Ramai Pemain Catur Masih Tidak Faham Apa Itu Golongan Suka Fikir Panjang Dan Golongan Suka Fikir Sekejap

A) Golongan Fikir Panjang – SM gelarkan mereka pemain yang ada FIDE Rating.

B) Golongan Fikir Pendek Sekejap. SM gelarkan mereka pemain yang tiada FIDE Rating tapi mungkin cuma ada National Rating.

Golongan A

Suka main catur berjam-jam.1 permainan pun  akan makan masa paling kurang 2 jam nak habis. Mereka ini kadang-kadang lebih gemar juga kalau dapat FIDE Rating. Kejohanan yang ada FIDE rating boleh dikatakan dah mula banyak sangat dianjurkan mulai tahun ni. Tahun lepas, boleh kira dengan jari iaitu seperti Royal Selangor  Open Chess Cahmpionship anjuran Chess Association of Selangor, National Closed anjuran MCF dan juga KL Open anjuran KLCA.

Tapi tahun ni, macam tiap-tiap bulan dah ada FIDE RATED Tournament.

Golongan B

Mereka ni suka main kejohanan rapid yang 25 minit atau 30 minit seorang. 1 permainan tamat 1 jam jee. Kejohanan seperti ini sejak bertahun-tahun, ada saje tiap-tiap bulan.

SOALAN CEPU EMAS

Kenapa SM bagi syarat hanya pemain catur yang mempunyai rating kebangsaan 1650 dan ke bawah dan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja yang hanya boleh main AMATUR? Pemain yang ada FIDE Rating pun boleh main kalau rating kebangsaan beliau 1650 dan ke bawah.

JAWAPAN

Sebab biasanya pemain FIDE RATED ni tidak bagus sangat main kejohanan catur 30 minit seorang. Kadang-kadang level mereka macam taraf amatur juga kalau main kejohanan catur 30 minit ni. Contohnya seperti SM sendiri. Dulu SM kemaruk sangat main kejohanan FIDE RATED. Suka lepak lama dan  sampai ada masa untuk berangan-angan pula sebab 1 permainan makan masa lebih 2 jam. Sampai SM pernah cecah FIDE RATING 2250 dan pernah rank ke-5 pemain terbaik Malaysia masa pertengahan tahun 1995.

Di Seremban baru-baru ni, SM hanya menang 4 dan kalah 2 permainan.Yang 2 kalah tu ialah kepada pemain amatur iaitu Hamdan dan Shahbudin yang mereka hanya mempunyai national rating 1500+ sahaja. Dan mereka tidak mempunyai langsung FIDE RATING.

Jadi kepada pemain AMATUR secara logiknya tidak perlu takut kepada bayang-bayang kalau jumpa dengan pemain yang ada FIDE RATING. Kena ingat PETUA catur iaitu kalau kita ada semangat dan yakin pada diri sendiri,30% permainan kita akan jadi lain iaitu peningkatan30%  prestasi permainan kita.

:)

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Ramai Pemain Catur Masih Tidak Faham Apa Itu Golongan Suka Fikir Panjang Dan Golongan Suka Fikir Sekejap, 8.6 out of 10 based on 12 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. SMASEL (1st leg) ditukar ke lokasi baru iaitu di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, Kuala Lumpur – 40 kekosongan yang masih boleh diterima Berikutan sambutan hangat yang diterima dari peminat-peminat catur tanah air, Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) 1st leg yang akan diadakan pada 21 Mac ini telah ditukar ke tempat yang baru iaitu di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, Kuala Lumpur.Dengan pertukaran venue tersebut, ada lagi 40 kekosongan yang boleh diterima penyertaan. Berikut diberikan sedikit [...]...
  2. APA??? Ada 5 kali StoneMaster Amatur Special Edition (SE) Limited pada tahun 2010?? THIS IS STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN TO READ NEW ARTICLES…THANK YOU YES. Dah diluluskan oleh StoneMaster sendiri . Konsep baru kejohanan catur taraf amatur yang akan dijalankan tahun nii. Bermula 21 Mac ini di Dato’ Arthur Tan Chess Centre Kuala Lumpur, kejohanan catur ini yang dulunya dikenali sebagai StoneMaster Amatur akan diadakan buat kali [...]...
  3. WOW !!! Pendaftaran Liga Pertama StoneMaster Amatur dapat sambutan LUAR BIASA Sambutan luar biasa. Baru 5 hari promosi kejohanan stonemaster amatur yang hebat ini,yang sudah daftar pula nak cecah 50 peserta.Tempat hanya terhad 80-90 sahaja.Kejohanan ini pula,lagi 2 bulan baru mula (21 MAC 2010). ini pun SM BELUM lagi mula nak hantar lebih 500 surat jemputan tourney amatur ini ke sekolah rendah,menengah, ipt n cerdik catur [...]...

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By Know How Media