KUALA KRAI BISO TELAJOK 2010

Latihan intensif untuk persediaan ke Kejohanan Catur National Age Group (NAG) Fasa ke-2 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2010 di Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai (SMK Pahi) ‘Kuala Krai Regional  Centre of Excellence In Chess‘ telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih kurang 30 peserta sekolah rendah dan menengah yang dipilih dari kalangan pemain catur terbaik dari kejohanan catur peringkat daerah Kuala Krai, Kelantan telah hadir.

Sekali lagi, Mohd Fadli Zakaria, Ketua Jurulatih Cerdik Catur Enterprise dari Kuala Lumpur telah dipanggil sekali lagi untuk kendalikan bengkel latihan catur tersebut.

Para peserta sedang bersedia untuk memulakan sessi latihan catur.

Latihan catur diadakan di bilik berhawa dingin

Para peserta dilatih menulis pergerakan permainan mereka untuk dianalisa kemudiannya.

Adik Hazid. Pemain remaja yang dikatakan telah meningkat dalam permainan catur secara mendadak. Pemain bawah 12 tahun yang menjadi Naib Johan di Kejohanan Catur Peringkat MSSD Kuala Krai bawah 12 tahun lelaki. Beliau baru berumur 10 tahun (darjah 4). Dijangka akan membuat beberapa kejutan di peringkat MSS negeri Kelantan bulan April nanti.

Adik Hakimi (12 tahun). Pemain yang telah menjadi Johan di kejohanan catur peringkat MSSD Kuala Krai, Kelantan kategori bawah 12 tahun lelaki. Mempunyai kekuatan permainan di bahagian middlegame. Sungguh menonjol dan sangat ‘ganas’ dalam permainannya.

Adik Fatin (12 tahun). Pemain remaja perempuan yang telah menjuarai kejohanan catur peringkat MSSD Kuala Krai, Kelantan kategori bawah 12 tahun perempuan. Pemain ini SM anggap sangat berbakat, pemain yang hebat, handal dan beliau mempunyai masa depan yang cerah dalam permainan catur. Boleh mengalahkan pemain catur bawah 18 tahun kategori lelaki dan juga bawah 15 tahun kategori lelaki.

Diramalkan oleh SM sendiri sebagai pemain pilihan yang akan menjuarai kejohanan catur peringkat daerah negeri Kelantan kategori bawah 12 tahun perempuan yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Cikgu Nik sedang memberi taklimat kepada para peserta sebelum bersurai.


GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
KUALA KRAI BISO TELAJOK 2010, 8.5 out of 10 based on 6 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. BENGKEL LATIHAN CATUR DI KUALA KRAI, KELANTAN@16 JANUARI 2009(JUMAAT) Tahun depan, akan bermulanya beberapa aktiviti sukan catur di Kelantan. Bermula dengan satu bengkel latihan catur dijangka akan diadakan di Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, Kelantan. NAMA : BENGKEL LATIHAN CATUR KUALA KRAI, KELANTAN TARIKH : 16 JANUARI 2009 (JUMAAT) TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 2 KUALA KRAI YURAN [...]...
  2. StoneMaster dijemput menjadi Fasilitator Kursus Catur Fasa 1 di Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan (18-20 Feb 2010) Pada 18 hingga 20 Februari 2010, Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster telah dijemput ke SMK Pahi (Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan) sebagai jurulatih catur kepada pemain-pemain terbaik catur yang terpilih dari kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Krai, Kelantan (MSSD Kuala Krai).  Seramai lebih 30 pemain yang terpilih telah hadir di latihan [...]...
  3. BENGKEL LATIHAN CATUR DI KUALA KRAI, KELANTAN CATIT KEHADIRAN PALING RAMAI PENYERTAAN ?REKOD KEBANGSAAN ?? TAHNIAH Hari ini dalam sejarah. Lebih 150 peserta telah hadir di Bengkel Latihan Catur di Kuala Krai, Kelantan. SM telah dimaklumkan bahawa lebih 200 peserta telah memohon untuk menyertai bengkel ini tetapi terpaksa ditolak kerana tempat tersebut hanya boleh menampung lebih kurang 150 peserta sahaja. Cerita selanjutnya, sila klik MARI BELAJAR CATUR CARA STONEMASTER...
  4. BENGKEL CATUR DI KUALA KRAI,KELANTAN@16 JAN 09(JUMAAT), TELAH MASUK JUGA DI LAMAN BLOG CATUR BAD BISHOPS Bengkel Catur yang telah diadakan di Kuala Krai, Kelantan pada 16 Januari 2009 telah dimuatkan di surat khabar Sinar Harian edisi Kelantan....

No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Marquee Content Powered By Know How Media