Santapan Catur di bulan Ogos
Bulan Ogos ini terus hangat dengan aktiviti atau pertandingan-pertandingan catur yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Esok (1 Ogos 2010), ada dua kejohanan besar dianjurkan di 2 bandaraya iaitu satu di Johor Bahru (21 st Tebrau Open) manakala satu lagi di Kuala Lumpur (DATCC Razmatazz Rapid Weekender).
21st Tebrau Open akan diadakan di Plaza Pelangi JB di mana para peserta dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Terbuka, Bawah 16 dan Bawah 12 tahun dan hadiah ditawarkan kepada 10 tempat teratas bagi setiap kategori. DATCC Razmatazz Rapid pula diadakan di Dato’ Arthur Tan Chess Centre, Wilayah Kompleks KL yang mana kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai kepada 13 pemenang selain merupakan kejohanan ‘National Rated’.
Setelah beberapa kali tarikh kejohanan ditunda, Segamat Chess Challenge akhirnya telah ditetapkan akan diadakan pada 7 Ogos 2010 di lokasi asalnya iaitu SMK Seri Kenangan, Segamat, Johor. Ini merupakan kejohanan liga ke-3 di mana penganjur kejohanan ini iaitu MSSKL Event Management (MSSKLEM) mensasarkan jumlah penyertaan sebanyak 300 peserta dan struktur hadiah yang berbeza daripada 2 liga yang telah dijalankan sebelumnya.
Istimewa untuk peminat-peminat catur yang sememangnya dahagakan cabaran, satu lagi kejohanan catur terbuka akan diadakan sebelum tibanya bulan Ramadan iaitu ‘Cabaran Cerdik Catur Terbuka 2010′ pada 8 Ogos (Ahad). Lokasi kejohanan ini adalah di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam. Ini merupakan kejohanan catur kategori terbuka yang pertama anjuran Cerdik Catur Enterprise dan telah mendapat kerjasama daripada Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor.
Para peserta akan dicabar kemampuan bermain catur sebanyak 7 atau 8 pusingan dengan kawalan masa 25-30 minit seorang untuk merebut salah satu daripada 32 hadiah wang tunai berjumlah hampir RM 2000 yang disumbangkan sendiri oleh Cerdik Catur Enterprise.
Selain itu, para peserta juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah di mana hadiah utamanya merupakan jam catur yang bernilai RM200++. Ada yang nak beli set catur? Pastikan anda berada di Cabaran Cerdik Catur pada 8 Ogos ini kerana bazaar jualan peralatan catur juga akan diadakan di sana dengan tawaran harga istimewa untuk peralatan2 catur sempena promosi sebelum raya. 
Untuk mereka yang tiada rancangan apa-apa pada 15 Ogos nanti anda tak perlu menyendiri menghitung detik untuk berbuka puasa, apa kata kalau singgah di Excel Chess Academy, Taman OUG Jln. Kelang Lama untuk bermain catur dalam ‘No Frills Chess Tournament’. Walaupun tiada sebarang yuran dikenakan kepada para peserta dan tiada sebarang hadiah dijanjikan oleh pihak penganjur, aktiviti catur di hujung minggu sebegini mungkin dapat melatih peserta mengasah teknik bermain catur di samping mengisi masa terluang dengan cara yang bermanfaat.
Pada 15 Ogos pula, Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA) akan menganjurkan Kejohanan Catur Rapid 8 pusingan Swiss di Ibupejabat Gerakan Pulau Pinang, Jln Macalister. Kejohanan ini adalah bertujuan untuk memberi persediaan kepada peserta bagi menghadapi Pesta Catur Malaysia yang bermula seminggu selepas acara ini. Hadiah wang tunai ditawarkan kepada pemenang utama Kategori Terbuka manakala trofi disediakan untuk pemain terbaik Kategori Bawah 16, Bawah 12 dan Bawah 8 tahun.
Pesta Catur Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Arthur Tan Malaysian Open (DATMO) kembali lagi tahun ini di lokasi yang sama iaitu di Bintang Ballroom, Cititel Mid Valley Hotel dan sekali lagi jatuh pada bulan Ramadan. Buat julung kalinya, DATCC akan menganjurkan perlawanan ‘pembuka tirai’ iaitu Merdeka Individual Rapid Open pada 28 Ogos.
Kejohanan yang pertama kali akan diadakan sempena Pesta Catur ini menawarkan hadiah RM 1000 kepada juaranya.
Santapan catur di akhir bulan Ogos ini adalah Kejohanan berpasukan 4 atau 4+1 pemain -30th ASTRO Merdeka Rapid Open Team Chess Championship yang berlangsung selama 3 hari, bermula 29 Ogos dan berakhir pada hari sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 iaitu 31 Ogos 2010. Hadiah lumayan berupa wang tunai RM 5000 + medal + piala pusingan ditawarkan untuk juara kejohanan berpasukan ini. Mampukah rakyat Malaysia memenangi sebarang hadiah yang ditawarkan dalam Pesta Catur kali ini? Sama-sama kita tunggu nanti.
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Catur di bulan Mac 2010 Di hujung minggu pertama bulan Mac nii saja dah ada 3 kejohanan catur berbentuk liga grand prix iaitu KL Rapid GP di Kuala Lumpur, SMK Sri Kenangan GP di Segamat dan Tan Sri Lee Choy Seng Perak GP di Ipoh. (3 chess GPs in one day…wow!) First Saturday Classical Chess (FSCC) di Excel Chess Academy [...]...
- Tepu catur, tepuk dada tanyalah selera Dua minggu terakhir di bulan Februari nii dah penuh dengan aktiviti catur. SM pula dah kena pergi ke Kuala Krai untuk kendalikan latihan intensif kepada peserta-peserta yang mewakili Kelantan ke Kejohanan National Age Group. (National Age-Group Championship dijadual diadakan di Penang bermula 14 Mac nanti). Skrinshot dari Kelab Stonemaster Pada 20 Feb ni, Maktab Rendah [...]...
- Weekends full of chess tourneys KLIK DI IMEJ UNTUK BUTIRAN LANJUT (Kalendar Kelab Stonemaster) Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja. Nampaknya, hujung minggu bulan Oktober ini penuh dengan aktiviti kejohanan catur yang dianjurkan di beberapa negeri di Semenanjung hinggalah ke Sabah. [...]...
- Acara catur Februari 2010 Hujung minggu ini, iaitu pada 6 & 7 Feb merupakan hari yang ‘paling meriah’ bagi penganjur dan peminat2 catur tanah air yang mempunyai pilihan di mana terdapat 4 kejohanan catur terbuka yang besar diadakan iaitu di Kuala Lumpur- First Saturday Classical Chess(FSCC) dan KL Rapid GP (1st leg), di Melaka- MMU Chess International dan di Perak- SMK [...]...

















