sebenarnya tips ini cukup berharga…tapi pada pendapat saya…hanya pemain rating 1400 keatas saja yang akan memahami tips yang cukup berharga ini…mereka yang mempunyai rating yang lebih rendah…akan terpinga2…apa laaaa yang sm nak beritahu nie…mungkin akan timbul banyak pendapat…tapi terus terang saya katakan…ia memberikan saya sedikit sebanyak kefahaman tentang tarrasch variation…dan saya berterima kasih kerana SM sudi untuk berkongsi mengenainya….setelah menelaah tips tersebut…saya pun bersetuju…kekuatan utama putih adalah pada bishop yang patut dilagakan…advantage yang cukup kecil…tapi sangat penting…counter pada queen side penting untuk kedua2 pasukan…sekian terima kasih…
loading...
loading...