Ramai peminat catur tanahair maklumkan kepada CM Fadli bahawa kalendar catur di Kelab StoneMaster adalah paling lengkap di Malaysia. Mereka kata bertahun-tahun kalendar catur di kelab stonemaster sentiasa dikemaskinikan selalu dan hampir lengkap dari segi maklumat aktiviti catur seluruh Malaysia.

SM ingin mengucapkan terimakasih kepada semua kerana telah menjadikan kalendar catur di Kelab StoneMaster sebagai salah satu tempat untuk mendapatkan maklumat terkini aktiviti catur seluruh Malaysia. Kalau ada aktiviti catur yang tidak dimasukkan di kalendar ini, ianya mungkin disengajakan atau tidak disengajakan…hehehe. Sila emel CM Fadli (cerdikcatur@yahoo.com) untuk mohon masukkan aktiviti catur anda di kalendar ini. Anda juga boleh mendaftar menjadi ahli kelab (percuma) dan memasukkan sendiri aktiviti catur di kalendar Kelab StoneMaster ini.

Kalau dirujuk kalendar catur setakat ini di Kelab StoneMaster, bulan Januari dan Februari dan mula ada beberapa aktiviti catur yang sudah dimuatkan. Dijangka akan penuh dengan aktiviti catur bagi 2 bulan pertama bagi tahun 2013.

Link ke Kelab StoneMaster boleh KLIK www.stonemaster.info/kelab

kelab stonemaster

Sila klik imej di atas untuk melihat butiran lanjut setiap aktiviti yang bakal dijalankan.

Nota: semua acara yang disenaraikan di dalam kalendar di Kelab Stonemaster adalah betul pada masa catatan itu dibuat. Segala pindaan/perubahan adalah tertakluk kepada pihak penganjur/penaja.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
KALENDAR CATUR 2013 - KELAB STONEMASTER, 9.0 out of 10 based on 3 ratings
Blog Widget by LinkWithin