Acara catur Februari 2010
Hujung minggu ini, iaitu pada 6 & 7 Feb merupakan hari yang ‘paling meriah’ bagi penganjur dan peminat2 catur tanah air yang mempunyai pilihan di mana terdapat 4 kejohanan catur terbuka yang besar diadakan iaitu di Kuala Lumpur- First Saturday Classical Chess(FSCC) dan KL Rapid GP (1st leg), di Melaka- MMU Chess International dan di Perak- SMK Seri Putra Chess Age/Open. Tak ketinggalan juga untuk peminat2 catur di bahagian selatan Semenanjung, Kelab Catur Staf (KECAS) UTM akan meneruskan aktiviti Catur Ahad pertama (7 Feb) di Bilik Seminar, Kolej Tuanku Canselor, UTM.
Dalam musim cuti perayaan Tahun Baru Cina pula iaitu pada 15-17 Feb, acara pertandingan catur persahabatan antara pemain2 terpilih Malaysia dan Singapura akan diadakan di Cititel Express Hotel, Kuala Lumpur.
Selain menganjurkan kejohanan jemputan yang sedang berlangsung setiap selang Jumaat, INSOFAR Chess Academy juga akan menganjurkan satu lagi kejohanan catur FIDE rated Terbuka yang akan berlangsung setiap selang seminggu hari Khamis bermula pada 18 Februari ini.
Pada 21 Feb pula, akan diadakan Pertandingan Catur Terbuka di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh dan juga pertandingan catur khusus untuk adik-adik bawah umur 9 dan 11 tahun yang diadakan di Pearl Point Shopping Mall Kuala Lumpur.
Buat julung kalinya, acara National Women Masters yang menampilkan 16 pemain wanita pilihan bersaing secara kalah mati pula dijadualkan berlangsung selama 4 hari bermula 26 Feb ini.
Bagi kejohanan catur secara berpasukan pula, Pertandingan Catur Terbuka Piala Tun Syed Zahiruddin akan kembali mengisi ruang di hari terakhir bulan Februari nanti (28 Feb 2010).
Sila klik imej di bawah untuk melihat butiran lanjut semua acara.
Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Catur di bulan Mac 2010 Di hujung minggu pertama bulan Mac nii saja dah ada 3 kejohanan catur berbentuk liga grand prix iaitu KL Rapid GP di Kuala Lumpur, SMK Sri Kenangan GP di Segamat dan Tan Sri Lee Choy Seng Perak GP di Ipoh. (3 chess GPs in one day…wow!) First Saturday Classical Chess (FSCC) di Excel Chess Academy [...]...
- Catur di Februari 2011 Di bulan Februari ini, selain daripada Cabaran Cerdik Catur Ke-2 yang akan diadakan pada 5 Feb, berikut adalah antara aktiviti/pertandingan catur yang diadakan khas untuk peminat2 catur menajamkan lagi minda di samping mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah dan menang hadiah. Atas sebab-sebab tertentu, Pertandingan Catur Uptown Shah Alam yang sepatutnya diadakan pada 3 Feb [...]...
- Weekends full of chess tourneys KLIK DI IMEJ UNTUK BUTIRAN LANJUT (Kalendar Kelab Stonemaster) Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja. Nampaknya, hujung minggu bulan Oktober ini penuh dengan aktiviti kejohanan catur yang dianjurkan di beberapa negeri di Semenanjung hinggalah ke Sabah. [...]...
- ‘Mabuk Catur’ di Akhir Tahun 2010 Di penghujung tahun 2010 ini, peminat2 catur tanahair tetap bertuah kerana aktiviti catur masih rancak dijalankan di serata tanahair, sama ada di selatan Semenanjung hinggalah ke Utara malahan tidak ketinggalan juga di Sarawak. Bermula esok, 8 Disember di Dewan Sri Pinang akan berlangsungnya Kejohanan tahunan kelolaan Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA) iaitu Penang Heritage City [...]...




WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





yes.this is the most complete chess event calendar. thanks,keep up the good job!
loading...
loading...