Candidate Master (CM) Fadli berjaya mendapat tempat ke-6 di Terbuka Dungun (16-17 Julai 2010) selepas berjaya menduduki tempat ke-3 di Terbuka Ole-Ole Shah Alam (10 Julai), hehehe
Tamat laa sudah kejohanan catur Terbuka Dungun petang tadi (17/7/10). 2 hari sebelum kejohanan ini bermula, CM Fadli diletakkan sebagai pemain pilihan ke-4 dan jumlah peserta yang daftar ialah 66 peserta sahaja. Tapi waktu pendaftaran sebelah pagi (16/7/10) di Mayang Sari Resort, Dungun Terengganu, sejumlah 100 peserta yang datang untuk mengambil bahagian di kejohanan ini. CM Fadli pula telah diletakkan sebagai pemain pilihan ke-8 sahaja kerana di saat-saat akhir, datang lagi pemain-pemain yang mempunyai rating kebangsaan yang lebih tinggi dari CM Fadli. Terpaksa lah CM Fadli berhempas pulas cuba dapat hadiah utama (TOP 10) yang disediakan. Lepas pusingan 5, CM Fadli berada kedudukan ke-25. Jauhnya…Itu bukan level Candidate Master. Itu mungkin level Cenkodok Master. hehe. Lagi 3 pusingan, terpaksa fikir corak permainan yang lain sikit. CM Fadli telah ubah permainan yang lebih dinamik dan pertahanan yang lebih kebal dan tunggu masa yang sesuai buat serangan balas (counter attack) yang cepat kalau ada peluang. Akhirnya berjaya menang baki 3 perlawanan yang berikutnya. CM Fadli menang 6 kali dan tewas 2 kali dan berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat ke-25 selepas pusingan ke-5 dan mendapat tempat ke-6 selepas tamat pusingan ke-8 (akhir). Atas kemenangan tersebut, SM dapat sijil kemenangan dan hadiah wang tunai RM100. CM Fadli akan balik ke Kuala Lumpur esok (Ahad) malam kerana nak berendam di swiming pool di Resort esok pagi n rewang-rewang di pekan Dungun petang esok.
CM Fadli posing di belakang Arbiter Kejohanan, En.Sabirin yang sedang sibuk menentukan kedudukan akhir pemenang. Gambar kanan: CM Fadli bersama Khalid Musa(baju putih) dan Zulkifli Ismail.
Gambar pemenang2 top 7 yang sempat diambil. Kejohanan tahun ini sangat menarik kerana peserta2 yang menang hadiah utama top 7 bukan pemain2 Terengganu.
No.7 (RM100) – Khalid Musa dari Pahang No. 6 (RM100) – Candidate Master (CM) Fadli dari KL
No.5 (RM200) – Mohd Khair Wahiduddin (Pahang) No.4 (RM300) – Ahmad Fadzil Nayan (Perak)
No.3 (RM400) – Kamaluddin Yusof (KL) No.2 (RM500) – Abdullah Che Hassan (Johor)
![]()
Juara Dungun Open 2010, Soon Wai Cheong dari Selangor menerima piala pusingan dan wang kemenangan (RM700) daripada En.Bidi Abdullah (wakil YB Matulidi Jusoh)
Keputusan penuhnya boleh dilihat di Chess-results.com
Lepas tamat acara penyampaian hadiah kira-kira pukul 7 petang, SM terus pegi ke kedai makan berhampiran resort dan sental makan laksa penang, laksa terengganu, laksam dan cendol dungun hehe…
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Candidate Master (CM) Fadli berjaya menduduki tempat ke-5 AmBank Chess Challenge 2010 dan menjadi Pemain Terbaik Malaysia di kejohanan tersebut Berikut dipaparkan keputusan penuh Ambank Chess Challenge 2010 yang telah diadakan di CitiTel Midvalley Hotel, Midvalley Megamall yang telah berlangsung pada 1 September-7 September 2010. Sumber: chess-results.com AmBank Chess Challenge 2010 Last update 07.09.2010 08:44:25 Links Official Homepage of the Organizer Parameterselection show tournament-details Lists Starting rank list, Alphabetical list of players, Federation-, Game- and [...]...
- StoneMaster menduduki tempat ke-10 di 3rd IIUM Chess Invitational Tournament 2010 Dengan markah 5/8 (3 kalah) SM berjaya mendapat tempat ke-10 dan menerima hadiah tunai RM 100 beserta pingat di 3rd IIUM Chess Invitational Tournament 2010 yang diadakan pada 1-2 Januari 2011. Kedudukan Top 10 bagi kategori Terbuka di kejohanan ini adalah: Ian Udani (Juara), Kamalarifin Wahiduddin, Nik Ahmad Farouqi, Saprin Sabri, Fariz Shafruddin, Rubel Abbas, [...]...
- Gambar-gambar di Dungun Open (Hari pertama 16 Julai 2010) Kain rentang (banner) Kejohanan Catur yang diletakkan di pintu masuk Mayangsari Resort Dungun. SM sempat sarapan dulu dan jalan2 sekitar Resort sementara menunggu peserta last minute mendaftar dan mulanya pusingan 1. Para peserta sedang bersiap sedia memulakan pusingan pertama kira-kira pukul 10.20 pagi. Piala pusingan sumbangan Ahli Parlimen Dungun Rehat-rehat dulu di [...]...
- PASUKAN CATUR UIAM MENDUDUKI TEMPAT KE-4 DI PESTA USM TEAM TOURNEY@17-18 JAN 2009 Pasukan Catur UIAM yang pada bulan lepas telah mendapat tittle Pasukan Catur Universiti Terbaik Malaysia di Kejohanan Catur WORLD INTER-VARSITY (GACC) di UM, sekali lagi mencatitkan keputusan yang memberangsangkan dan luar dugaan apabila menduduki tempat ke-4 keseluruhan di kejohanan catur Pesta USM Team Tourney yang diadakan pada 17-10 Jan 2009. Pasukan ini pada mulanya hanya [...]...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




