MOHD FADLI BIN ZAKARIA

E-Mel : cerdikcatur@yahoo.com  ;

HP : 014-2312370 (maxis ) / 016-3038892 (digi)  

 

Latar belakang Candidate Master (CM) Fadli  :-

Bakat beliau dalam bidang catur terserlah semenjak di bangku sekolah lagi.  Pada tahun 1986  iaitu ketika beliau baru berusia 16 tahun, beliau telah dilantik sebagai presiden kelab catur Sekolah Menengah Dato Jaafar, Johor Bahru. Bakat beliau juga terserlah dalam kepimpinan pelajar apabila menjadi ketua pengawas sekolah SDJ pada tahun yang sama. Pada tahun 1986 juga, beliau telah menjadi Naib Johan di Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) acara individu dan dipilih mewakili MSS negeri Johor ke kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kota Bahru, Kelantan.

Penglibatan beliau dalam pembangunan sukan catur bermula di bandar Shah Alam pada tahun 1990. Beliau adalah salah seorang penggerak kepada aktiviti sukan catur untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar catur. Hasil daripada aktiviti sukan catur tersebut, telah lahir beberapa pemain catur wanita dari bandar Shah Alam yang telah menjadi Juara Kebangsaan Wanita (NWM) beberapa tahun berikutnya.

Sebagai pemain, beliau pernah mencapai International FIDE rating setinggi 2250 pada tahun 1995. Dengan rating tersebut, beliau pernah menduduki 6 tempat teratas pemain catur aktif yang mempunyai rating antarabangsa tertinggi di Malaysia. Mewakili Negara di kejohanan catur antara Malaysia lawan Singapura pada 14 hingga 16 December 2007 di Singapura. Mewakili dan membantu Pasukan Catur Kuala Lumpur memenangi kategori Pasukan Catur Terbaik Malaysia di kejohanan catur berpasukan Kebangsaan Merdeka 2003.

Beliau dianugerahkan (Title) Candidate Master oleh Persekutuan Catur Dunia (FIDE) pada tahun 2010.

Dari segi kebolehan beliau melatih pemain catur, beliau mempunyai akademi latihan catur dan beberapa pelajarnya berjaya mencatitkan pencapaian yang membanggakan di peringkat remaja kebangsaan. Beliau banyak menjalankan aktiviti latihan catur di sekolah rendah dan sekolah menengah di Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa negeri lain.

Pernah dilantik sebagai jurulatih jemputan untuk kontinjen Catur MSSM Negeri Sembilan pada bulan Mei 2007 selama 3 hari di Port Dickson, Negeri Sembilan . Beliau juga telah dijemput oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai untuk mengadakan Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) yang telah diadakan pada 10 dan 11 Julai 2009 di SMK Syed Petra 2, Kuala Krai, Kelantan dan dihadiri oleh guru-guru catur dari seluruh negeri Kelantan.

Beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang jurulatih catur kebangsaan Paralimpik oleh Majlis Sukan Negara(MSN) ke kejohanan Asean Paragames di Korat, Thailand pada 17 Januari hingga 27 Januari 2008. . Buat pertama kali dalam sejarah sukan catur itu, Pasukan Catur Paralimpik Malaysia telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas di kejohanan tersebut.

Bengkel Catur Di Sekolah

Beliau banyak mendapat jemputan mengadakan bengkel catur  sekolah-sekolah. Antaranya seperti di bawah :

1.         Dijemput oleh SMK Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan untuk mengendalikan Kem Bakat Catur di sekolah tersebut pada bulan Mei 2007.

2.         Pada bulan Januari 2009 pula, beliau dilantik sebagai jurulatih catur bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said di Seremban.

3.         Telah dijemput untuk mengendalikan bengkel latihan catur di SMK Syed Petra 2, Kuala Krai, Kelantan pada bulan Januari 2009. Seramai lebih 150 peserta seluruh daerah Kelantan telah hadir di bengkel tersebut.

4.         Telah dilantik sebagai jurulatih catur bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban mulai Januari 2009.

5.         Telah dilantik Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 (SKPA2) sebagai jurulatih catur mulai Januari 2009. Buat pertama kali dalam sejarah sekolah itu, salah seorang pemain caturnya berjaya mewakili daerah ke kejohanan catur MSSS pada bulan Februari 2009.

6.         Telah dijemput oleh SK Seksyen 9, Shah Alam pada 14 Oktober 2009 untuk mengendalikan bengkel catur kepada pelajar sekolah tersebut.

7.         Telah dilantik dan ditawarkan kontrak oleh Sekolah Kebangsaan Kapar, Klang sebagai jurulatih catur mulai Mei 2009.

