Semasa kejohanan catur amatur dijalankan di Kompleks 3C diadakan pada 4 Dis, beberapa orang VIP daerah Subang telah menyuruh saya siapkan satu kertas kerja ke arah menjadikan daerah Subang sebagai pusat aktiviti catur seperti mana saya berperanan dahulu sebagai penggerak kepada menjadikan bandar Shah Alam sebagai bandar catur pada awal tahun 1990.

Bagaimana cara untuk melaksanakannya? Ada beberapa kateria yang mesti kita laksanakan kalau tempat itu hendak diiktiraf sebagai pusat aktiviti catur. Pertama ialah menjalankan klinik dan bengkel catur. Kompleks 3C sudah laksanakan aktiviti itu sejak 2 tahun lepas iaitu dengan menjalankan bengkel catur setiap musim cuti sekolah. Kedua iaitu menjalankan kejohanan atau pertandingan catur iaitu seperti 1st Kompleks 3C Amateur Chess Championship dan Kompleks 3C telah berjaya laksanakan aktiviti tersebut. Dalam kertas cadangan saya nanti pada tahun depan, Kompleks 3C dikehendaki mengadakan 2 kejohanan hebat iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun.

Menjalankan 3 atau 4 lagi kejohanan catur sampingan seperti blitz dan sebagainya.  Semua cadangan aktiviti catur ini akan dijalankan pada tahun 2012 di Kompleks 3C sekiranya kertas kerja tersebut diluluskan oleh pihak penaja .

Sekian, terima kasih.

Mohd Fadli bin Zakaria

Pengurus, Cerdik Catur Enterprise

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system
Will It Happen in 2012? A New Era. A New Beginning For Chess In Subang? Subang - The Next Bandar Catur In Malaysia or Kompleks 3C - Pusat Aktiviti Catur Daerah Subang?, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Blog Widget by LinkWithin