Tepu catur, tepuk dada tanyalah selera
Dua minggu terakhir di bulan Februari nii dah penuh dengan aktiviti catur. SM pula dah kena pergi ke Kuala Krai untuk kendalikan latihan intensif kepada peserta-peserta yang mewakili Kelantan ke Kejohanan National Age Group. (National Age-Group Championship dijadual diadakan di Penang bermula 14 Mac nanti).

Skrinshot dari Kelab Stonemaster
Pada 20 Feb ni, Maktab Rendah Sains MARA Merbok di Kedah bersama tajaan Jaffolea Chess Club akan menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka MRSM Merbok yang menawarkan hadiah tunai berjumlah RM550 beserta hadiah2 lain berupa hamper dan medal kepada para pemenang. Peminat2 catur di Utara Semenanjung khasnya patut tak lepaskan peluang menyertainya kerana yuran penyertaan juga murah iaitu Terbuka-RM10, pelajar sek.menengah-RM5 dan sek.rendah-RM3.
Untuk mereka yang suka bersantai di malam minggu sambil membeli-belah, boleh juga pergi ke Kejohanan Catur Rapid di Uptown Shah Alam. Manalah tau sambil2 main tuu boleh menang hadiah. Kejohanan ini yang terbuka kepada peserta unrated dan yang national rating di bawah 1800 menawarkan hadiah tunai berjumlah RM1000 dan hamper. Pusingan pertama bermula pukul 9 malam dan acara dijangka berlarutan sehingga ke pukul 1 pagi.
Ahad 21 Feb pula, Universiti Teknologi PETRONAS di bawah tajaan Jaffolea Chess Club akan menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka UTP di kampusnya di Tronoh, Perak. Acara ini dijangka akan mendapat sambutan yang hangat juga di mana pihak penaja memperuntukkan sejumlah RM 1840 tunai dengan hadiah RM500 untuk juara. Adakah Sumant Subramaniam mampu pertahankan kejuaraannya untuk tahun ini?
Khas untuk adik-adik umur bawah 9 dan 11 tahun, kali ini Pearl Point dan Excel Chess Academy bergabung untuk menganjurkan kejohanan catur rapid Pearl Point Age Group Chess Championship yang turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM320 di samping medal kepada top 15 setiap kategori.
Nota: Putrajaya Closed yang dijadual 21 Feb telah ditunda ke 7 Mac 2010.
Pada cuti umum sempena Maulidur Rasul 26 Feb 2010, bermulalah pertarungan pencatur2 wanita tempatan dalam kejohanan National Women Masters Chess Championship yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Kejohanan ini akan menampilkan 16 peserta wanita pilihan berentap secara kalah mati. Siapakah peserta wanita yang bakal dimahkotakan sebagai juara catur wanita Kebangsaan yang pertama ini?
Cuti, tapi tak tahu nak buat apa? Apa kata luangkan masa main catur di CNY Rapid Chess. Kejohanan dengan format 10.20.30 yang dipopularkan oleh Jax Tham ini akan diadakan selama 2 hari iaitu 26 & 27 Feb di Excel Chess Academy, Taman OUG Kuala Lumpur. Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM480 di samping trofi kristal kepada top 8.
Di sebelah malamnya pula pusingan ke-4 Kejohanan Catur Jemputan INSOFAR akan diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam. Seramai 16 orang bermain di sini dan ini merupakan salah satu kejohanan FIDE rated.
Satu lagi kejohanan catur peringkat umur (kategori bawah 18 dan bawah 12) akan diadakan pada Sabtu 27 Feb di Seremban Parade, Negeri Sembilan. Hadiah wang tunai berjumlah RM400 beserta piala dan hampers turut disediakan.
28 Feb pula peminat2 catur ada pilihan sama ada sertai kejohanan Terbuka di Seremban Parade yang hadiah juaranya RM200 atau sertai kejohanan berkumpulan (4 org satu team) di Kolej Tun Syed Zahiruddin, Universiti Malaya yang menawarkan hadiah juara RM1500 dan piala. So…kesimpulannya Malaysia kini dah cukup tepu dengan pertandingan catur di hujung minggu, tepok dada, tanyalah selera.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Santapan Catur di bulan Ogos Bulan Ogos ini terus hangat dengan aktiviti atau pertandingan-pertandingan catur yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Esok (1 Ogos 2010), ada dua kejohanan besar dianjurkan di 2 bandaraya iaitu satu di Johor Bahru (21 st Tebrau Open) manakala satu lagi di Kuala Lumpur (DATCC Razmatazz Rapid Weekender). 21st Tebrau Open akan diadakan di Plaza Pelangi JB [...]...
- ‘Mabuk Catur’ di Akhir Tahun 2010 Di penghujung tahun 2010 ini, peminat2 catur tanahair tetap bertuah kerana aktiviti catur masih rancak dijalankan di serata tanahair, sama ada di selatan Semenanjung hinggalah ke Utara malahan tidak ketinggalan juga di Sarawak. Bermula esok, 8 Disember di Dewan Sri Pinang akan berlangsungnya Kejohanan tahunan kelolaan Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA) iaitu Penang Heritage City [...]...
- Kejohanan Catur Terbuka Parlimen Dungun 2011 @ 6-7 Mei 2011 Kejohanan Catur Terbuka Parlimen Dungun 2011 akan diadakan pada 6-7 Mei 2011 yang menawarkan hadiah wang tunai yang lebih menarik jika dibandingkan daripada tahun lepas. Tahun lepas (2010), SM berkesempatan menyertai kejohanan ini yang diadakan di tempat yang sama, iaitu Mayang Sari Resort Dungun. Nak baca pengalaman SM di sana tahun lepas..boleh klik sini->Dungun Open [...]...
- Weekends full of chess tourneys KLIK DI IMEJ UNTUK BUTIRAN LANJUT (Kalendar Kelab Stonemaster) Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja. Nampaknya, hujung minggu bulan Oktober ini penuh dengan aktiviti kejohanan catur yang dianjurkan di beberapa negeri di Semenanjung hinggalah ke Sabah. [...]...




WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





This is my very first time i visit here. I found so many interesting stuff in your weblog particularly its discussion. From the tons of comments on your content articles, I guess I’m not the only one having all of the enjoyment here! maintain up the good function.
loading...
loading...