Syarat-syarat Am Peraduan Menjawab Kuiz di Blog www.stonemaster.info

Berita baik!!! www.stonemaster.info, salah sebuah blog catur ‘otai’ yang terkenal di Malaysia akan menganjurkan peraduan menjawab kuiz di blog. Semua pengunjung blog ini dijemput menyertainya…sambil menguji minda menjawab soalan, anda juga berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.
Sebagai penghargaan kepada kunjungan anda, penyertaan peraduan ini adalah percuma…tiada sebarang yuran dikenakan dan tidak perlu membeli apa-apa sebagai bukti pembelian!
Soalan-soalan kuiz akan dikemukakan pada bila-bila masa, jadi selalu-selalulah layari blog ini untuk mengetahui soalannya.
Syarat-syarat am peraduan:
- Terbuka kepada semua pengunjung yang melawati blog www.stonemaster.info
- Semua jawapan hendaklah dihantar melalui ruangan komen di artikel yang berkaitan.
- Jawapan hanya boleh ditulis di dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris sahaja.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak jawapan tetapi dilarang menghantar jawapan yang sama berulang-ulang kali.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan betul/kreatif dan yang paling awal diterima.
- Peserta boleh menggunakan nama samaran tetapi mesti menggunakan alamat email yang sah.
- Pemenang akan hanya dihubungi melalui emel untuk urusan penerimaan hadiah.
- Hadiah tidak boleh ditukar nilai.
- Hadiah dikira ‘hangus’ jika tiada peserta dapat menjawab dengan betul selepas tarikh tutup peraduan.
- Penganjur berhak meminda sebarang syarat dan menamatkan peraduan bila-bila masa sekiranya perlu.
- Keputusan penganjur adalah muktamad.
NOTA: Semua jawapan/komen anda akan hanya disiarkan selepas tamat tarikh tutup setiap peraduan iaitu 1 atau 2 minggu selepas soalan disiarkan.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Nak menang reload RM20 dengan hanya menjawab soalan kuiz mudah?? Sebenarnya, SM terima banyak juga pertanyaan dari peminat-peminat catur berkenaan rating jadi kali ini, soalan kuiz yang SM kemukakan ini juga berkisar tentang rating,… OK seperti yang dijanjikan, inilah soalan kuiz yang dinanti-nantikan oleh pengunjung blog www.stonemaster.info Soalan 1: Bagaimanakah pengiraan rating dilakukan? Sila berikan formula dan contoh2 pengiraan rating? Soalan 2: Apakah syarat rating [...]...
- Kuiz di blog! Nak menang hadiah dengan hanya menjawab soalan mudah? OK…seperti yang dijanjikan, berikut adalah soalan kuiz khas untuk pengunjung2 blog www.stonemaster.info SOALAN1: Selalu bila kita baca buku catur dan/atau hadiri bengkel catur atau mendengar jurulatih catur yang kata salah/tidak elok Bishop putih di petak f4 seperti kedudukan di atas makan buah kuda(Knight) hitam di petak b8. [...]...
- Pemenang kuiz di blog www.stonemaster.info Tahniah kepada ‘Ryan Tea’ yang telah terpilih sebagai pemenang untuk kuiz di blog siri ke-2 (KLIK SINI) yang telah tutup penyertaannya pada 10 Julai lalu. Beliau telah menang hadiah berupa reload untuk handphone yang bernilai RM 20. Untuk mereka yang telah mencuba tetapi tak berjaya terpilih, jangan putus asa…terus layari blog www.stonemaster.info ini untuk peluang [...]...
- Special Offer for 2nd Cerdik Catur Chess Challenge Anda adalah orang yang bertuah kerana melayari blog ini hari ini! Kenapa?? Kerana sempena kedatangan tahun baru 2011 ini, SM ada tawaran istimewa untuk anda yang berminat untuk menyertai Cabaran Cerdik Catur ke-2 yang akan diadakan pada 5 Februari 2011 di Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC), Tingkat 4 Wilayah Kompleks, Kuala Lumpur. Butiran lanjut [...]...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




