Catur kembali ke MSSM

Feb 5th, 2010 | Posted by | Filed under MSSM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

 Setelah sukan catur dan 10 sukan lagi berada di dalam ‘kegelapan’ untuk beberapa seketika kerana digugurkan dari Kalendar MSSM, kini semuanya dah boleh menarik nafas lega apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta bagi meneruskan aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah.  

 

Sekurang-kurangnya kini pelajar2 sudah boleh bersedia semula untuk aktif kembali di dalam sukan2 tersebut terutamanya catur yang akan mula dipertandingkan semula di peringkat sekolah-sekolah dalam masa terdekat ini. 

  

04 Februari, 2010 15:44 PM 

Muhyiddin Umum Peruntukan RM89 Juta Untuk Sukan Dan Kokurikulum Di Sekolah 

JOHOR BAHARU, 4 Feb (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan itu akan memastikan kesemua 24 bidang sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dapat terus dipertandingkan bagi semua peringkat umur. 

“Pada peringkat awal, banyak pihak merasa kecewa berikutan keputusan MSSM mengenai pemotongan itu (acara sukan) tetapi saya telah mengeluarkan arahan supaya acara-acara itu dimasukkan semula.” 

“Peruntukkan RM89 juta itu akan digunakan di setiap sekolah dan acara-acara sukan itu dapat digerakkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah stadium dan kompleks sukan Educity@Iskandar di Nusajaya, Khamis. 

Muhyiddin berkata, di antara 24 bidang sukan terbabit termasuklah boling, skuasy, memanah, ping pong, ragbi, kriket, sukan layar, bola lisut, bola baling, merentas desa dan catur. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar balik ke sukan oleh kementerian akan diterjemahkan dengan penambahan peruntukan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembinaan infrastruktur sukan seperti padang di sekolah-sekolah. 

“Di dalam RMK-10 kita akan membangunkan infrastruktur sukan di sekolah kerana sebelum ini infrastruktur sukan seperti padang tidak dibangunkan. 

Masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang,” katanya. 

Peruntukan per-kapita terhadap pelajar yang terlibat di dalam sukan, katanya, juga akan ditambah. 

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya sedang di dalam proses untuk mewujudkan satu Institut Pendidikan Guru Malaysia Sukan (IPGM Sukan) khusus untuk menghasilkan jurulatih sukan di kalangan guru di dalam masa terdekat ini. 

Katanya, empat lagi Pusat Kecemerlangan Sukan di kampus IPGM sedia ada di Johor, Terengganu, Sarawak serta Sabah akan diwujudkan sebagai “penghubung” kepada IPGM Sukan Raja Melewar, Seremban. 

Seramai 320 calon jurulatih akan menjalani latihan merangkumi lapan bidang sukan bermula pertengahan tahun depan, kata beliau pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Iskandar Investment Berhad Tan Sri Azman Mokhtar. 

BERNAMA 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Catur kembali ke MSSM , 5.7 out of 10 based on 3 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Catur digugurkan dari MSSM 2010 Sah! Acara sukan catur adalah salah satu daripada 11 sukan terpinggir daripada kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) tahun 2010. Artikel di bawah disalin daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20100108224646/Article/ Kecewa catur digugur dalam MSSM 2010 ADALAH amat menyedihkan dan mengecewakan apabila sukan catur digugurkan daripada acara kejohanan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2010. Acara ini kian mendapat [...]...
  2. Talkin Untuk Catur SM jangkakan MSSM tahun 2010 akan diadakan pada pertengahan Mac tahun depan di Labuan tapi benarkah catur di MSSM akan berkubur semula? Berita ini belum ada kesahihannya tapi apa-apa saja boleh berlaku jika kita lepas tangan dan pandang remeh. SM copy semula kenyataan Abd Latiff Mohamed a.k.a. SIFU dari blognya tentang isu ini: Minggu lalu [...]...

Tags:
No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By Know How Media

www.stonemaster.info is Stephen Fry proof thanks to caching by WP Super Cache