SMASEL (1st leg) ditukar ke lokasi baru iaitu di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, Kuala Lumpur – 40 kekosongan yang masih boleh diterima

Berikutan sambutan hangat yang diterima dari peminat-peminat catur tanah air, Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) 1st leg yang akan diadakan pada 21 Mac ini telah ditukar ke tempat yang baru iaitu di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, Kuala Lumpur.Dengan pertukaran venue tersebut, ada lagi 40 kekosongan yang boleh diterima penyertaan.

Berikut diberikan sedikit panduan bagaimana hendak pergi ke lokasi tersebut (Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane(PKSC))

Di sinilah kejohanan catur Liga Pertama Stonemaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) akan diadakan pada Ahad 21 Mac ini.

Senang jee landmarknya. Kalau dah sampai di Petronas Jln Cochrane, dari sini terus masuk ke kiri dan lebih kurang 200 meter, dah sampai ke PKSC.

Jika menaiki LRT Aliran Ampang- turun di stesen PUDU

LRT PUDU

Selepas turun di stesen LRT Pudu, anda mesti naiki jejantas untuk seberang ke jalan sebelah dan tunggu di bus stop sana. Anda boleh menunggu bas RAPID KL (U31,U32) atau bus METRO (No.30) di stesen bas Jln Pudu yang berhampiran. Bus akan belok ke kiri selepas 300-400 meter di hadapan dan masuki Jalan Pasar pula. Selepas tamat Jalan Pasar, baru bus tersebut akan masuki Jalan Cochrane. Anda akan nampak Stesen Petronas sebelah kiri apabila bus mula masuki Jalan Cochrane. Tekan loceng bus selepas 100 meter memasuki Jalan Cochrane kerana akan sudah sampai ke destinasi.

Kalau nak naik teksi pun mudah juga sebab tidak jauh sangat ke tempat kejohanan.

Bus stop yang terletak di hadapan PKSC

Antara kemudahan yang boleh didapati di PKSC ialah tempat letak kenderaan yang luas dan percuma. Tandas dan surau juga ada disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Tempat letak kenderaan (percuma)

Surau

Berikut adalah peta lokasinya:

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
SMASEL (1st leg) ditukar ke lokasi baru iaitu di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, Kuala Lumpur - 40 kekosongan yang masih boleh diterima, 5.0 out of 10 based on 9 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. Lokasi Stonemaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) 2010 3rd leg – DATCC di Wilayah Kompleks Kuala Lumpur SM terima banyak pertanyaan mengenai lokasi Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC) di mana Kejohanan Stonemaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) 2010 -3rd leg akan diadakan pada 27 Jun nanti. Di bawah ini SM berikan panduan bagaimana nak pergi ke DATCC. Imej hadapan bangunan Wilayah Kompleks yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. DATCC [...]...
  2. Kejohanan Catur StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) – 2nd leg (25 April 2010) MAKIN HEBAT! Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) – liga kedua pada 25 April 2010 ini MAKIN HEBAT !!! Kali ini, StoneMaster telah bermurah hati menambah beberapa hadiah baru untuk kategori terbaik. Antaranya :- Terbaik Guru (juga merupakan kategori tambahan di liga pertama), 3 terbaik sekolah rendah, 3 terbaik sekolah menengah (di liga pertama, hanya [...]...
  3. Ramai Pemain Catur Masih Tidak Faham Apa Itu Golongan Suka Fikir Panjang Dan Golongan Suka Fikir Sekejap A) Golongan Fikir Panjang – SM gelarkan mereka pemain yang ada FIDE Rating. B) Golongan Fikir Pendek Sekejap. SM gelarkan mereka pemain yang tiada FIDE Rating tapi mungkin cuma ada National Rating. Golongan A Suka main catur berjam-jam.1 permainan pun  akan makan masa paling kurang 2 jam nak habis. Mereka ini kadang-kadang lebih gemar juga [...]...

No comments yet.
CommentLuv Enabled

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By eTDS TechnoSys.
Visit Our Plugin Community.

www.stonemaster.info is Digg proof thanks to caching by WP Super Cache