Lokasi Stonemaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) 2010 3rd leg – DATCC di Wilayah Kompleks Kuala Lumpur
SM terima banyak pertanyaan mengenai lokasi Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC) di mana Kejohanan Stonemaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) 2010 -3rd leg akan diadakan pada 27 Jun nanti.
Di bawah ini SM berikan panduan bagaimana nak pergi ke DATCC.

Imej hadapan bangunan Wilayah Kompleks yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Gambar bangunan Wilayah Kompleks dilihat dari tepi
DATCC terletak di tempat letak kereta (parking lot), tingkat 4 di dalam bangunan ini. Anda dikenakan bayaran RM5 sekali masuk jika letakkan kenderaan di sini.

Tempat letak kereta tingkat 4 Wilayah Kompleks

Pintu masuk DATCC beserta 'bunting' SMASEL
Di bawah ini disertakan peta lokasinya:
Senang jeee landmark nya..dekat sangat dengan Kompleks Pertama atau SOGO shopping mall.
SILA KLIK DI IMEJ
Perhentian bas terdekat :
- Kompleks Pertama
- Pawagam Odeon
- Jln Munshi Abdullah (Hadapan Garden City Hotel / City One Plaza)

Stesen bas di Jln Munshi Abdullah (hadapan Garden City Hotel)
Jarak masa perjalanan dari hentian bas adalah sekitar 5-8 minit.
Perhentian LRT/Komuter terdekat :
- Bandaraya
- Dang Wangi
Turun di salah satu hentian tersebut. Jarak masa perjalanan dari hentian tersebut adalah lebih kurang 10-13 minit.
Untuk mereka yang berada di luar Selangor dan ingin bermalam di Kuala Lumpur, boleh tengok juga hotel2 yang berdekatan di Google maps ini.
Diharap panduan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta2 yang ingin ke DATCC. Yang penting, jangan malu bertanya…kalau malu tanya arah, sesat jalanlah jawabnya hehe
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- LOKASI STONEMASTER 1 MALAYSIA CHESS OPEN – DATCC, WILAYAH KOMPLEKS SM terima banyak pertanyaan mengenai lokasi Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC) di mana Kejohanan Stonemaster 1 Malaysia Chess Open akan diadakan pada 25 Disember ini. Di bawah ini SM berikan panduan bagaimana nak pergi ke DATCC. Imej hadapan bangunan Wilayah Kompleks yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. DATCC terletak di tempat letak [...]...
- 3rd StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) Chess Championship @ 27 June 2010 JOM CEPAT! CEPAT!! Pastikan kamu tidak ketinggalan! SMASEL Liga ke-3 akan diadakan pada 27 Jun 2010 di Dato’ Arthur Tan Chess Centre, Kuala Lumpur. Sila buat pendaftaran awal untuk menyertai Kejohanan Catur Amatur Terbaik di Malaysia ini! Download the entry form –>...
- Kejohanan Catur StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) – 2nd leg (25 April 2010) MAKIN HEBAT! Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) – liga kedua pada 25 April 2010 ini MAKIN HEBAT !!! Kali ini, StoneMaster telah bermurah hati menambah beberapa hadiah baru untuk kategori terbaik. Antaranya :- Terbaik Guru (juga merupakan kategori tambahan di liga pertama), 3 terbaik sekolah rendah, 3 terbaik sekolah menengah (di liga pertama, hanya [...]...
- Keputusan penuh StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL)-1st leg Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL)-liga pertama yang telah diadakan pada 21 Mac 2010 di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane (PKSC) Kuala Lumpur. Ranking after round 8 of sm1 No. PNo. Name Score WP SB PS rat. TPR W-We ------------------------------------------------------------------------------- 1. 27 Mohammad Fazli bin Sarin 7.0 39.0 35.00 [...]...


WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





makasi atas informasinya…
kunjungi ini ya… http://www.unand.ac.id/arsipua/ds/
loading...
loading...