Catur di bulan Mac 2010

Mar 1st, 2010 | Posted by | Filed under Kelab Stonemaster

Di hujung minggu pertama bulan Mac nii saja dah ada 3 kejohanan catur berbentuk liga grand prix iaitu KL Rapid GP di Kuala Lumpur, SMK Sri Kenangan GP di Segamat dan Tan Sri Lee Choy Seng Perak GP di Ipoh. (3 chess GPs in one day…wow!) First Saturday Classical Chess (FSCC) di Excel Chess Academy Taman OUG juga tetap diteruskan dengan sedikit perubahan pada format masa kejohanan (60 min + 30sec).

Cuti pertengahan penggal persekolahan yang akan bermula pada 13-21 Mac ini pula akan lebih meriah dengan pelbagai acara pertandingan/kem/bengkel catur yang telah dirancang oleh pelbagai pihak. Antaranya adalah acara catur tahunan anjuran Malaysian Chess Federation (MCF) seperti Kejohanan Catur Peringkat Umur Kebangsaan (National Age-Group) yang tahun ini diadakan di Penang dan National Chess Convention yang pertama kali akan diadakan (masih tiada butiran sehingga kini)

Di samping itu, Kejohanan Catur Terbuka di Kota Tinggi pula akan diadakan pada 14 Mac. Mungkin acara ini boleh dianggap sebagai persediaan untuk acara Johor Chess Festival yang akan berlangsung pada akhir Mac nanti. Peluang untuk mereka yang nak dapatkan rating FIDE pula makin bertambah di mana satu lagi kejohanan (FIDE rated) iaitu Cheras Chess Challengers akan bermula pada 17 Mac di taman OUG Kuala Lumpur.

Tak ketinggalan juga ‘BENGKEL CATUR – HOW TO IMPROVE YOUR CHESS’ anjuran Kompleks 3C Taman Bandar Sunway akan dikendalikan oleh StoneMaster sendiri pada 18 Mac nanti. Peminat2 catur tanah air tak sepatutnya melepaskan peluang untuk menghadiri bengkel separuh hari ini yang khas diadakan untuk peminat2 catur yang ingin meningkatkan kemahiran catur mereka lagipun yuran penyertaan yang dikenakan adalah sangat minimum iaitu hanya RM10 seorang saja.


Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja.

19 Mac pula akan bermulalah pertarungan akhir dua ‘wirawati catur’ Malaysia iaitu Alia Anin Azwa Bakri dan Nur Nabila Azman Hisham untuk merebut gelaran Juara Malaysian Woman Masters yang pertama.

Fenomena baru dalam dunia catur amatur tanah air juga bermula pada Mac ini! Khas kepada pemain2 catur amatur, pastikan anda tidak ketinggalan menyertai Kejohanan Catur StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) 2010 di mana liga pertama akan bermula pada 21 Mac nanti. Ini adalah kejohanan Amatur yang terbaik di Malaysia dan sekali lagi dijangka akan mencatatkan rekod penyertaan kategori terbuka yang paling ramai untuk tahun ini!

Acara liga catur berpasukan (FIDE rated) anjuran DATCC yang sudah masuk edisi ke-3 pula akan bermula pada 24 Mac nanti. Dijangkakan GM Ziaur Rahman yang diimport dari Bangladesh akan turut serta ambil bahagian dalam acara berpasukan yang dijadual berlangsung setiap Rabu malam ini.

Di penghujung minggu akhir bulan Mac pula, satu kejohanan di sebelah utara (Perlis Open) dan di sebelah selatan Semenanjung iaitu Bandaraya Chessmaster Johore (Team/Open) akan berlangsung dengan masing-masing menawarkan hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Sila klik di imej kalendar di atas untuk melihat butiran lanjut setiap acara.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Catur di bulan Mac 2010, 9.2 out of 10 based on 5 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Acara catur Februari 2010 Hujung minggu ini, iaitu pada 6 & 7 Feb merupakan hari yang ‘paling meriah’ bagi penganjur dan peminat2 catur tanah air yang mempunyai pilihan di mana terdapat 4 kejohanan catur terbuka yang besar diadakan iaitu di Kuala Lumpur- First Saturday Classical Chess(FSCC) dan KL Rapid GP (1st leg), di Melaka- MMU Chess International dan di Perak- SMK [...]...
  2. Santapan Catur di bulan Ogos Bulan Ogos ini terus hangat dengan aktiviti atau pertandingan-pertandingan catur yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Esok (1 Ogos 2010), ada dua kejohanan besar dianjurkan di 2 bandaraya iaitu satu di Johor Bahru (21 st Tebrau Open) manakala satu lagi di Kuala Lumpur (DATCC Razmatazz Rapid Weekender). 21st Tebrau Open akan diadakan di Plaza Pelangi JB [...]...
  3. Catur di bulan Mei 2012 Sabtu, Ahad bahkan setiap Selasa di bulan Mei ini telah penuh ditempah oleh pihak2 penganjur untuk menjalankan aktiviti/pertandingan catur terbuka yang menawarkan pelbagai hadiah2 menarik untuk para peminat catur tanahair. Walaubagaimanapun, setakat hari ini (1 Mei 2012), masih tiada butiran atau maklumat lanjut mengenai National Rapid Championship dan Selangor Juniors Open (U10 & U14) yang [...]...
  4. Aktiviti Catur di bulan Mac 2011 Setiap hujung minggu di bulan Mac ini dah sarat dengan pelbagai aktiviti catur yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, lebih-lebih lagi sempena cuti pertengahan penggal pertama persekolahan. Sila klik imej di bawah untuk melihat butiran lanjut setiap aktiviti yang bakal dijalankan. Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa [...]...

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media