StoneMaster dijemput menjadi Fasilitator Kursus Catur Fasa 1 di Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan (18-20 Feb 2010)

Feb 23rd, 2010 | Posted by | Filed under bengkel catur kelantan, SMK Pahi

Pada 18 hingga 20 Februari 2010, Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster telah dijemput ke SMK Pahi (Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan) sebagai jurulatih catur kepada pemain-pemain terbaik catur yang terpilih dari kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Krai, Kelantan (MSSD Kuala Krai).  Seramai lebih 30 pemain yang terpilih telah hadir di latihan intensif tersebut.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Krai. Tujuan utama diadakan Fasa 1 (18-20 Feb 2010) dan susulan Fasa ke-2 (4-6 Mac 2010) ialah sebagai persediaan pemain-pemain tersebut ke kejohanan National Age Group (NAGCC) yang akan diadakan pada 14 hingga 16 Mac 2010 bertempat di Pulau Pinang.

Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster telah dilantik sebagai jurulatih untuk kedua-dua Fasa tersebut. SM dimaklumkan bahawa selepas ditapis atau ‘short listed’ beberapa jurulatih catur, SM telah dipilih sebagai jurulatih bagi kedua-dua fasa tersebut kerana SM mempunyai banyak REKOD CEMERLANG dalam  kumpulan yang dilatih oleh SM sejak beberapa tahun lepas.

Disertakan gambar-gambar menarik di sepanjang latihan intensif tersebut.

Jangan ganggu. Latihan Intensif Catur sedang dijalankan. :)

SM sedang bergambar dan bahan rujukan yang dibawa sekali.

Demo board dan whiteboard disediakan. Poster diletakkan diluar bilik latihan catur untuk mengingatkan bahawa latihan intensif catur bagi persediaan ke NAGCC 2010 sedang dijalankan.

Bilik tidur khas dengan katil yang agak selesa disediakan untuk SM di bilik Kauseling sekolah tersebut.

Gambar para peserta yang hadir di latihan intensif tersebut.

Lagi gambar para peserta yang diambil

SM dan para peserta kursus ikut rombongan beramai-ramai pergi ke Masjid Mukim Pahi, Kuala Krai Kelantan untuk sembahyang jumaat.

Gambar di masjid.

SEDAP !! Sup kaki ayam. Tulang kaki ayam dibuang dan hanya dimasukkan isi-isinya. Ramai cikgu di sana selalu tempah sup ni. SM pun dah kemaruk juga nak makan selalu sup kaki ayam ni. :)

Makanan disediakan sebelah pagi, tengahari, petang dan malam !!!Berat badan SM pula naik 2 kilo lepas tamat kursus tersebut. hehe

Petang Jumaat ada pasar malam berhampiran lokasi kursus persediaan catur ke NAGCC diadakan. Atas permintaan kebanyakan perserta nak pergi jalan-jalan ke pasar malam, beberapa cikgu yang bertugas dan SM sendiri telah sama-sama ikut rombongan ke pasar malam.

Para peserta sedang bergerak balik ke tempat kursus diadakan.

SMK Pahi ialah tempat di mana latihan intensif catur bagi persediaan ke National Age Group (NAGCC) pada 14-16 Mac 2010. Seramai lebih kurang 40 peserta akan dihantar ke kejohanan tersebut nanti. SMK Pahi juga dalam perancangan akan diisytiharkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Krai sebagai Pusat Kecemerlangan Catur Daerah. Nanti mungkin ada papan tanda besar di luar sekolah ini menunjukkan SMK Pahi ialah Pusat Kecemerlangan Catur Daerah.

Baru-baru ini, SMK Pahi telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan catur peringkat sekolah-sekolah di dalam daerah Kuala Krai. Beberapa pemain terbaik bagi setiap kategori umur yang dipertandingkan telah dipanggil untuk hadir latihan intensif catur yang dikendalikan oleh SM.

Katil SM dalam keretapi. SM balik semula ke KL naik keretapi. Yang boleh tidur. Bertolak jam 8 malam hari Ahad (21 Feb 2010). Katil nombor 18 (sebelah tengah) dan nombor gerabak keretapi ialah E2. Sampai KL sebelah pagi Isnin. Begitulah cerita 4 hari SM berada di Kuala Krai, Kelantan.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
StoneMaster dijemput menjadi Fasilitator Kursus Catur Fasa 1 di Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan (18-20 Feb 2010), 8.9 out of 10 based on 8 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. KUALA KRAI BISO TELAJOK 2010 Latihan intensif untuk persediaan ke Kejohanan Catur National Age Group (NAG) Fasa ke-2 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2010 di Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai (SMK Pahi) ‘Kuala Krai Regional  Centre of Excellence In Chess‘ telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 30 peserta sekolah rendah dan menengah yang dipilih dari kalangan [...]...
  2. BENGKEL LATIHAN CATUR DI KUALA KRAI, KELANTAN CATIT KEHADIRAN PALING RAMAI PENYERTAAN ?REKOD KEBANGSAAN ?? TAHNIAH Hari ini dalam sejarah. Lebih 150 peserta telah hadir di Bengkel Latihan Catur di Kuala Krai, Kelantan. SM telah dimaklumkan bahawa lebih 200 peserta telah memohon untuk menyertai bengkel ini tetapi terpaksa ditolak kerana tempat tersebut hanya boleh menampung lebih kurang 150 peserta sahaja. Cerita selanjutnya, sila klik MARI BELAJAR CATUR CARA STONEMASTER...
  3. BENGKEL LATIHAN CATUR DI KUALA KRAI, KELANTAN@16 JANUARI 2009(JUMAAT) Tahun depan, akan bermulanya beberapa aktiviti sukan catur di Kelantan. Bermula dengan satu bengkel latihan catur dijangka akan diadakan di Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, Kelantan. NAMA : BENGKEL LATIHAN CATUR KUALA KRAI, KELANTAN TARIKH : 16 JANUARI 2009 (JUMAAT) TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 2 KUALA KRAI YURAN [...]...
  4. BENGKEL CATUR DI KUALA KRAI,KELANTAN@16 JAN 09(JUMAAT), TELAH MASUK JUGA DI LAMAN BLOG CATUR BAD BISHOPS Bengkel Catur yang telah diadakan di Kuala Krai, Kelantan pada 16 Januari 2009 telah dimuatkan di surat khabar Sinar Harian edisi Kelantan....

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media