CM FADLI TAWARKAN DIRI SEBAGAI PRESIDEN CAS (2012) DAN PRESIDEN MCF (2015)!!
Jemu dan rimas tengok senario aktiviti catur di Malaysia sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ntah ke mana catur hendak dibawa dalam 10 tahun akan datang. Penaja yang lama ada yang dah ‘lari’ dari sumbangan dana kepada beberapa persatuan catur di beberapa negeri. Bukan setakat di Malaysia sahaja, di peringkat persekutuan catur antarabangsa pun tahun ini sudah mula berlaku cubaan gulingan AJK dalam persekutuan catur antarabangsa (FIDE). Antara alasannya ialah 1. Corporate sponsorship is a thing of the past. 2. Marketing? Suck? dalam bahasa melayu – teruk 3. pay ever-higher FIDE chess taxes 4. Chess has disappeared from the world media 5. intends to keep power at all costs, including the ultimate destruction of chess on the international scene. Sebenarnya di Malaysia 5 perkara ini sudah terang-terang berlaku di arena politik catur di Malaysia. SM tambah 1 lagi yang berlaku di Malaysia iaitu 6. selection national players tidak telus dan boleh dipertikaikan. Tugas Presiden Catur sudah tak relevan juga iaitu tidak mampu membawa seberapa banyak dana dalam persatuan catur untuk menjalankan aktiviti catur. Pay ever-higher FIDE chess taxes? Kalau di Malaysia boleh kita anggap sama seperti kenaikan RM2 dari RM1 sekepala kalau penganjur nak buat kejohanan catur yang National Rated. Apatah lagi jawatan timbalan dan secretary catur. Macam umpama “kayu”. Tiada tekanan. Bila tiada tekanan, tiadalah perubahan. Semuanya masih berada di takuk lama. Tunggu lagi 10 tahun, akan sama juga tahap lama aktiviti catur ini. Kenapa? Catur bukan sukan? Ia hanyalah permainan minda semata-mata? Tiada masa hadapan? Boleh seseorang pemain catur jadikan catur ini sebagai kerjaya bila dah dewasa? Kalau YA jawapannya, kenapa tak mahu letak jawatan secara hormat dan bagi peluang kepada mereka yang lain nak bawa permainan catur ini ke tahap peringkat yang dinamakan sukan. GM pun tidak mampu bawa. Dana pun tak cukup untuk disediakan kepada pemain catur yang LAYAK wakil negara. Yang layak wakil negara ialah nampak seperti mereka yang ada duit sendiri walaupun tidak melalui proses pemilihan yang adil. Yang betul-betul layak wakil negara dan sanggup habis masa dan duit masuk selection, tidak dapat pergi kerana tiada duit. Selection pun boleh dipertikaikan. Sepatutnya tugas persekutuan taja mereka yang layak. Tugas cari penaja ialah AJK dalam persekutuan catur yang dilantik. Kalau tidak mampu, ganti yang lain. Kalau semua tak ada masa nak cari penaja, tukar semua. Bila ada yang nak ambil alih persatuan catur, disekat habis-habisan pula. Heran yek.
Pada pendapat SM kita perlu ada seorang presiden catur yang muda, hensem dan kacak (umur sekitar awal 40an dan bukan terlalu tua), bijak, yang ada wawasan, yang tak tahu malu, yang masih bertenaga dan bersemangat kental, yang mempunyai banyak idea dan berani laksanakannya, pandai cari penaja korporat, tak segan-segan dan sentiasa turun padang terlibat dalam aktiviti catur, boleh buat publisiti dan pandai buat marketing dalam promosi catur. Rasanya siapa yang ada ciri2 seperti yang dimaksudkan itu? MANIFESTO akan dikeluarkan tidak lama lagi. Jadi kalau ANDA rasa CM Fadli layak jadi presiden catur, UNDIlah saya. hehehe
Yang benar,
Mohd Fadli Zakaria
Candidate Master,
Pengurus Syarikat Cerdik Catur Enterprise
SILA SUARAKAN PILIHAN ANDA DI POLL (SIDEBAR)
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA !
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Timbalan Presiden MCF mengundurkan diri! Timbalan Presiden Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Tuan Hj.Ibrahim Abu Bakar turut mengambil kesempatan mengumumkan persaraan beliau ketika dijemput untuk memberi sepatah dua kata di acara penutup Cabaran Cerdik Catur Ke-2 di DATCC semalam (5 Feb 2011). Beliau yg telah banyak berjasa sejak bergelumang dlm dunia catur hampir 3 dekad telah mengambil keputusan mengundurkan diri dari [...]...
- Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster AKA SM AKA Coach Fadli telah dilantik sebagai Jurulatih Catur Sekolah Kluster Kecemerlangan di SEREMBAN Latihan intensif catur sedang dijalankan di Dewan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said di bawah pengawasan Coach Fadli. Para peserta sedang tekun bermain catur sambil diawasi oleh Coach Fadli. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban iaitu sekolah yang memilih Program Cerdik Catur sebagai salah satu bidang kebitaraan telah melantik Encik Mohd Fadli bin [...]...
- MOHD FADLI BIN ZAKARIA AKA StoneMaster telah dilantik sebagai KETUA ARBITER oleh PUSAT SUKAN, UiTM Shah Alam Kejohanan Catur Terbuka UiTM Perseorangan 2009 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 Mac 2009 yang lalu. Satu penghargaan dan pengiktirafan kepada StoneMaster sebagai Ketua Arbiter kerana di kalangan Arbiter Antarabangsa (IA) dan Arbiter bukan Antarabangsa yang tinggal di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pusat Sukan UiTM Shah Alam telah memilih dan melantik Encik Mohd Fadli bin [...]...
- StoneMaster Fadli Is Now A Candidate Master (CM) 26 April merupakan hari yang tidak akan dilupakan oleh SM. 2 hari selepas menyambut ulang tahun SM yang ke-41, SM dapat emel yang memaklumkan bahawa SM telah dianugerahkan Title Candidate Master. Akhirnya selepas lama berkecimpung dalam sukan catur ini, dapat juga SM diiktiraf sebagai pemain bertaraf MASTER (bukan hanya sebagai webmaster yang dikenali dengan nama [...]...


WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010





Antara luahan yang diterima…(KLIK IMEJ)
[img]http://stonemaster.info/wp-content/uploads/2010/08/sms guna.JPG[/img]
stonemaster´s last [type] ..Gambar-gambar pemenang hadiah di Cabaran Cerdik Catur Terbuka 2010
loading...
loading...
Saya rasa CM Fadli layak menjadi Presiden Catur CAS 2012
loading...
loading...
Cakap mesti buat…teringat salah seorang AJKT Persekutuan Catur Malaysia nak forward sesuatu kepada saya…walaupun setelah saya SMS…habuk pun takde…cakap tidak serupa bikin
loading...
loading...
kalau cm rs ykin n mmpu mnggalas tgjwb sbg Presiden MCF ini..u msti bktikn dlu khbtn u dlm merencanakan ssuatu utk mnggerakkn sukan ctur di ngara ini like big event yg blh mnunjukkn catur di mata msyarakat kte hari ini sbg sukan TERAS yg blh diperkembangkn hngga ke prngkt dunia..DEAL??!!
loading...
loading...
dah pilih setuju tapi kenapa tak nampakkat result
loading...
loading...
baru perasan..ada masalah teknikal sikit dgn poll yg awal. sm dah betulkan dan tukar dgn poll yg lain. sila undi semula ok. terima kasih
stonemaster´s last [type] ..Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat!
loading...
loading...