8.         Telah dipanggil menjalankan beberapa sessi aktiviti klinik catur di Bandar Bukit Puchong pada bulan Disember 2008.

9.         Dijemput kendalikan sessi bengkel latihan catur di SMK Seri Bintang Utara pada 13 dan 20 September 2011. Seramai lebih 200 peserta hadir pada bengkel tersebut.

10.       Beliau juga telah banyak kali dilantik oleh Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk kendalikan klinik catur pada setiap musim cuti sekolah.

Bengkel Catur Di Perpustakaan

Beliau banyak juga mengadakan klinik catur di perpustakaan. Dilantik oleh Perbadanan Putrajaya untuk mengendalikan klinik catur di Perpustakaan Presint 8 dan Presint 16, Putrajaya pada bulan Mei hingga November 2008.

Dilantik juga oleh Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya untuk kendalikan klinik catur pada 15 Mac tahun 2011. Seramai lebih 150 peserta hadir pada bengkel tersebut.

Institusi Pengajian Tinggi

Beliau mempunyai pengalaman luas dari segi penglibatan sebagai jurulatih di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan beberapa IPTA tersebut berjaya menduduki kedudukan yang baik di peringkat Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan juga di World Inter-Varsity (GACC) di Universiti Malaya (UM) di bawah bimbingan beliau.

Antara IPTA yang beliau pernah terlibat sebagai jurulatih ialah :

1.         UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Dilantik sebagai jurulatih oleh Kelab Catur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama 5 bulan (Jan-Mei 2007) bagi persediaan ke kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di USM, Pulau Pinang.

Buat pertama kali dalam sejarah UPSI, pasukan catur UPSI berjaya mendapat pingat gangsa (kategori lelaki) di kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di USM, Pulau Pinang pada bulan Mei 2007.

2.         INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)

Dilantik sebagai jurulatih catur IIUM selama 2 tahun (2008/09) oleh Sports and Recreational Centre IIUM.

Antara pencapaian terbaik pasukan catur UIAM ini pada tahun 2008 di bawah bimbingan beliau:-

a. Pasukan catur IPT Terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Pesta USM.

b. Pasukan catur IPT Terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan UM di Kolej ke-9.

c. Buat pertama kali dalam sejarah pasukan Catur UIAM ini, pingat perak dan gangsa bagi kategori lelaki dan wanita (Individu) berjaya dimenangi oleh pasukan catur UIAM di kejohanan Catur Majlis Sukan Universiti (MASUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu Sabah pada bulan Mei 2008.

d. Pasukan catur IPT Terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Merdeka pada bulan Ogos 2008.

e. Pasukan catur Universiti Terbaik Malaysia di Kejohanan Catur World Inter-Varsity (GACC) di Universiti Malaya (UM) pada awal bulan Disember 2008.

f. Telah membantu pasukan catur IIUM (kategori lelaki) mendapat pingat perak di kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang diadakan di UUM, Sintok, Kedah pada 17 Mei hingga 22 Mei 2009. Ini adalah kali ke-2 berturut-turut pasukan catur IIUM mendapat pingat perak di kejohanan ini di bawah bimbingan beliau.

g. Membantu pasukan catur IIUM menduduki tempat ke-3 di Kejohanan Catur Rakan Muda World Inter-Varsity (GACC) di Universiti Malaya (UM) tersebut pada bulan November 2009.

3.         UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Beliau juga dilantik sebagai jurulatih catur bagi pasukan catur Universiti Islam Sains Malaysia ((USIM) di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2010.

4.         UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Dilantik menjalankan aktiviti ko-kurikulum catur untuk pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2011.

Anjuran Kejohanan Catur

Beliau juga berkebolehan menjalankan aktiviti sukan catur. Antara kejohanan catur yang beliau pernah jalankan ialah kejohanan catur Unrated Stonemaster (2006), Kejohanan catur Amatur Stonemaster (2007) dan Kejohanan catur Pro/Amatur Stonemaster (2008), Kejohanan Catur SMASEL (2009), Cabaran Cerdik Catur Terbuka (2010), SEMI PRO Chess Championship (2011) dan banyak mendapat jemputan untuk kendalikan kejohanan catur bagi pihak penganjur.

Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ)

Telah berjaya mengilhamkan dan memperkenalkan Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ) yang telah dilancarkan di seluruh Malaysia mulai Januari 2012.

Laman Web Catur

Beliau juga memiliki dan merupakan webmaster kepada laman blog catur yang terkenal iaitu www.stonemaster.info dan cerdikcatur.blogspot.com. Laman blog catur tersebut kini merupakan antara beberapa laman blog catur yang paling dikenali pemain dan peminat catur di seluruh Malaysia.

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system
Blog Widget by LinkWithin